15 September 2011

Korang Nak Pembaca Setia?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Hari ni aku nak cerita macam mana nak buat orang setia baca belog kita, bila tak baca sehari rasa tidur lena, makan tak kenyang, mandi pun tak wangi. Ok ini bukan jampi serampah guna syaitan nirrajim tu, ini tips terbaik punya. Sebelum nak cerita panjang, aku jadikan belog aku sebagai contoh. Aku tak sehebat mana tapi boleh la nak riak sikit, kat bawah ni bilangan orang datang belog aku, sumber Nuffnang

minggu lepas even jarang update

minggu ini
Aku tahu tak sebanyak mana sebab tu boleh je nak tayang kat sini, kalau beribu yang datang malas la kan, nanti banyak lak dosa riak aku. Tips dia sangat la senang, semudah kau masukkan jari telunjuk dalam hidung kau, ok cepat buat senang ke tak.
Menjadi pembaca setia dan pengomen tegar belog orang lain dan membuat entry pelbagai dan seharusnya menarik.

pembaca setia dan pengomen tegar 

Kalau kita selalu baca belog orang tu dan memberi komen tanpa segan silu mesti dia akan sedar akan kehadiran kita dan mula datang belog kita balik dan komen entry kita, dan apabila perkara ini berlaku banyak kali, kita akan saling mengenali dan terjadilah satu perhubungan iaitu "kawan" dan selalunya "kawan tak akan lupakan kawan dan kawan akan ambil tahu pasal kawan". Nampak tak permainannya di situ. Antara "kawan" aku Nabila Faryzza, Syarifah Zakiah, Najihah Fara, Nuruashia, dan Syazwan Che Deraman.

entry pelbagai dan seharusnya menarik.

Tapi jangan ingat buat "kawan" dah cukup, kita kena juga buat entry yang pelbagai, maksud aku jangan nak cerita satu perkara aje sebab orang akan bosan " dari dulu sampai sekarang asyik cerita jiwang je mamat ni, bapak bosan". Dan seharusnya menarik, kena jadi seorang yang pandai mengolah dan kreatif. Semua orang sukakan benda yang menarik kan, betul tak?

memo cinta : selamat mencuba :)

9 comments:

Tcca Anuar said...

kalau mcm tu, saya nak komen awak. than jadi kawan. hikhik..

ZaNa aDieyZa said...

thanks sebab sudi share tips ni.. zana nak try apply lah.. mana tau boleh tambah lagi ramai kawan!

nabila faryzza said...

takfaham kenapa "memo cinta" last sekali tu. HAHA :D

Marina said...

betul2...kena rajin komen blog2 lain..

t e m b u m e said...

betul! ada satu blog tu dulu kite suka baca. mcm kiut2 gitu. then skrg kemain. jiwang dgn bf pon nak tulis. boring. hahaha

cik najihah said...

banyak jugak UV ko..aku sikit je nis..
around 30 je :(

nuruashia ♥ said...

aummmm..ptot terase nk dtg sini..rupenyee ade org seru nme kite hek9!~
betul2..xpyh nk nyombong n memlilih kan..komen je..peduli hape hahahah :)

Bigdaddyz said...

oh begitu ....:)

ayuyuuu :) said...

ohh.
pengomen tegar dan pembace setia?

itu yg selalu diamalkan.

hye hye cik anis. selamat berkenalan!:)