30 September 2011

Saya Sayang Korang

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Hye sayang sekalian, hati sangat gembira tak terhingga ni, tak sangka segmen kali pertama yang aku buat " Saya Nak Baca Belog Awak" dapat sambutan, sekarang ni dah ada 93 blogger yang dah join. OMG, aku pikir 9 atau 10 orang je akan join. Memang tak menang tangan la aku copy paste link korang semua. Terima kasih tak terhingga yang join tu, harap kita akan mengenali each other, okeyh?

Start dari pukul 3 tadi start listkan semua belog yang dah join belog aku ni, Alhamdullilah siap jugak. Ada belog yang sempat aku singgah dan ada yang terlepas pandang. Tapi takpe, senarai list ni akan kekal dalam page aku ni sampai aku dah khatam baca semua. Lagipun memang aku nak cari belog yang best as bloglist, jom tolong aku cari belog yang best dengan klik -----------------> Buku Cerita


Siapa nak join lagi pun boleh, sebelum 12 malam ni. ok sayang B)

28 September 2011

Segmen : Saya Nak Baca Belog Awak

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Ini segmen aku buat, akhirnya...nak join ? ini benda senang bukan susah, hanya letak banner kat bawah ni dan letak link url di comment ini, tarikh tutup 1 October 2011, list belog akan dikeluarkan 2 October 2011.

Motif segmen : Aku nak baca belog korang, kalau belog best aku buat jadi bloglist kat belog aku :)

banner ni aer :)
PERHATIAN

Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, jadi terpaksa tutup segmen ni awal, kalau banyak sangat nanti, tak terbaca lak aku belog korang, aku pun ada assignment berlambak nak buat...hehe

tarikh tutup 
30 September 2011

list belog pun maybe lambat sikit tapi dalam minggu depan ye.. *ingatkan 10 orang je yag join*


27 September 2011

Buku VS Belog

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Rasa-rasa yang mana menang?
Buku rujukan law ke atau  belog?

Kan best kalau lecturer buat belog khas untuk cerita pasal benda nak diajar, buat ayat sempoi aje. Confirm aku baca sebelum masuk kelas. Kalau buku tu, macam lemah sikit nak baca, tak sampai tiga ayat aku dah start menguap, kalau belog 10 entry pun aku boleh habiskan baca dalam 20 minit.

Lagha betul, tengok sempat lagi update entry..adoi


25 September 2011

Selalu Tak Puas Hati

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Hai sayang, sorrylah lama tak update belog * lama apa, dua hari je kot*, ketandusan idea yang kronik, hanya fikir pasal nak belajar je, ok aku tipu. Alhamdullilah, dah jumpa semua kelas dah start dan lecturer semua AWESOME, harap dapat jadi satu medium untuk menjadi yang lebih baik dari sem-sem lepas dan mendapat keputusan yang cemerlang *boorrrring.....* Sepatutnya benda ni aku cakap dalam hati je, awat terkeluar kat dalam belog ni, adoi.

Ok, hari nak cerita pasal satu perasaan dalam diri kita ni, ye aku cakap diri KITA, maknanya almost semua ada sifat ni. Sifat tak puas hati dengan diri sendiri, mesti ada je yang tak kena. Mesti ada je yang tak puas hati, selalunya bila tak puas hati dengan diri sendiri ni berkaitan dengan fizikal, kalau jasmani pulak asyik tak puas hati dengan orang.



Gambar kat atas ni adalah contoh-contoh yang dialami oleh kita, muka dah cantik dikatakan buruk. Badan dah elok lawa tapi ada je yang tak kena. Ada je la yang cacat celanya, jerawat yang tak nampak pun dah bising. Badan dah cantik macam model pun cakap gemuk. Yang gemuk nak kurus, yang kurus nak gemuk. Macam-macam la ragam manusia ni, * termasuk diri sendiri*.

