18 September 2011

Pakai Tudung Macam Lampu

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Isu tudung ni sampai sudah tak habis, macam-macam entry cakap pasal perempuan bertudung vs perempuan free hair. Aku pun tak terkecuali nak jugak buat entry berkaitan tudung ni. Tapi sekarang ni pun aku tengok dah ramai bertudung, kiranya bagus jugak la tudung sekarang macam-macam fesyen, dapat tarik anak-anak muda ni bertudung. Mula-mula memang la tak sempurna tutup auratnya, lama-lama ok la.

Berbalik pada tajuk entry, "pakai tudung macam lampu" tu bukan fesyen tudung baru tapi pakai tudung macam bukak tutup lampu, kejap bukak kejap tutup. Hari ini elok je tengok bertudung litup, esok jumpa tengok lawa je rambut berterbangan di tiup angin. Tak pun, jumpa kat luar cantik bertudung, bila tengok kat facebook tak bertudung pulak.

macam budak kecik kat atas ni, kejap bertung kejap tak

Dulu masa zaman myspace dulu pun aku macam tu jugak, kat luar bertudung tapi upload gambar kat myspace yang free hair. Ye la, kat mana lagi nak tayang rambut kalau bukan kat myspace, nak free hair takot kena pelakong dengan mak aku pulak. Tapi tu zaman dulu-dulu, lepas kena sound baik punye dengan Nurudin terus berhenti buat kerja "bodoh" tu.

Tu la nak bagi nasihat la ni, kalau dah elok bertudung tu, tak payah la nak tayang dah rambut tu. Tak ada faedahnya, kumpul dosa aje. Biarlah simpan buat suami nanti tengok, kan bagus. Gambar-gambar yang free hair tu tak payah la nak bawak masuk dalam blog ke, facebook ke, tak ada popularnya . Alang-alang dah bertudung, biarlah tudung sepenuhnya, tak payah nak jadi 2 alam, kejap bertudung kejap tak. Bertudung pun cantik apa :)

16 comments:

senyumSOYA said...

tutup rambut dapat pahala,
tutup dada dapat pahala,
tutup aurat dapat pahala..

kachang ja nak dapat pahala ni kan.. ^^"

unieMARKS :) said...

yaaa. tak perlu berlampu sangat. lampu dah byk dah.

SoLy SoLicious said...

bse la zman dolu2...heee

Daygku Nurhayatii said...

betul betul betull. sokong 100% pkai tudung ag cantek :)

ayuyuuu :) said...

ya, bertudung cantik.

mahkota bukan pada rambut kita.


:) semoga kita terlindung. amin.

cik najihah said...

kawan aku lagi bes..
time pose bertudung..pas raye buakk habes

JIJI YU said...

aku dah jumpa berpuluh kot yg cam tu

halidaRahman said...

pakai tudung lagi omey pada x pakai. ramai artis cm tu. bila pakai ada nur :)

isma said...

betol.. tapi kebanyakan remaja skung ni bertudung sebab fesyen... tu pasal depa jadi lampu ajaib... :)

MisS HoNeY said...

yo la..sbulan lps nmpk mnis ja bertudung.cantik ja.tut2 masa raya buat rmbut.hilg dah tudung tu.aiseh la

nini said...

yerp ....kalau nak bertudung biar betul betul....

D'ya Marshmello said...

sokong 100%.. lagipun d'ya pun pernah buat entri pasal ni :)

hehe

nuruashia ♥ said...

setuju ngn senyum soya :)

Adilia Ahmad said...

p/s: bkn pelangkong ke? sila betulkan bahasa anda.. tettttt!~ :D



sweet n peace!

ekin.. said...

xkisah lah bertudung ke hape..nak pakai selimut hatta tudung saji pon boleyh..asalkan tutup rambut tengkuk dada sume..

keri ikhwan said...

sokong 102%!
Menutup aurat itu benteng kpd maksiat2 lain, kena paksakan diri mnjadi ikhlas, barulah istiqamah. jngan menganiaya diri sndri, dan orng2 yg terpaksa menanggung dosa seorng wanita yg x tutup aurat.

dan org lelaki, x payahla dok puji2 orng yg buka aurat tu kononnya lebih cantik, itu BODOH.