19 August 2011

Tawaran Hebat, Siapa Cepat Dia Dapat!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera
Seorang lelaki yang berusia 80 tahun jika tidak pernah meninggalkan solat, jika dikumpulkan masa solat yang telah dia lakukan sepanjang hidupnya hanyalah 9 bulan.
Korang pikir la panjang-panjang ayat di atas, sekejap je masa kita beribadatnya tu pun tak tolak lagi yang mana yang kita tinggalkan. Bayangkan kalau setiap waktu solat, kita ambil masa 5 minit, 5 minit X 5 waktu = 25 minit sahaja kita habiskan masa sehari untuk solat. Lagi 23 jam 35 minit kita buat apa ye? Jadi nak jawab apa bila ditanya kelak?

Jadi tawaran hebat ni datang cuma sekali setahun, jika terlepas tahun ini menangis air mata darah pun takde gunanya. Tahun depan entah hidup ke lagi nak dapatkan tawaran yang istimewa ini. Bukan susah, Allah dah bagi klu pun, malam ganjil pada 10 malam terakhir di bulan Ramadahan. 10 malam ni sahaja kita berkerja keras sikit untuk dapatkan ganjaran terhebat sekali dalam setahun.

Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan." (Surah al-Qadr, ayat 1 - 2) 



Seribu malam umpama 83 tahun 4 bulan, jadi kita pun tak tahu lagi umur sepanjang tu hidup di dunia. Jadi apa tunggu lagi. Kejar ganjaran hebat, ianya bermula daripada hari ini. Jangan nak rebut beli barang raya je, jom la kita berebut ganjaran yang berlipat ganda ni. Tingkatkan amal ibadat dan selamat beramal. Insyallah kita adalah insan yang terpilih. :)


Sesiapa nak tahu lebih lanjut, google aje. Siapa yang tak boleh solat, banyakkan berzikir. 

8 comments:

sharifahzakiah said...

kih3 jgn duk brebut beli brg jer. sale yang Allah bg ni lagi hebat :)

shiema sufian said...

same same lah kite mengejarnye :)

Sarah Mohd Saleh said...

sgt takut dgn pembalasan allah.tp den jrg wat gak terawih.wuwuwuwu

Fadzmie Mohamad said...

Semoga kita antara mereka yang bertuah yang diterima amalannya pada malam Lailatul Qadar. Amin. ;)

syAzAnA said...

jom carik lailatul qadar!

Niena Pengembara Ilahi said...

Selamat pagi :)
tak gi jejalan ke weekend ni :)

Niena Pengembara Ilahi said...

semoga kte jumpa mlm tu :)

Taufiq Tiramisu said...

9 bulan je? sikit nye? ya Allah..huhuhuhu.

New Entry : Manusia-Manusia Yang Patut Kena Tikam Sampai Mati [Part 2]