Bila difikirkan, semua ni berlaku sebab terlalu banyak pemikiran negatif dalam otak tu. Semua perkara negatif je la yang keluar, seperi tak cantik, gemok buruk, kurus buruk, hitam, dan sebagainya. Cuba kalau yang negatif tu kita tukar jadi positif, cantik, gemuk cantik, kurus cantik, putih, dan sebagainya, maybe kita boleh berbahagia tanpa pikir benda remeh temeh tu. Kata kunci " tukarkan negatif kepada positif"

Bersyukur dengan apa yang kita ada, kalau ada yang kekurangan dalam diri kita, kita endahkan dan pikir kelebihan yang ada pada diri kita. InsyaAllah, kita akan lebih menikmati kehidupan sementara ni.

negatif : saya gemuk :(
positif : saya ada badan yang sihat untuk hidup :)


22 September 2011

1st GA Cik Najihah - Meriah Yaw

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


babe, kalau no aku tak keluar, buat-buat la keluar.. :)

20 September 2011

Best Woo Duduk Asrama

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Aku pun tak tahulah apa masalah dengan kolej aku ni, bila tak ada elektrik, air ada. Bila air ada elektrik pulak tak ada. Sabar aje lah, pagi-pagi kena turun tingkat 7 nak mandi. Pagi tadi tengah tunggu turn nak mandi teringat zaman-zamam duduk asrama masa sekolah dulu. Macam-macam kenangan ada, pahit masam manis complete lah semua.


Aku ni dari form 1 lagi dah kena campak duduk asrama kononnya tak ada transport nak pergi sekolah, padahal adik aku sekarang ni berulang je naik motor ke sekolah yang sama. Nampak tak berlaku ketidakadilan disitu. Masa tu macam tak ada la terasa sangat masuk asrama ni sebab rumah aku bukanlah jauh mana, boleh jalan kaki je balik rumah, ok ni aku tipu. Hujung minggu mak jemput la bawak balik masa keluar outing.

Boleh aku teringat zaman sekolah waktu nak mandi tadi sebab kalau dulu, tak payah nak bangun awal pagi tunggu turn nak mandi ni, pesan je kat kawan yang bangun awal sebelum nak tidur " wei, esok aku lepas kau ye mandi, nanti kau dah siap, kejut aku ". Kalau tak cop, memang puas la nak tunggu kat bilik air tu, lepas sorang-sorang. Ye la masing-masing dah ada yang cop.

Minah : tuk..tuk *ketuk pintu bilik air* lepas mandi ni sape?
Bedah : Peah lepas aku
Minah : Lepas Peah?
Bedah : Maimun pulak..lepas tu Kiah, lepas tu bla...bla..
*sampai sudah la ada orang cop*

Lagi satu kalau duduk asrama ni memang tak sahlah tak ada "roll call", waktu tu serius cuak. Masa ni la pakat kena bagitahu benda apa yang tak puas hati bagai, kalau yang "hot stuff" tu berlambak la ada yang tak puas hati. Tapi memang kesian la kalau jadi junior, macam-macam kena, tak bagi salam pun kena hentam macam buat salah besar. Kalau yang junior ni yang tak puas hati, macam-macam alasan dia bagi, contohnya...

Senior tak puas hati..

Senior : Eh hari tu akak lalu depan kau, kau buat bodoh je kan. Langsung taknak bagi salam.
Junior : Akak, saya tak perasan sangat kat akak masa tu, saya mintak maaf.
Senior : Eleh, ye la tu. Ke memang kau malas nak bagi salam..bla..bla..

Junior tak puas hati...

Junior : Hari tu saya bagi salam kat akak tapi akak buat bodoh je, senyum pun tak.
Senior : Hari tu akak period kot, maybe moody sikit. Sorry la ye, akak tak perasan la agaknya
Junior : Ek eleh.. * boleh cakap dalam hati je* dan senyum 

Tu belum cerita masa hari jadi lagi, kalau tak kena baling dengan tepung memang tak sah. Kena rotan dengan warden sebab tak pergi prep, menyorok dalam loker, dating waktu hari minggu, keluar outing senyap-senyap, curi-curi guna public tengah malam, cari port baik nak sorok handset dan macam-macam lagi. Best woo duduk asrama :)

masa mengaji

masa prep


annual dinner form 1

form 1

Sabar Anis Sabar..

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Puasa-puasa ni kalau tengok list makanan pun dah meleleh, apa lagi kalau tengok makanan depan mata. Cuba kalau kenyang, sedap macam mana pun makanan tu, haram diusik. 

18 September 2011

Pakai Tudung Macam Lampu

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Isu tudung ni sampai sudah tak habis, macam-macam entry cakap pasal perempuan bertudung vs perempuan free hair. Aku pun tak terkecuali nak jugak buat entry berkaitan tudung ni. Tapi sekarang ni pun aku tengok dah ramai bertudung, kiranya bagus jugak la tudung sekarang macam-macam fesyen, dapat tarik anak-anak muda ni bertudung. Mula-mula memang la tak sempurna tutup auratnya, lama-lama ok la.

