26 October 2011

Tapi Awak, Kalau Kita Kahwin...

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Antara lelaki dengan perempuan siapa yang paling seronok kalau cerita pasal kahwin ni? Of course la perempuan kan, perempuan ni lebih memikirkan masa hadapan # berangan#. Entry ini khas untuk ditujukan kepada lelaki-lelaki yang selalu nak lari laju-laju kalau awek start cerita pasal kahwin. Penggunaan bahasa "saya" mewakili perempuan dan "awak" untuk kaum lelaki.

"Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu"  ( Surah An-Nur 32)
Awak selalu puji saya cantik, awak cakap kalau boleh nak saya pakai cantik-cantik depan awak je, depan orang lain pakai biasa-biasa aje. Tapi awak, kalau kita kahwin, awak la orang pertama yang akan tengok saya pakai baju yang saya baru beli, awak je akan tengok saya pakai cantik-cantik sebab saya tak perlu nak berhias depan orang lain nak tarik perhatian orang, sebab saya dah ada awak sebagai suami saya.

 Kadang-kadang awak nampak aurat saya, lepas tu awak cakap " saya tengok takpe, awak jangan bagi orang lain tengok, saya sorang je tau". Tapi saya tetap berdosa, awak pun dapat jugak dosa. Tapi awak, kalau kita kahwin, awak nak tengok apa pun tengok la. Tempat tertutup, terbuka, atas, bawah, semua boleh, kan kita dah halal. Bukan setakat tengok, pegang pun boleh.



Awak selalu merajuk kalau saya cerita pasal lelaki lain, saya keluar dengan lelaki lain. Nanti awak cakap  "awak kan awek saya, sebab tu la saya tak suka awak keluar dengan lelaki lain". Padahal saya tak ada ikatan apa-apa pun dengan awak, setakat saya jadi awek, awak still tak ada hak ke atas saya. Tapi awak, kalau kita kahwin, saya seluruhnya hak milik awak. Awak boleh jatuhkan hukuman apa pun kepada saya kalau saya buat silap. Kan saya isteri awak, isteri kena dengar cakap suami kan.



Awak, kalau kita berjauhan mesti kita sama-sama rindu. Dalam sehari tu, entah berapa kali cakap awak rindu saya, saya rindu awak. Belum tambah dengan ayat-ayat cinta kita berdua lagi. Tapi apa yang kita dapat aer? Tapi awak, kalau kita kahwin, setiap rindu awak kat saya, saya rindu kat awak, dah jadi pahala. Jadi banyak la pahala kita berdua. Awak taknak ke?

Ramai orang cakap kita couple yang sweet, kalau letak gambar kita berdua kat facebook, mesti ramai yang like. Tapi awak, kita tak tahu diorang cakap macam-macam belakang kita, fitnah kita buat benda tak elok even kita tak buat. Tapi awak, kalau kita dah kahwin, tak ada siapa boleh cakap kita bukan-bukan sebab awak dah jadi suami saya, saya dah jadi isteri awak. Kita nak peluk cium depan orang pun takpe.


Awak..kalau nak cerita pasal kelebihan berkahwin ni sampai esok pun tak habis.Lepas ni taknak bagi macam-macam alasan ye. Kalau nak seribu daya, taknak seribu dalih. Takpe lah, kita doa sama-sama ye, semoga awak jodoh saya dan semoga jodoh kita dipercepatkan. Saya tak sabar nak rebut gelaran "Isteri Solehah" ni :)


15 comments:

Miss Eiza said...

sokong lapan puluh juta kali sokong entry ni!!!huhu

JaMaL Arif Rosman said...

like like like

MissD said...

woo woo..
doodle 1st tu dah mcm someone yg aq kenal dah.. kui3..
bongok x lelaki mcm tu.. :P

DAYG ♥ said...

bakal isteri solehah :')

avam ming said...

menarik ... hihi

si ngokngek said...

awak,awak tahu tak bercinta selepas kawin tue nikmat tau..ngeee


cayalah..isteri solehah..saya nak gak..

keri ikhwan said...

Ramai orng x sedar, time couple tu sebenrnya dah bertunang, jika kedua2 pihak cukup syarat, walau tnpa mjlis. tapi kena ingat, pergaulan dgn tunang pn samalah batasnya mcm dgn bukan mahram...

stuju ngn entri kt atas tu. cuma utk merealisasikannya mestilh ngan krjasama 2 phak, yg pompuan pn jgnlah letak hantaran mahal2 sngat..
:)
yg laki plak klu x sedia nk kahwin, jgn gatal2 nak ngorat/mulakan hubungan...

http://ilusi-fantasidunia.blogspot.com/2011/10/hati-jodoh.html

♥ MRS ZACKS ♥ said...

kne kwen skrg ni :DD

nurdani said...

so sweet..tapi ada jugak jenis orang yang tak boleh terima semua tu sebab bagi dia,awek tu macam hak dia.suka hati dia nak buat apa pun dan lain2 padahal belum sah lagi

Hafizatul Sufiah Yaacob said...

dengan inisaya isytiharkan sy like page ini

cik najihah said...

sy nak jugak tapi x de pun yg setia dengan sy :(

nabila faryzza said...

conclusion, kahwin cepat cepat! HAHA! nak bagi link ni kat pejai la :D

ecadwinkyasha said...

suka!..best lagi kawen!.kadang2 nak fikir kawen je,,tapi study xhabis lagi :)

AdaNaz87 said...

cepat² tawen, memang best! hi². ;p

budak coklat said...

follow my blog guys .. budak coklat ;))