13 October 2011

Untung la jadi orang cantik

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Tetiba rasa belog ni sangat dipinggirkan oleh tuan belog sendiri, seminggu sekali baru update. Jadi curi masa waktu selepas asar ni untuk update belog, sebab study dan tidur lepas asar tak baik untuk minda *alasan*.

Aku sangat suka tengok orang yang cantik, sangat suka. Bila aku nampak orang yang cantik, automatik aku akan jadi stalker yang terhebat di abad ini. Aku akan cari siapa dia. Kalau jumpa facebook orang tu, aku akan stalk gambar dia sampai muntah.Kalau nampak masa makan ke, shopping ke, aku akan pandang sampai orang tu dah tak ada depan aku. Ok takut tak? Nasib baik aku perempuan bukan lelaki. Mesti hati berkata-kata "bestnya kalau dapat kawan dengan dia" * ok nampak sangat nak kawan dengan orang cantik je*

Aku tengok kalau orang cantik ni pakai apa pun cantik. Pakai tshirt, seluar jeans ngan tudung bawal pun cantik. Semua akan kena je kalau si pemakai seorang yang cantik. Lepas tu terus rasa macam diri ni buruk sangat kalau tengok orang cantik, rasa macam ada je yang tak kena dengan diri sendiri. Mula rasa nak buat plastic surgery.

Tapi hati cepat-cepat berkata " aku pun cantik jugak apa, Allah ciptakan seseorang ada kelebihan dan kekurangan,. Hanya jadi diri sendiri dan buat baik dalam semua perkara, bukan sahaja cantik di mata orang, tapi pandangan Maha Pencipta  juga"

Jangan percaya dengan muka yang konon putih sangat.

21 comments:

♥ MRS ZACKS ♥ said...

anis dh sgt cntik tau yunk :)))

naf. said...

akak pun cantik:)

cik najihah said...

untungla awk pon cantik..

Rosalia said...

eheh.smela kita hahah:D suka tgk org cantik.

Pendamba Mawar said...

sy tak cantik :(
sedihnya...

awak da cukup cantik la..dont worry dear

Anis Adila Aris said...

@Pendamba Mawar

jangan cakap camtu, sebab tu perlunya cakap dalam hati mcm perenggan akhir tu :)

atin said...

mak atin cakap 'cantik budak ni' . haha . dengar tuh (; alkisah nye sbb bukak blog depan ibu . hehe (: semua ciptaan allah cantik cantik sayang ^^

Faqihah Husni said...

Hahaha. Semuaa orang kat Dunia ni cantik. Akak try add saya. HAHA

MiaJie said...

Sis pn dah msk golongan cantek jgk..Mia dengki la mcm neh..^__^

SoLy SoLicious said...

ok leeteewwww

Syazwan Che Deraman said...

oo..macam tu ye cara orang pompuan stalk pompuan cantik..baru tahu.

Syuhada Nur Ekhwan said...

awak da ckup cntik.. xprlu nk jd owg laen k... :)

ayuyuuu :) said...

awak pom dah cantiikkkkk :D
haha.

yep, semua ade side kecantikan tersendiri

ekin.. said...

cantik itu subjektif:)

Laila Majid said...

awak pun cantik ape :D

Elyzatul Nastaysah said...

suke entry ni!mmg jeles pon ngn org cntik.even diorg jst pkai sua track,tshrt ngn tdg bawal pon maintain cun.cik anis pon cntik gak tau.so kte jeles ngn awak!hehe

Cik Suriz said...

tangkap gambar dalam bilik koleh mawar.. hik3

FatihaMedan said...

kak anis cantik :>

ogy said...

salaamm..

Hai camana pulak ekh lau org tak cantik mcm saya, mesti tak ada org nk tengok....sedihhhhnyaaa.

salammm perkenalan dari saya. MMuuuuaaahhh.

Blueice Butterfly said...

~betul3..saya pon slah sorang yang jeles tengok orang cantik..seronok jer tengok pakai pe pn cantik...hehe

p/s:jgn risau kita tak nampak diri sendiri cantik tapi mungkin orang lain nampak kan??sebab saya pon nampak awak cantik sangat..^_^ *jeles3*

chimcar infernape said...

hehe cantik nie terlalu susah untuk diperkatakan.. kadang2 kita kata orang tu cantik tapi ada pulak kata x cantik.. so ape2 pun kita kena sentiasa bersyukur pada Allah sebab ape yang Allah jadikan adalah yang terbaik untuk kita semua... :-)