09 November 2011

tak penting, tak perlu kecoh

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Aku sekarang tengah cuti mid sem, bersenang lenang duduk kat rumah, tengok cerita Running Man sampai lebam. Tak pun keluar jumpa bf suruh belanja makan yang sedap-sedap. Aku ni nama aje cuti, tapi tak ada nak update entry elok-elok kat belog, benda mengarut je aku update. Letak 2,3 gambar, 2,3 ayat pastu publish.

Aku dah buat hipotesis pasal diri aku "semakin aku sibuk, semakin rajin aku update entry". Sebagai contoh masa 29 October, sampai 4 entry aku update dalam sehari padahal waktu tu la banyak gila assignment nak kena hantar, dengan testnya, dengan rindu kat bf lagi. * point akhir tak termasuk* Tapi emua entry yang entah pape, yang tak bagi ilmu pengetahuan langsung.

Kalau nak buat entry best, kena fikir dalam-dalam, kena buat isi berdasarkan "W Question", kena rangka ayat elok-elok, fikir dalam-dalam, kumpul bahan berkaitan,  baru start buat entry. Baru tercipta entry yang kebabom, setakat entry mengarut macam ni, bukak laptop pastu taip je apa yang kau nak. Jadilah macam entry kau baca sekarang.

Bagi aku, kalau entry tu tak penting, tak beri manfaat pada pembaca, aku tak ada kecoh sangat suruh orang baca. Maksud aku, tak ada la aku shared link aku kat geng blogger, sahabat blogger, my team blogger dan sebagainya. Bagi aku kalau benda tak penting, tak perlu sangat nak suruh orang baca. kat wall facebook aku pun aku tak share. Jadi siapa yang bukak belog aku, baru tau " oooo...ada entry baru yang mengarut dari Anis Adila Aris"




6 comments:

ekin.. said...

hehe,,em betul tuh...:D

nuruashia ♥ said...

hak9!~ anis2..ske tgk running man gk ehh? sme laa kite awwww~

misz sheyla said...

biarlah bagi can kat blogger baru nak up...kalo xmo baca jgn baca... tu pendapat kite la..huhu...peace :)ouh..template kamu cantek lorh...

Cik Suriz said...

samalah, klu entry sukahati sendiri nak taip apa memang tak ping kat group. huhuhu

aizadalias said...

hahahaa..samarties =)

daya said...

comelnyewww !! geram. haha. XD