05 August 2011

Day 7 - Tiga Perangai Baik Aku

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Amboi, suka korang baca perangai buruk aku ye. Hari ni aku nak cerita perangai baik pulak. Ni pun payah, kalau cakap lebih-lebih kang, orang kata aku ni perasan la pulak. Nak tanya orang pun segan..kiki
Ambil Berat
Aku ni sangat la mengambil berat orang-orang yang aku sayang. Aku mesti nak ambil tahu je apa jadi kat orang yang aku sayang. Aku bagi contoh, aku dengan Nurudin Nazrin.  Aku ni macam kakak dia dah aku rasa, masa dia nak masuk UiTM hari tu, aku la tolong isikan permohonan, apply PTPTN, cek apa yang nak kena bawak. Aku rasa tak senang duduk kalau semua tak selesai. Ni boleh kira ambil berat tak?
Senang Marah, Cepat Sejuk 
Aku ni sebenarnya tak reti nak marah orang tapi kalau adik-adik aku tu aku tahulah. Aku kalau sakit hati, aku cepat bengang tapi sekejap tu aku dah ok balik. Aku jenis malas nak pikir sangat benda menyakitkan hati ni, nanti cepat mati..kiki. Sebab tu la, kalau aku dengan Nurudin tak pernah gaduh lama. Kalau kitorang gaduh, cepat-cepat tidur. Bangun tidur tu ok lah. Kalau dengan adik-adik aku pun, aku bising-bising semua, dah lepas semua, lepas tu ok aje.
Setia Kawan
Ikutkan nama 'Anis' pun dah bermaksud setia kawan. Sepanjang aku berkawan, tak pernah lagi kawan jadi musuh. Aku pun jenis tak lupa kawan, kawan yang masa sekolah rendah dulu pun , aku kawan lagi. Aku suka sangat berkawan sebab kawan-kawan ni jugak la yang tolong kita waktu susah-susah kan. Kalau ada macam terasa hati je,cepat-cepat selesaikan. Tak mau pendam dalam, nanti susah. Jadi, ada sesiapa nak kawan dengan aku? * banyak gila perkataan kawan*

cerita ni boleh cerita kat orang

jangan lupa like page ini dan like gambar saya :)

8 comments:

.d.a.m.a.s.e.n.i. said...

aku hang tak ingat kah?
kawan time main pondok2,bersama uncle aznil? hehe =)

hafizah alias said...

suka aaa tgk kulit anis. cantik sgt!
tibe2 komen takde kaitan ngn post. eheh :)

Syazwan Che Deraman said...

memang kulit dia cantik.
hhehehe..

setia kawan?..
bagus..kau seorang yang setia.. :)

Adzriel @ Liza AB said...

senang marah cepat sejuk tu sama kak liza jugak le.

nurAMALLINA said...

anis memang setia :)

Elyzatul Nastaysah said...

datang melaat cik anis yg comel=)

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

Ramadhan datang tapi........

ade2mama said...

ny gadis gengsterz ny..2 tu da ok da..kantoi yg sng marah plax..

abis..silap ckit..ONGBAK smpai kt kple..pecah temporongkple.

pastu da ONGBAK org 10kli round
pastu sng jew dye ckp

im sory..smbil tgn kanan bt peace..tgn kiri tutup mulut..

nty dlete k yg sng marah tu..cian temporong kple pecah..