27 August 2011

Tag Raya Aidilfitri 2011

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Di "tag" oleh bekas suami  untuk menjawab soalan yang diberi. Mood berhari raya ni memang seronok nak menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan raya ni. Dua hari lagi yang amat mengujakan..

Baju raya tahun ini bertemakan?
Baju raya totally semua dah siap, tunggu nak sarung kat badan aje. Memandangkan mak sendiri yang jahit baju, jadi hanya habiskan duit untuk membeli kain sahaja. Semperna bukan Merdeka ni, baju raya ikut warna bendera, warna kuning je TAK ADA. kiki

Lokasi pertama yang anda kunjungi untuk beraya?
Belum tahu lagi, maybe rumah sedara mara yang jauhnya hanya 2 tiang elektik. Tengok lah mana satu yang pergi dulu nanti.

Makanan kegemaran anda di hari raya?
Aku bukanlah jenis cerewet dalam makan-makan ni, aku ni jenis pantang, ye pantang tengok. Semua benda aku tengok, aku bedal. Tapi biasanya kat rumah ni, nasi kerabu, ketupat, rendang adalah menu utama di pagi raya.

Lagu raya paling menyentuh hati?
Apa ye, adoi aku ni kurang sikit dengan lagu-lagu ni. Ikut je lah lagu raya pape yang sedihnya.

Berapa rumah anda akan berkunjung pada hari raya pertama? 
Maybe satu dua buah rumah je. Raya pertama selalunya orang ramai akan bertandang ke rumah aku, biasalah wan aku kan HOT. Ok tak ada kaitan, wan aku paling tua yang masih hidup dalam keluarga.

Berapa pasang baju raya anda?
Warna bendera Malaysia ada empat kan? Jadi tolak satu. :)

Soalan yang lain aku malas nak jawab boleh tak? Aku dah malas nak taip..kiki.. Siapa nak jawab tag ni boleh la ke belog AfieqJibril untuk tahu soalan yang seterusnya. Sekian




7 comments:

Ummu Aiman said...

bnyak nya bju rya. sakan noh :P

Ummu Aiman said...

bnyak nya bju rya. sakan noh :P

♥ MRS ZACKS ♥ said...

amboi bestlaa dye mak yg jhitkan :) xpyh susah2 upah org kan.


boleh pulak dye jwb separuh jer. haha :P

Syazwan Che Deraman said...

baju aku tahun ni baju melaysia belang belang bendera Malaysia.
hehehe

AfiekJibril said...

haha..tau tak pe...mmg banyak gile oh soklan dia...aku pon penat menjawap..haha

Dorky Guy said...

dah janda rupanyaa~

ishiko said...

ambuii.. baju raya tak menahan ^^