06 September 2011

Kegemilangan Belog Semakin Mundur

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Betul cakap Yuyu Zulaikha pemilik belog kupu-kupu kecik dalam entry dia bertajuk " Kenapa Ramai Sangat Dah Tak Semangat Nak Berbelog Ni". Memang aku dah perasan sejak menjak ni, purata orang yang update belog ni makin kurang. Belog yang best-best pun mula menyepikan diri. Aku rasa zaman belog sekarang dah tak macam dulu sebab....
Asyik Nak Hentam Sana Sini
Aku rasa belog sekarang ni dah jadi medan pergaduhan, tak puas hati sikit terus taip entry jatuhkan orang lain. Kalau tak bergaduh, cara taip entry pun macam nak cari gaduh dengan orang, tau la nak bagi orang sentap tapi aku rasa tak perlu kot nak cakap kasar-kasar. Cuba "cool" aje, orang pun sejuk je mata nak membaca. Tak perlu kot nak berapi sangat..kan..kan..

awat la aku letak gambar binantang ni
Banyak Sangat Klon
Sekarang dah banyak sangat belog baru yang wujud, ye la senang je kan nak dapat follower. Kalau dulu, merangkak-rangkak nak ke 1000 follower, sekarang ni tak sampai setahun pun dah beriban follower. Klon belog tak usah cerita la, lagi-lagi belog yang popular tu. Dari penulisan, cara penceritaan, template, semua nak sebijik. 
Semua Perkara Perlukan Balasan
Aku rasa buat belog ni macam buat budi kat orang. Orang follow belog kita, kita mesti kena follow balik, kalau tak dituduh tak membalas budi. Orang comment entry, kita mesti comment balik entry orang tu kalau tak dikatakan sombong. Semua nak balasan, kan best kalau semua blogger ikhlas.

Ni la antaranya yang aku nampak sejak kebelakangan ni, aku pun dah start slow. Sebab bila ada idea nak update entry, mesti dah ada yang cerita pasal tu. Aku taknak la dikatakan copy paste idea orang kan.

jom naikkan balik zaman kegemilangan belog :)

9 comments:

Wani said...

betul tu.
paling tak suka bab hentam menghentam tuu.
pfttttttt "___"

SoLy SoLicious said...

semua masih dalam mode raya.. liat nak berblogging kot..hahah

cik siti said...

cantik baju kurung. :)

Syazwan Che Deraman said...

aku paling suka nombor 3!

nuruashia ♥ said...

a'ah laa yunk...nuru pon ase cm xde semangat daaaaaaaaaaaa T__T

cik najihah said...

no no no..rindu blog ko

y u y u Z u l a i k h a said...

setuju 109% ^^

y u y u Z u l a i k h a said...

setuju 109% ^^

Marina said...

kan..rase kesunyian je...mane semua org hilang..hehe..