20 October 2011

Doa Is A Weapon

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Hello sayang, hari tu ada cakap nak share apa yang aku dapat masa modul kan. Aku seorang yang berpegang teguh pada janji, jadi nak tunaikan janji dalam entry ini. Serius, kali ni kena baca sampai habis sebab aku nak kongsi ilmu, bukan nak mengarut.

Merujuk kepada tajuk entry dah tau yang aku nak cerita pasal "doa". Doa adalah senjata dalam hidup kita, siapa yang tak pernah berdoa sangat la rugi. Kerana Allah akan makbulkan sama ada lambat, cepat atau lain cara dimakbulkan, mungkin kita dapat lebih baik dari yang dihajati. Allah lebih Maha Mengetahui.


Allah SWT berfirman :Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina (surah Ghafir:60).
 Paling utama, kita kena doakan untuk ibu bapa kita, diri kita dan orang di sekeliling kita. Korang boleh mintak apa sahaja yang korang nak, Allah maha mendengar. Macam cerita kakak fasi dalam modul tu, dia cerita masa dia mula-mula masuk universiti, dia berdoa semoga dipertemukan jodoh di situ dan detailkan sekali dia nak lelaki macam mana, dan dia dapat apa yang diimpikan. Tiga tahun dia berdoa benda yang sama, non stop dan Allah makbulkan, dia bertemu jodoh di universiti dan suami dia mempunyai ciri-ciri yang dia nak.

Dari cerita kak fasi tu, kita harus la selalu berdoa dan sabar, kita tak tahu bila Allah akan makbulkan doa kita. Jangan esok kita nak sesuatu, hari ni baru nak berdoa. *selalunya masa dekat nak exam* Memang tak dapat la nak tolong, kena ikut prosedur jugak. Macam kau nak beli kereta, hari ni order, tak semestinya esok dapat kan. 



7 comments:

keri ikhwan said...

Doa adalah senjata orng mukmin yg paling kuat... jgn cepat putus harapan jika doa lmbat dimakbulkan, jangan malu untuk berdoa, tp jgn melatah bila lmbat diperkenankan... mngkin ada sesuatu yg menghijab doa kita, check blik amalan kita. :)

cik najihah said...

doa untuk cepat ade pakwe ade?

ILA SYAMILA ♥♥ said...

doa dr sorang kwn pd sorg kwn pun Allah akan makbulkan jugak kan. anis doakan ila berjaya dunia akhirat ye ;)

♥ MRS ZACKS ♥ said...

doa senjata org mukmin :)

thnks for sharing :)

naf. said...

berdoa untuk dpt suami yg xde bulu dada haha

naf. said...

jom join ni hee

http://nurulainulfarhain.blogspot.com/2011/10/bloggers-challenge-aka-pencetus-idea.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+IniBelogSaya3+%28ini+belog+saya+%26gt%3B%26gt%3B3%29

naf. said...

http://nurulainulfarhain.blogspot.com/2011/10/bloggers-challenge-aka-pencetus-idea.html