12 September 2011

Serius Aku Geli Binatang Ni

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Dah lama aku tak update entry banyak dalam satu hari. Sekarang bila dah duduk kat hostel ni, tak ada apa nak dibuat, jadi bukak laptop dan online. Modem wifi depan bilik aku aje, jadi ligat la sikit kan nak online. Sebelum ni aku puas la nak cari idea apa nak update belog tapi bila baca belog orang lain, cerita hal kecik pun boleh satu entry, contoh " aku seorang penakut ". Jadi tak payah susah nak pikir, taip je apa-apa kaitan dengan diri kita pun dah ok.

Hari ni aku nak cerita pasal binatang yang aku benci. Nak tengok depan-depan pun aku geli, membayangkan pun dah boleh buat meremang satu badan, apatah lagi nak pegang. Memang tak lah kan.


Serius aku memang benci gila dengan cekti (ganti nama). Tukar nama sebab orang tua-tua cakap tak boleh 
sebut nama betul dia, nanti cekti ni datang kat kita, ok aku tau ni kolot tapi aku tak nak tanggung kalau binatang ni ada dalam bilik aku.

Tak tahu la kenapa aku benci sangat dengan binatang, nak kata ada kenangan pahit dengan cekti, tak ada pulak. Dengan bulu kat badan tu, lepas tu kotor lak tu menambahkan lagi kegelian aku kat spesies ni. Tak kisah la yang besar ke, kecik ke, buruk ke, comel ke semua aku geli. Hamster yang kiut miut tu pun aku tak suka. 

Dulu, kat kampung selalu binatang ni buat bising dalam dinding rumah, biasalah rumah kampung kan rumah kayu. Cakar-cakar, lari-lari kat ceiling. Dia ingat rumah aku tu apa, tapi lepas ada kucing kat rumah aku, terus senyap, padan muka dah kena makan. Terus rasa macam tenteram sikit hidup aku, kalau tak aku rasa macam seriau je duduk kat rumah sendiri.

Cekti ni je la binatang yang membuatkan aku jadi pengecut, kalau binatang lain macam katak, lintah, cacing, kumbang, ulat, dan yang lain-lain tu pegang pun aku tak geli. Pernah satu hari tu, bangun-bangun tidur, ada katak dalam bilik aku. Tengah mamai tu, aku tangkap terus buang kat luar rumah. Mak aku siap cakap lagi  " putera katak kot, tu yang dia masuk bilik ko", aku pun balas " la ye ke, rugi tak cium katak tu"..kiki


10 comments:

cik najihah said...

beb,,
bile ko fre

Syazwan Che Deraman said...

aku takut kucing.
takut..
hehhe.

bahaya air kencing cekti ni.

wehh..aku rasa ada cikti la dalam bilik kau.

Anis Adila Aris said...

@Syazwan Che Deraman

aku buat entry ni lpas bce entry ko la..
cekti tak larat nak naik blik aku yg tngkt 9 ni..haha

fae jamal said...

fae pon geli dengan cekti..
lipas dan ulat pon geli jugak..meremang je rasa klu nmpak..hehe

nuruashia ♥ said...

hahahah..sme laa yunk..nuru kalo jmpe menatang ni kompom melompat ahahhaha

♥ MRS ZACKS ♥ said...

eeeee z pun geli, smua bntang yg kotor2 dan lembik !! kalau jumpe tu siap laa mnjerit se kmpung dgr ! huhuhu

JIJI YU said...

ko tu dah mmg penakut kan..ekeke

Heidi Shafiq said...

aku geli dgn lipas.. setakat tikus tu aku kunyah je..

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

geli but sometimes comel je nmpak binatang ni kan? boleh pelihara

Finaz Jaafar said...

seyes geli ngan benda ni..ewwww