22 October 2011

Ajar Tutup Aurat Tetapi Tak Tutup Aurat

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Kronik aku ni, semangat nak update belog makin hari makin hilang. Kalau macam ni, macam mana nak jadi macam Yuyu Zulaikha dengan Cik Epal, dapat duit beriban dari Nuffnang, ok nampak sangat dalam kepala belog = duit. Biasalah fikiran orang yang hanya ada RM 20 je dalam bank sebab kelembapan mohon PTPTN.


Tadi ada baca belog Cik Epal pasal Hijab/Shawl Tutorial , sangat setuju dengan ayat-ayat cik epal "Memang niat kita nak ajar orang macam mana nak pakai tudung/shawl. Bagus niat tu.  But perlu diingat bukan perempuan je tengok video tutorial kita.Pulak-pulak dah upload dekat youtube kan. Satu dunia boleh tengok. Lelaki pon ada yang tengok. Aurat perempuan dengan perempuan tak ada hal dah tu kalau nampak leher. Kalau lelaki tengok??? Apa-apa pon niat tak menghalalkan cara.


Dulu aku ada jugak buat beberapa tutorial pakai selendang la, make up la tapi semua aku dah padam. Sebab tu kalau orang nak tengok entry tutorial pakai selendang ala-ala hana tajima tu takde video, sebab malu kat semua orang. Lagipun video tu aku tak tutup aurat dengan betul, Nurudin Nazrin pun dah sound banyak kali suruh padam video tu sebab nampak leher semua. Lagipun , kalau la aku tak panjang umur, siapa pulak nak padamkan video tu, aku je tau password youtube aku, even dah takde, dosa tetap jalan. Tak larat den nak kena bantai dalam kubur.


Bukan setakat video, gambar pun sama. Kat dalam belog aku ni pun bersepah gambar mendedahkan aurat. Takpe aku cuba baiki diri dari hari ke hari menjadi insan yang lebih baik. Jom la kita beringat sesama kita, nak masuk syurga sama-sama kan :)


nasib baik muka tak aurat



16 comments:

BHAIHAQI COOL said...

wahh~~ comel nya :P

ila said...

lens lawa

hafizah alias said...

setuju ngn anis. before nak buat video pe2 kat utube tu biarlah tapis dulu, jgn upload sesuke hati je. btw, cantiknya anis! :)

SoLy SoLicious said...

kdg mnde yg dianggap remeh tu pun sebenarnye dipandang lain oleh mata kasar org lain

yuyu Zulaikha said...

uhukkkkkkkkkkk!! tersedak yuyu!!! hahahaha...

♥ MRS ZACKS ♥ said...

yup :) x brani nk buat ape2 video lg stkat ni. hik3

Anonymous said...

bkn ke nurudin nazrin da bgtau lme da ?? :P

Daygku Nurhayatii said...

setuju 200% ^^,

cik najihah said...

at least kite berusaha untuk sempurnakan semua kan..
drpade sound direct mcm ...

nabila faryzza said...

kalau muka aurat jugak, jadi mcm org arab yg midah n kiah jumpa tu. HAHA! tutup habis, menakotkan je :D

Umie Artoqiemie said...

kau ohsemmm :D

keri ikhwan said...

@nabila faryzza

err.. x baik kata menakutkan... muka mmang x aurat, tapi kdang2 kita menjadikannya aurat dgn berhias dgn berlebih-lebih....
tutup muka dgn hijab adlah salah satu cara yg disarankan dlm Islam utk menjaga maruah diri, jd kita spatutnya ucap trima kasih kpd mereka yg masih snggup mengorbnkan sdkit bhgn mereka d dunia utk agama kita.. :)
(maaf jika trsilap kata)

keri ikhwan said...

yup... di mana ada kemahuan di situ ada highway... betul tu, nak berubah, bermula dri skang, sebab mati bila2 masa je akan mnjemput kita..
Jom sama2 berubah ke arah kebaikan :)
(aku pon bukan baik sgt)

Anis Adila Aris said...

@keri ikhwan

yang nabila cakap tu memang menakutkan.. bukan setakat berpurdah tapi menutup semua muka.. serius mcm nampak hantu yg duduk bawah pokok... Tak nampak apa-apa pun, mata pun tak nampak.

keri ikhwan said...

@Anis Adila Aris

ooow... ye ke? mugkin sebab mata dia terlampau cntik kot, tu pasal dia tutup sume.. :)
xpe2 bersangka baik... hehe

hazanis said...

awak cantik....:)