28 October 2011

My Happiest Moment

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Buat aku yang berumur 20 tahun ni, nak cakap pasal kenangan, 20 tahun lagi tak habis nak cerita, pahit manis semua ada. Tapi kalau disebut tentang "happiest", hanya ada satu dalam diari hidup buat masa sekarang. Bila hangout dengan kawan-kawan yang rapat dari diri ni tak pandai guna simbol negatif dalam matematik, memang tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata seronoknya.

Bukan tak selalu pergi jalan-jalan dengan kawan-kawan, masa sekolah selalu sangat ikut rombongan sekolah. Tetapi kalau pergi jalan-jalan tanpa diawasi orang dewasa, lagi syok.Trip pertama kami tanpa orang dewasa ke Taman Negara, Pahang.

Buat remaja yang umur tak sampai 20 tahun, haruslah memilih kawasan perlancongan yang terdekat dan menggunakan budget yang rendah. Memandangkan Taman Negara terletak di dalam negari kelahiran sendiri, haruslah menuju ke situ sebab taknak orang cakap "harap je duduk kat Pahang tapi tak pernah jejak Taman Negara".


Oleh kerana namanya budget trip, haruslah menggunakan pengankutan awam yang paling menjimatkan. Kitorang naik bus dari Temerloh dan turun di Jerantut. 


Sampai di Jerantut, kitorang naik bas ke Taman Negara. Memang vintage habis la bas, mana nak dapat tingkap bas macam tingkap kat rumah, boleh tarik atas bawah. Dan paling seronok, kitorang berenam je penumpang bas ni ke Taman Negara. 



Tak payah nak malu-malu nak posing dalam bas sebab tak ada pun nak tengok. 


Dah sampai Taman Negara. :)


Kitorang pergi sana tak lama, 2 hari 1 malam je, jadi masa yang ada tu kitorang guna sepenuhnya. Sampai kat chalet,letak beg terus siap-siap nak naik canopy walk pulak. Penat? langsung tak sebab seronok sangat nak naik jambatan gantung.




Lelaki baju hijau ni la yang tolong carikan chalet, carikan bot tambang untuk kitorang. He is Jaja's cousin, kono-konon macam tourist guide kitorang tapi berkhidmat secara PERCUMA.



Nak pergi canopy walk kena naik bot. Serius awesome gila.


Dalam 15 minit naik bot, kitorang sampai. Serius, kalau korang nak pergi canopy walk ni kena bawak air banyak-banyak. Nak mendaki bukit punya la tinggi. Baru panjat sikit dah penat.



All of us. Friend since form 1, awesome right?


Gambar di bawah ni permandangan sepanjang perjalanan kitorang dalam bot dari Canopy walk ke tempat kitorang nak bermandi-manda. 





kitorang bermandi-mand akat sini la. sangat menenangkan, tak ada siapa nak kacau. Kitorang je mandi kat sini.


Malam pulak pergi night walk, tengok rusa berkeliaran malam-malam. First time, masuk hutan malam-malam.



Kan aku dah cakap seronoknya tak boleh nak gambar dengan kata-kata. Tengok gambar je boleh tunjuk seronok ke tidak. Sebab tu penting gambar-gambar ni buat jadi bukti. Kalau setakat cakap mulut, aku boleh cakap yang setiap bulan aku pergi Landon. Jadi kalau ada orang nak tangkap gambar, jangan malu-malu nak tayang muka. :D




9 comments:

cik najihah said...

nak pegi jugak..huhu..
awak..nak tau x ade orang sound sy sebab uplod gamba pakai baju lengan pendek huhu

Anis Adila Aris said...

@cik najihah

siapa yg berani sound tu..meh habak mai

SoLy SoLicious said...

oowhh... ini yg contest gambr ni... ^^..gud luck..dh lame kite submit ni gak..heee

Syazwan Che Deraman said...

tak pernah pergi lagi TN.

oldskul betol bas tu.
heheh

Anonymous said...

ofcos my dear...
spent time together is very awesome la!
so,,lets start fikir2 kn kt mana lg nk pergi lepas nihh...
hopefully 12 of us can joined it !

daya said...

best gila. dah lama tak pegi tempat adventure cam gini. :)

Amirah Yusof said...

was there!!
best sgt kt situ :)

♥Lady Ainaa♥ said...

Wahhh!!!! jelesnyew!!! nk p gak..huuuu...ena dah lme x g melancong, dok bz ngn study je..hurmmmm.....T^T

BlueiceButterfly said...

~dah pernah sampai situ..best2 :)