Berbalik pada tajuk entry, "pakai tudung macam lampu" tu bukan fesyen tudung baru tapi pakai tudung macam bukak tutup lampu, kejap bukak kejap tutup. Hari ini elok je tengok bertudung litup, esok jumpa tengok lawa je rambut berterbangan di tiup angin. Tak pun, jumpa kat luar cantik bertudung, bila tengok kat facebook tak bertudung pulak.

macam budak kecik kat atas ni, kejap bertung kejap tak

Dulu masa zaman myspace dulu pun aku macam tu jugak, kat luar bertudung tapi upload gambar kat myspace yang free hair. Ye la, kat mana lagi nak tayang rambut kalau bukan kat myspace, nak free hair takot kena pelakong dengan mak aku pulak. Tapi tu zaman dulu-dulu, lepas kena sound baik punye dengan Nurudin terus berhenti buat kerja "bodoh" tu.

Tu la nak bagi nasihat la ni, kalau dah elok bertudung tu, tak payah la nak tayang dah rambut tu. Tak ada faedahnya, kumpul dosa aje. Biarlah simpan buat suami nanti tengok, kan bagus. Gambar-gambar yang free hair tu tak payah la nak bawak masuk dalam blog ke, facebook ke, tak ada popularnya . Alang-alang dah bertudung, biarlah tudung sepenuhnya, tak payah nak jadi 2 alam, kejap bertudung kejap tak. Bertudung pun cantik apa :)

17 September 2011

Korang Pernah Putus Cinta?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Hari ni aku nak cerita jiwang pulak, asyik entry biasa aje, bosan pulak. Sekali sekala berjiwang ni best jugak.  Ok ini adalah cerita jiwang aku, so siapa nak suka boleh baca sampai habis, tak suka duduk senyap-senyap.

Aku sangat senang jatuh cinta macam aku senang terpengaruh dengan direct selling. Kalau ada orang ayat lebih-lebih sikit, mesti aku cair tahap meleleh tak ingat. Aku jatuh cinta bukan sekali tapi banyak kali. Tapi aku selalu salah terjatuh cinta, kebanyakan lelaki yang aku kenal macam ni..

Sebelum couple..
Setiap jam, minit dan saat nak meseg aku, kalau tak pun call sampai aku tertido masa tengah cakap telepon sebab tak larat nak layan. Ayat memang tak boleh bla, dah habis berbunga-bunga ayat nak bagi. Waktu ni memang saat bahagia dalam hidup, bak kata orang " terbit bibit cinta"





Selepas couple..
Mula-mula ok macam biasa tapi bila dah nak masuk dekat sebulan tu, si dia mulalah sibuk tak ingat dunia. Bila meseg, berjam baru nak balas, bila call haramnya diangkat. Bila tanya kenapa, beribu alasan keluar dari mulut. Sayang tapi biar, apa kejadahnya.



Bukan sekali dua aku kena macam ni, selalunya macam tu la. Masa nak ngorat bukan main, kita ni macam anak raja dilayannya, kalau dah dapat jadi awek, terus dibiarkan. Mesti dalam fikiran diorang " dah jadi awek, buat apa nak ayat lagi ".Serius kebanyakan penyebab aku putus cinta sebab ni la. Aku ni bukan nak mintak beri perhatian sangat tapi sakit hati kot, nama ada pakwe tapi cam hidup single. Tak ke bergantung tak bertali namanya.

Tapi bila couple kali ni, syukurlah even dah nak tiga tahun tapi rasa macam mula-mula couple dulu. Ayat-ayat cinta memang tak pernah hilang, sayang tu dah meluap-luap, rindu pulak dah membuak-buak, tunggu nak jadi yang halal je ni. Tunggu ada rezeki lebih sikit. Doakan kami :)

16 September 2011

Kenapa Saya Suka Annas Easkey?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Bukak laptop, cucuk broadband, tunggu 2 minit, ok connect internet, bukak blogger.com, sign in blog sendiri, scroll new update kat dashboard dan terjumpa ini..


OMG! OMG! OMG! ( ok ulang seribu kali) 
Annas Easkey nak shoot secara percuma
Sila percaya dengan apa yang korang baca, kalau tak percaya pergi baca sekarang kat belog Annas Easkey, serius aku tak tipu doh, ni bukan prank. Ok contest yang sangat mudah, hanya buat entri pasal Annas Easkey, serius laju-laju aku nak join tengok syarat penyertaan.

