04 December 2011

Kelebihan Hari Asyura. Jom Dapatkan Pahala Banyak-Banyak.

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Ramai yang tahu 1 Muharram kena baca doa awal dan akhir tahun tapi tak tahu kelebihan awal Muharram. Hari ni aku nak kongsikan apa kelebihan Hari Assyura dan ganjaran yang kita dapat apabila melakukan kebaikan pada Hari Asyura.

Hari Assyura bersamaan 10 Muharram, pada tarikh ni banyak kejadian yang berlaku. Boleh dikatakan tarikh penting dalam Islam, macam Malaysia ni tarikh penting 31 Ogos. Antara kejadian yang berlaku 10 Muharram ialah

Allah telah menjadikan langit dan bumi,
 Allah menjadikan Adam dan Hawa, 
menjadikan syurga dan memasukkan Adam di syurga, 
Allah menyelamatkan dari api neraka, 
Allah memberi taubat kepada Nabi adam,
Diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyura
akan terjadinya Qiamat pada hari Assyura


Sebenarnya banyak lagi kejadian yang berlaku pada Hari Asyura ni,  ada 14 perkara sunat yang dilakukan pada Hari Asyura dan fadilatnya ialah...


  1. Melapangkan masa/ belanja anak isteri : Allah melapangkan hidupnya pada tahun ini
  2. Memuliakan fakir miskin : Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
  3. Menahan marah : Di akhirat kelak, Allah akan memasukkannya dalam golongan yang redha
  4. Menunjukkan orang sesat : Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
  5. Menyapu/ mengusap kepala anak yatim : Allah akan mengurniakan sephon pokok syurga bagi setiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah : Allah menjauhkan daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tidak berhenti-henti dari kecil sehingga mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri : Allah mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi iman.
  8. Mandi Sunat : Tidak sakit pada tahun itu. Niat " Sahaja aku mandi sunat pada Hari Asyura kerana Allah Taala"
  9. Bercelak : Tidak akan sakit mata pada tahun itu
  10. Membaca Surah Al- Ikhlas ( Qulhuwallah ) 1000 kali : Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat di akhirat kelak
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Niat " Sahaja aku sembahyang sunat empat rakaat kerana Allah Taala" Rakaat pertama dan kedua, baca Al Ikhlas 11 kali selepas membaca Al Fatihah. : Allah mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun.
  12. Membaca " has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer" - Tidak mati pada tahun ini
  13. Menjamu orang berbuka puasa : Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa, niat " Sahaja aku berpuasa sunat Hari Asyura kerana Allah Taala" : Diberi pahala 1000 kali Haji, 1000 kali umrah, dan 1000 kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Jangan lepaskan peluang mendapat pahala yang berlipat kali ganda dengan melakukan perkara yang mudah. Selamat menyambut Awal Muharram :)



4 comments:

De'din said...

selamat menyambut awal muharam juga :D

shahrazali said...

nice info... mari kita sama-sama renungkan dn fikirkan tentangnya...

ILA SYAMILA ♥♥ said...

selamat berpuasa. terima kasih atas ingat anis. ;)

Eyfa Zalifa said...

moga dpt tmbh pahala..insyaAllah