28 November 2011

Sakit Hati

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Hari ini perjalanan dari Temerloh ke Shah Alam bagi aku sangat suck. Bukan jem berpanjangan atau driver bas bawak tak tentu arah tapi orang yang duduk sebelah aku sangat la tak bertimbang rasa. Ada lelaki badan agak besar duduk sebelah aku dengan selesa, tapi langsung tak pikir aku yang duduk sebelah dia ni. Sampai aku pening kepala sebab 2 jam aku tak dapat duduk dengan tenang. Even aku jauhkan badan dari dia rasa macam nak melekat dengan dinding bas tu pun , aku still rasa tangan dia kena badan aku. Sampai aku rasa nak cakap camni kat dia " kalau dah rasa badan tu tak muat satu seat, beli la dua tiket bas". Bukan maksud aku menghina badan dia tapi tolonglah dia macam sengaja buat macam tu. 

20 November 2011

Ujang Nak Review Belog

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Buat entri bertajuk bebas (contoh: review blog by ujang)- DONE

Letak header blog sendiri atau gambar sendiri (untuk gua tepek di entri gua nanti)





Dalam entri komen dan kutuk sikit pasal blog gua (tak wajib)

Tak wajib, tak apa kan kalau tak ada komen ..hehe

Hantar link entri yang dah siap ke komen entri ini ok.- DONE

Berminat? Klik laju-laju kat sini

19 November 2011

Updated

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Waa, lama betul tak update entry, hari ni baru teringat yang diri sendiri ada belog. Malas, tak ada idea dan tak sempat, pakej yang lengkap untuk alasan tak update entry. Nothing special happen masa aku tak update entry ni, cuma tadi je aku akhirnya dah ambik MUET. Tawakal sahaja la lepas ni dengan keputusan,usaha ada la buat sikit-sikit malam tadi. Arghhh, kenapa aku rasa pelik gila cara aku taip entry ni!

Apa-apa pun, nak berterima kasih kepada sesiapa yang still sudi datang belog ini even tak ada entry baru dan follow belog ni. Harap belog ni dapat la bagi ilmu pengetahuan, even sedikit. Tak lupa, thanks to Nuffnang, yang baik hati bagi BE even aku tak update entry sejak kebelakangan ni. Selalu tau macam ni, kalau masa aku aktif, update entry 234 kali sehari, punyalah BE payah nak masuk. Aku 12 hari satu entry, baru nak bagi. 

Owh, baru teringat, hari tu aku ada pergi main ice skating kat Sunway, nanti aku story. Serius aku taknak dah main benda alah tu. haha

konon-konon busy



11 November 2011

LOVE

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

keluarga bahagia :)

* 11.11 @ 11.11.11*

09 November 2011

tak penting, tak perlu kecoh

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Aku sekarang tengah cuti mid sem, bersenang lenang duduk kat rumah, tengok cerita Running Man sampai lebam. Tak pun keluar jumpa bf suruh belanja makan yang sedap-sedap. Aku ni nama aje cuti, tapi tak ada nak update entry elok-elok kat belog, benda mengarut je aku update. Letak 2,3 gambar, 2,3 ayat pastu publish.

Aku dah buat hipotesis pasal diri aku "semakin aku sibuk, semakin rajin aku update entry". Sebagai contoh masa 29 October, sampai 4 entry aku update dalam sehari padahal waktu tu la banyak gila assignment nak kena hantar, dengan testnya, dengan rindu kat bf lagi. * point akhir tak termasuk* Tapi emua entry yang entah pape, yang tak bagi ilmu pengetahuan langsung.

Kalau nak buat entry best, kena fikir dalam-dalam, kena buat isi berdasarkan "W Question", kena rangka ayat elok-elok, fikir dalam-dalam, kumpul bahan berkaitan,  baru start buat entry. Baru tercipta entry yang kebabom, setakat entry mengarut macam ni, bukak laptop pastu taip je apa yang kau nak. Jadilah macam entry kau baca sekarang.

Bagi aku, kalau entry tu tak penting, tak beri manfaat pada pembaca, aku tak ada kecoh sangat suruh orang baca. Maksud aku, tak ada la aku shared link aku kat geng blogger, sahabat blogger, my team blogger dan sebagainya. Bagi aku kalau benda tak penting, tak perlu sangat nak suruh orang baca. kat wall facebook aku pun aku tak share. Jadi siapa yang bukak belog aku, baru tau " oooo...ada entry baru yang mengarut dari Anis Adila Aris"




07 November 2011

Permulaan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

selongkar buku resipi yang ada kat rumah
Rasa macam diri ni dah makin besar, tak lama lagi dah nak jadi bini orang. Jadi kena la start dari sekarang. Try and error :)

budak baru nak belajar masak


06 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Berkorban la apa sahaja untuk melakukan suruhan Allah SWT. Ikut la pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang bnyak membuat pengorbanan untuk memenuhi perintah Allah SWT. Sesungguhnya Allah akan memberi kebaikan berlipat ganda atas pengorbanan kita. 


03 November 2011

Lelaki Rebutan wanita

Assalammualaikum dan selamat sejahtera




“Dan diantara ahli kitab ada sekelompok orang yang berlaku lurus. Mereka membaca ayat-ayat Allah di malam hari, sedang mereka bersujud (maksudnya, mengerjakan solat malam sambil membaca kitabullah). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhir, mereka mengajak pada kebaikan dan mencegah dari perbuatan mungkar, dan mereka bersegera mengerjakan kebaikan-kebaikan. Mereka itulah orang-orang yang soleh”. (Ali Imran 133-134).




SEGMEN BLOGLIST KERI : Sebarkan Walau 1 Ayat

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Wanita tidak secantik mana kalau diri tidak dihias iman.

Jarang sangat tengok segmen yang berunsurkan islamik macam ni. Seronok tengok tajuk segmen " Sebarkan walau satu ayat", jom ramai-ramai join dengan klik sini.

Tag kepada : Najihah Fara dan Syarifah Zakiah