Siapa tak kenal Annas Easkey memang la LOSER. Ok tak,  maybe ada makcik-makcik tak pandai nak guna laptop dan search siapa Annas Easkey. Tak ape, siapa yang tak tahu, hari ni aku nak cerita. bagi kawan-kawan baca supaya tak jadi loser. Ok, tengok gambar bawah dulu...


Amacam suka tak? Ok semua gambar di atas ialah karya AE ( singkatan bagi Annas Easkey), serius semua gambar diambil sangat la cantik. Jangan terkejut, dia bukanlah seorang siswa jurusan fotografi di mana-mana IPT tetapi fotografi adalah bakat semulajadi yang ada dalam diri AE, bak kata AE " photography is in my DNA". Awesome right?


AE bijak gunakan bakat yang ada untuk tampung diri sendiri, dengan kata lembutnya berdikari. AE bukan tangkap gambar biasa-biasa aje, gambar artis, portfolia, gambar kahwin dan macam-macam lagi. Karya AE bukanlah karya biasa yang bila kita pandang sekali,puji hari ni dan esok dah lupa. Karya dia bila kita tengok, kita akan ingat sampai bila-bila. Tak heranlah ramai artis point AE as a their photographer. Artis jumpa dia pun teruja tau apatah lagi kalau insan biasa macam aku ni, berpuluh kali teruja.

Kau bayangkan bila AE ni tangkap, yang mak orang boleh nampak macam anak dara. Selain itu, AE ni gak la antara orang yang bertanggungjawab sebagai ketua photographers untuk perkahwinan Memey dan Norman. Dah tengok kad kawin diorang? AE la yang tangkap tu..



Ok, ini antara contoh gambar hasil karya AE, photoshoot untuk artis, portfolio, dan macam-macam lagi. 







Amacam ada reason tak aku suka Annas Aeskey? Untuk banyak lagi gambar boleh tengok kat


pictures above, copyright Annas Easkey



15 September 2011

Korang Nak Pembaca Setia?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Hari ni aku nak cerita macam mana nak buat orang setia baca belog kita, bila tak baca sehari rasa tidur lena, makan tak kenyang, mandi pun tak wangi. Ok ini bukan jampi serampah guna syaitan nirrajim tu, ini tips terbaik punya. Sebelum nak cerita panjang, aku jadikan belog aku sebagai contoh. Aku tak sehebat mana tapi boleh la nak riak sikit, kat bawah ni bilangan orang datang belog aku, sumber Nuffnang

minggu lepas even jarang update

minggu ini
Aku tahu tak sebanyak mana sebab tu boleh je nak tayang kat sini, kalau beribu yang datang malas la kan, nanti banyak lak dosa riak aku. Tips dia sangat la senang, semudah kau masukkan jari telunjuk dalam hidung kau, ok cepat buat senang ke tak.
Menjadi pembaca setia dan pengomen tegar belog orang lain dan membuat entry pelbagai dan seharusnya menarik.

pembaca setia dan pengomen tegar 

Kalau kita selalu baca belog orang tu dan memberi komen tanpa segan silu mesti dia akan sedar akan kehadiran kita dan mula datang belog kita balik dan komen entry kita, dan apabila perkara ini berlaku banyak kali, kita akan saling mengenali dan terjadilah satu perhubungan iaitu "kawan" dan selalunya "kawan tak akan lupakan kawan dan kawan akan ambil tahu pasal kawan". Nampak tak permainannya di situ. Antara "kawan" aku Nabila Faryzza, Syarifah Zakiah, Najihah Fara, Nuruashia, dan Syazwan Che Deraman.

entry pelbagai dan seharusnya menarik.

Tapi jangan ingat buat "kawan" dah cukup, kita kena juga buat entry yang pelbagai, maksud aku jangan nak cerita satu perkara aje sebab orang akan bosan " dari dulu sampai sekarang asyik cerita jiwang je mamat ni, bapak bosan". Dan seharusnya menarik, kena jadi seorang yang pandai mengolah dan kreatif. Semua orang sukakan benda yang menarik kan, betul tak?

memo cinta : selamat mencuba :)

Spontaneus Thursday

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

"Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


14 September 2011

Minggu Pertama = Awesome

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Hari ni dah masuk tiga hari aku start sem baru, serius aku sangat sukakan minggu pertama semester sebab

