02 October 2011

Tips Nak Kenal Kawan Tu Baik ke Jahat

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Hye sayang sekalian, hari ni aku nak bagi tips kepada kawan-kawanku semua, perkara ni sangat penting dalam hidup kita. Bak kata pepatah melayu " kalau kawan dengan pedagang minyak wangi, kita akan berbau wangi". Ada faham? Tak faham tanya la adik-adik yang masih belajar Bahasa Melayu. Tips ni lecturer aku bagitau, sambil lecture bagi nasihat jugak, i love it.

Hati la yang menentukan kita ni baik dan buruk. Allah memberi akal untuk berfikir tetapi hati untuk kita menilai. Hati tu sangat penting dalam diri seseorang, Allah SWT berfirman..
“Hari (Akhirat adalah hari) yang tidak bermanfaat lagi harta mahu pun anak pinak. Kecuali seseorang yang datang kepada Allah dengan membawa hati yang sejahtera”

 Jadi kita dapat menilai baik ke buruk kita berdasarkan hati kita, kalau hati busuk macam mengata orang tak ingat, fikir negatif je pasal orang, asyik nak buat jahat je maknanya kena berjaga-jaga la tu. Kalau hati yang suci ni, selalu berfikirang positif, melakukan perkara yang baik,  orang cakap buruk pasal orang lain kita back up orang tu, maknanya baiklah diri kita. Tetapi macam mana kita nak nilai hati orang lain? Tak akan la nak belah dada korek hati orang tu nak tengok baik ke buruk kan. jadi begini caranya...

Allah memberi kita pancaindera, ada 7 pancaindera kita berkait rapat dengan hati. Antaranya ialah telinga, mata, mulut,  tangan, kaki, perut dan jantina. Jadi untuk menilai seseorang tu tengok 7 pancaidera yang terdapat pada kawan korang.



Telinga - Mendengar perkara-perkara yang baik ke buruk?
Mata - Melihat perkara-perkara yang baik ke buruk?
Mulut - Bercakap perkara yang baik ke buruk?
Tangan - Melakukan perkara yang baik ke buruk?
Kaki - Melangkah tempat yang baik ke buruk?
Perut - Makan makanan yang baik ke tak?
Jantina - * yang ni aku tak pasti*

Jadi perhatikanlah orang di sekeliling korang, banyak melakukan perkara yang baik atau buruk melalui pancaindera diorang. Kalau baik maka baiklah orangnya, kalau buruk, korang fikirkan lah sendiri. Kalau nak cari bakal suami atau isteri tu, korang nilai dulu dia baik atau buruk. Yang ada anak tu, pastikan pancaindera anak korang melalukan perkara yang baik, yang paling penting TELINGA dan MATA.

fikir-fikirkan lah dan selamat beramal B)



13 comments:

nuruashia ♥ said...

adoyaiii..sme2 beringat

sarah hanafiah said...

haha okei gunakan pancaindera yep .i will .hihih

Rosalia said...

nice entry :) nk jd kwn yg baik.

Rtp Farra Arisha said...

harus berhati2 bila berteman dan memilih teman :))

kerna teman pelbagai fungsi yg membawa kita ke arah kebaikan serta kejahatan. harus kita berhati2 juga dgn kondisi sekeliling.

♥Lady Ainaa♥ said...

I love this post....rmai org ckp baik bruk seseorg tu kita xdpt nk tahu, tapi mereka silap...hati yg buruk, akn Allah lihatkannya pada raut wajah kita...hehehehe...sebb itu Allah bg kitew 7 pancaindera...^.^

♥ MRS ZACKS ♥ said...

yes ! renung2kan dan selamat beramal :)

QUEENPINK said...

yang penting kawan sama senang dan sama susah..

keri ikhwan said...

siap ada gmbar anatomi orng lidi lgi...
100% sokong... kelakuan anggota kita akan menggambarkan keadaan hati kita

difficult easy. said...

thumbs up! entri berguna. :D

cik najihah said...

sy sayang awak :)

merahitujambu said...

masing2 kena laa beringtkan

PCL said...

PCL baca entri ni..suka la...ada point yg bagus utk dipraktikkan..TQ.

qurratu.kushairi said...

its very useful to me right now! thanks a lot :D