29 August 2011

Semangat Nak Raya Berkobar-kobar

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Mentang-mentang la raya nak dekat, asyik nak cerita pasal raya je aku ni. Excited sangat gayanya tapi jauh di sudut hati sedih sebab bulan Ramadhan yang penuh keberkatan akan berakhir tak lama lagi, entah tahun depan sempat lagi tak bertemu Ramadhan. Ok tak mau sedih-sedih nak raya ni, meh nak tunjuk apa yang aku buat nak manjelang Raya ni.
Buat Kuih Siput
Memandangkan mak aku seorang tukang jahit jadi banyak mesin jahit je la kat rumah aku, oven tak ada nak buat kuih. Jadi buat aje la kuih yang tak gunakan oven seperti kuih siput. Ada jugak la aku nak gebang kat kawan-kawan " weh , raya hari tu aku buat kuih, kau ada? "

wan yang sudi nak tolong 



Kemas Rumah
Sebelum ni aku cerita yang aku kemas bilik je kan tapi kali ni aku kemas rumah pulak. Nasib baik ada sepupu yang baik hati nak tolong kemaskan, kalau tak memang melepek la aku hari ni nak tunggu berbuka. Turun la beberapa ratus gram berat badan hari ni. Aku basuh langsir, cuci tingkap, basuh berandar, sapu sampah, cuci kipas dan macam-macam la. Meh la datang rumah beraya :)


amacam? macam baru pindah tak?
Shopping Raya
Perkara ni memang tak sah la tapi macam puas hati sikit la sebab sepenuhnya aku shopping guna duit hasil titik peluh aku sendiri. Duit tu mengalir macam air je aku belanjakan. Mana tidaknya, asal nampak yang berkenan, sauk aje. Lepas raya ni miskin balik la aku. Meh cepat bagi duit raya sepuluh ringgit sorang kat aku.



7 comments:

Urzain Hussain said...

waahh..
kuih siput..
favourite tuh..huhu..
cantik rumah..:)

♥ MRS ZACKS ♥ said...

huishhh rjinnye anis. hik3 kemas dah umah dye dh mcm umah bru :) kik3

yg bab shopping tu sme laa. mne yg brkenan, sauk je. HAHA mentang2 ade duit kan :)

Laila Majid said...

selamat hari raya dan makan kuih siput yg anda buat ni.bestnye dpt kemas2 rumah menjelang raya.

nuruashia ♥ said...

wawhhh rjnnyee die hek9!~
slmt ary raye :)

L.e.e.z.a said...

wah! sedapnye kuih siput ;p mintak sebalang ;p haha~ selamat hari raya

MIDA MIDOT said...

Mida tahun ni 4 jenis kuih buat .semua dah siap .hehe
Wah dah kemas semua .:) hehe

Selamat hari Raya Aidilfitri :)

nabila faryzza said...

jangan lupa bawak kuih siput pulang ke sarang nanti.