13 December 2011

Bukan Malas Tapi....

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Bila balik rumah je, mesti mama bebel macam ni...




Ayat-ayat atas ni wajib ada setiap kali aku balik kampung. Ayat-ayat atas ni macam nampak sangat aku ni pemalas kan, habis la tak ada siapa dah nak jadikan aku bini. Releks la bro, baca sampai habis dulu, jangan nak judge orang awal sangat. Aku ni bukan la malas sangat, tapi bersebab aku jadi malas bila balik rumah..

Masa balik rumah ni la nak lepas segala tension di kepala, nak qada masa-masa tidur yang tak cukup tu. Jadi home is the best place nak terbongkang sampai ke petang. Lagi-lagi kalau tak boleh sembahyang *perempuan faham la kan*, memang heaven gila. tak payah risau terkepas waktu solat.Memang la orang cakap tak baik anak dara bangun lewat tapi chill la weh. Nanti aku kahwin, aku bangun pagi-pagi la. Sebulan sekali je aku bangun lambat kot (pergh..nampak sangat tipunya)

Aku kat kolej boleh aje bangun solat subuh sendiri, elok kunci jam. Tapi kat rumah aku jadi tak reti nak kunci alarm. Dengan harapan bila mak aku bangun dah nampak aku bagi salam kanan kiri siap solat tapi still terbongkang atas katil. Aku bukan apa, waktu ni gak la nak dengar mak aku jerit nama aku pagi-pagi, selalunya lagu techno adik aku tukang kejut aku. Even aku dah terjaga pun still aku tunggu mak aku datang kejut. Tapi sekarang mak aku dah advance, miskol dari bilik je.



Pasal baju penuh satu bakul tu memang sejak azali lagi aku menyampah benda-benda berkaitan baju ni. Pakai aku suka la, tapi kalau turn nak basuh, sidai dan lipat serius aku tak suka. Bila kat rumah, aku campak je dalam bakul tu bila dah kering, harap ada la yang tolong lipat. Masa kat rumah ni la aku nak buat macam tu, kalau kat kolej aku perangai camtu, memang nak tak berbaju la aku nak tunggu orang basuh, sidai ngan lipat.

Kalau aku memasak kat rumah, macam mana aku nak rasa makanan yang mak aku masak. Dah la kat u, makan air tangan makcik-makcik indon. Lagipun, aku bangun tidur lunch dah siap atas meja. ops :)

Kalau kat rumah ni terus sifat rajin aku hilang serta merta. Terus tak reti nak berdikari. Terus rasa macam nak duduk rumah sampai sudah. Terus rasa nak duduk dengan mak even dah kahwin. hehe

6 comments:

cik najihah said...

hahah same je ngan mak aku

nabila faryzza said...

HAHAHA! so, conclusionnya.. balik la tiap minggu doh! :D

nabila faryzza said...

conclusionnya, kena la balik tiap minggu. baru heaven dohh. HAHAHA :D

Nurnajwa KZ said...

Haha kte pon kena, wlaupon bkn cuti sem tp cuti sekolah jekkkk :D

Selalu abah la yg bising, mama rajin tego je :)

CINTA UNTUK KITA said...

hehe sebijik sama macam mak aku masa aku blaja dulu.. marah2 pun mak sayangkan mak? lalala! ;p

siti kektus said...

mak2. biasalah tu. :p