  • lecturer tak masuk
  • assignment tak ada
  • lecturer tak ambik attendance dan boleh "ponteng"
  • tak belajar sangat, hanya perkenalan diri

Korang tak rasa ke minggu pertama awal semester amatlah heaven. Aku dengan kawan-kawan boleh senang hati main "uno" game, tengok cerita korea yang sampai sudah tak habis, tengok wayang  waktu kelas kononnya buat-buat tak tahu kelas kat mane. Siapa budak baik jangan tiru macam kami. :)





*pictures above : best friend and same class since 1st sem in diploma until now*
kawan suka duka  <3


12 September 2011

Serius Aku Geli Binatang Ni

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Dah lama aku tak update entry banyak dalam satu hari. Sekarang bila dah duduk kat hostel ni, tak ada apa nak dibuat, jadi bukak laptop dan online. Modem wifi depan bilik aku aje, jadi ligat la sikit kan nak online. Sebelum ni aku puas la nak cari idea apa nak update belog tapi bila baca belog orang lain, cerita hal kecik pun boleh satu entry, contoh " aku seorang penakut ". Jadi tak payah susah nak pikir, taip je apa-apa kaitan dengan diri kita pun dah ok.

Hari ni aku nak cerita pasal binatang yang aku benci. Nak tengok depan-depan pun aku geli, membayangkan pun dah boleh buat meremang satu badan, apatah lagi nak pegang. Memang tak lah kan.


Serius aku memang benci gila dengan cekti (ganti nama). Tukar nama sebab orang tua-tua cakap tak boleh 
sebut nama betul dia, nanti cekti ni datang kat kita, ok aku tau ni kolot tapi aku tak nak tanggung kalau binatang ni ada dalam bilik aku.

Tak tahu la kenapa aku benci sangat dengan binatang, nak kata ada kenangan pahit dengan cekti, tak ada pulak. Dengan bulu kat badan tu, lepas tu kotor lak tu menambahkan lagi kegelian aku kat spesies ni. Tak kisah la yang besar ke, kecik ke, buruk ke, comel ke semua aku geli. Hamster yang kiut miut tu pun aku tak suka. 

Dulu, kat kampung selalu binatang ni buat bising dalam dinding rumah, biasalah rumah kampung kan rumah kayu. Cakar-cakar, lari-lari kat ceiling. Dia ingat rumah aku tu apa, tapi lepas ada kucing kat rumah aku, terus senyap, padan muka dah kena makan. Terus rasa macam tenteram sikit hidup aku, kalau tak aku rasa macam seriau je duduk kat rumah sendiri.

Cekti ni je la binatang yang membuatkan aku jadi pengecut, kalau binatang lain macam katak, lintah, cacing, kumbang, ulat, dan yang lain-lain tu pegang pun aku tak geli. Pernah satu hari tu, bangun-bangun tidur, ada katak dalam bilik aku. Tengah mamai tu, aku tangkap terus buang kat luar rumah. Mak aku siap cakap lagi  " putera katak kot, tu yang dia masuk bilik ko", aku pun balas " la ye ke, rugi tak cium katak tu"..kiki


Saya Di UiTM Shah Alam

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Hai sayang sekalian, apa khabar semua? Alhamdullilah, hari ni dah start kelas aku untuk sem baru. Semua masalah pun dah selesai, kolej dah dapat, jadi tak ada alasan nak belajar elok-elok. Roommate pun aku dah kenal lama, nama Anis jugak. Jadi ada dua Anis dalam bilik ni, jadi kalau orang bukak pintu panggil Anis, dua-dua pandang.

Semalam sedih jugak la bila mak aku nak balik lepas hantar aku. Mula-mula ok je, tapi aku tengok mata mak aku dak merah, aku pun sebak la jugak. Lepas ni tak ada dah kawan nak bertekak mulut dah. Ok duduk diam-diam dalam bilik ni aje.

2 hari lepas, kitorang berkumpul satu family ( adik beradik mak aku) kat rumah Makngah aku kat Meru. Jadi baru boleh ambik gambar raya ramai-ramai. Korang tatap gambar aje la ye :)

Cousin ( Sarah), tudung dia la yang aku pinjam last entry

nenek..anak...cucu




family's member - girls

adik beradik mak aku dengan aki aku

<3 my mum

family aku, kereta ganti abah :)


makngah..mokde..mama

cucu Bedah + Yusof

Currently in Shah Alam, siapa nak jumpa tu bagi la tau :)