25 September 2011

Selalu Tak Puas Hati

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Hai sayang, sorrylah lama tak update belog * lama apa, dua hari je kot*, ketandusan idea yang kronik, hanya fikir pasal nak belajar je, ok aku tipu. Alhamdullilah, dah jumpa semua kelas dah start dan lecturer semua AWESOME, harap dapat jadi satu medium untuk menjadi yang lebih baik dari sem-sem lepas dan mendapat keputusan yang cemerlang *boorrrring.....* Sepatutnya benda ni aku cakap dalam hati je, awat terkeluar kat dalam belog ni, adoi.

Ok, hari nak cerita pasal satu perasaan dalam diri kita ni, ye aku cakap diri KITA, maknanya almost semua ada sifat ni. Sifat tak puas hati dengan diri sendiri, mesti ada je yang tak kena. Mesti ada je yang tak puas hati, selalunya bila tak puas hati dengan diri sendiri ni berkaitan dengan fizikal, kalau jasmani pulak asyik tak puas hati dengan orang.



Gambar kat atas ni adalah contoh-contoh yang dialami oleh kita, muka dah cantik dikatakan buruk. Badan dah elok lawa tapi ada je yang tak kena. Ada je la yang cacat celanya, jerawat yang tak nampak pun dah bising. Badan dah cantik macam model pun cakap gemuk. Yang gemuk nak kurus, yang kurus nak gemuk. Macam-macam la ragam manusia ni, * termasuk diri sendiri*.

Bila difikirkan, semua ni berlaku sebab terlalu banyak pemikiran negatif dalam otak tu. Semua perkara negatif je la yang keluar, seperi tak cantik, gemok buruk, kurus buruk, hitam, dan sebagainya. Cuba kalau yang negatif tu kita tukar jadi positif, cantik, gemuk cantik, kurus cantik, putih, dan sebagainya, maybe kita boleh berbahagia tanpa pikir benda remeh temeh tu. Kata kunci " tukarkan negatif kepada positif"

Bersyukur dengan apa yang kita ada, kalau ada yang kekurangan dalam diri kita, kita endahkan dan pikir kelebihan yang ada pada diri kita. InsyaAllah, kita akan lebih menikmati kehidupan sementara ni.

negatif : saya gemuk :(
positif : saya ada badan yang sihat untuk hidup :)


12 comments:

keri ikhwan said...

haha... situasi2 kt atas tu majoritinya trjadi kt orng prempuan..

Laila Majid said...

ye betull :)

♥ MRS ZACKS ♥ said...

sy kurus :( huk3 tp sy sihat :))

JIJI YU said...

hehe..ada yang puas ati ikang..orang cakap masuk bakul angkat senirik..org laen pon takpuas ati gn kita..

monster kecik said...

hee..saya comel.. (wlupn sbny xcomel) haha

fathiahRAIHANA said...

ok, saya sehatttt :)

unieMARKS :) said...

umm. negatif: saya blur
positif: tetap blur

FatihaMedan said...

Setuju betull.hehe

SAYA SANGAT COMEL --' HAHA

nini said...

selamat belajar....wah rindu saat2 tu...=D

kecohabes said...

xda la gemuk pon..ok jea tu..~

ku-cit said...

gemok ke kurus janji sehat...syukurla dgn apa yg ada...

nabila faryzza said...

manusia mmg tak pernah puas. kbai!