21 August 2011

Cara Nak Cantik

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Hai kakak-kakak, adik-adik, hari ni aku nak cerita sikit macam mana nak cantik even diri tak ada la secantik mana. * merendah diri sangat kan*. Aku selalu tengok orang selalu tak puas hati dengan apa yang dia ada, muka dah secantik Fatin Suhana, nak jadi cantik macam Fatin Liyana pulak. Apakah daya, manusia tak pernah puas. Jadi hari ni aku nak bagi tips sikit supaya jadi cantik menawan macam aku, ok tak.

Cantik Dalaman
Mula-mula perkara terpenting untuk cantik, kita mestilah pastikan dalaman kita pun cantik. Menjaga tatasusila sebagai seorang wanita. Jaga tingkah laku daripada melakukan perkara yang membuatkan orang memandang jijik kepada kita. Mak aku cakap " seorang perempuan tu kalau cantik mana pun, kalau perangai tak senonoh terus hilang cantik tu"

lemah lembut itu penting

Pastikan Menjaga Muka
Menggunakan produk kecantikan yang bersesuaian dengan muka. Pastikan ada pakai krim siang sebelum keluar rumah, krim malam untuk lembabkan muka, dan pencuci muka untuk membersihkan daki-daki di muka. Ini basic, kalau tak ada, peratus untuk cantik akan berkurang.

nak cantik, jangan malas

Confident Itu Penting
Dulu aku pernah nangis-nangis sebab aku pikir muka aku buruk gila tapi kan bila dah lama-lama, aku cakap kat diri sendiri " anis, kau ni cantik la" lepas tu aku rasa confident dengan diri. Aku selalu cakap " siapa lagi nak puji diri kita kalau bukan diri sendiri " jadi puji la diri korang. Tapi ingat jangan riak, ia hanya untuk membina confident dalam diri. Puji senyap-senyap aje, kalau tak nanti ramai menyampah.kiki

aku cantik! "so what?"

Pedulikan Apa Orang Kata
Selalunya kita ni selalu nak dengar apa orang cakap. Orang kata itu ini, kita dengar aje, lepas tu diri sendiri yang touching. Pedulikan apa mereka cakap, apa yang diorang mengata kita, anggaplah yang diorang tu jelous. Tapi jangan lak orang baik kita nasihat benda yang baik tapi kau abaikan jugak. Dah besar kan , jadi tahulah nak pilih yang mana baik dan buruk.

orang : kau gemuk la!
aku : oh, ye ke?
Berdoa Kepada Tuhan
Kau ingat nak pointer tinggi je boleh mintak kat Tuhan, nak cantik pun boleh. Air wuduk pun salah satu penyeri muka, jadi jangan la tinggal solat. Jadi start dari sekarang, selitkan " Ya Allah, berikan lah aku rupa yang cantik dan sedap mata memandang" di dalam doa korang. Mama aku ada bagi tips, dia dari dulu amalkan satu ayat dari Surah Yusuf ni..

hafal dan amalkan 

Allah tidak memandang paras rupa tetapi amalan ibadat dan iman di dada

17 comments:

Sab said...

waaa , cantik laa :D

AmirahSM said...

thnx rite dik..adik mmg cntik da =)

Urzain Hussain said...

waaahhh..
patotlah dia cantik je..huhu..
nice one..

[^^,]

Nabila Huda said...

pasal amalkan surah yusuf tu memang betul. kan nabi yusuf nabi yg plg hensem. patut awk cantik..

fiezra said...

Alhamdulillah kerana allah telah beri awk kecntikkn ney :) jage ia elok2 ea :)

Syazwan Che Deraman said...

cantiknya kereta api tu.
hehehe.
cantik juga penumpangnya :)

Princess Nur said...

cantiknya anis! =)

nuruashia ♥ said...

alhamdulilah..ayt tu mmg wajib di hafal oleh setiap wanita hek9!~

AfiekJibril said...

akan aku amalkan petua2 ni...nak naik kan saham...haha

zulhilmi.tempoyak said...

ptt la cantik...
hmmm...nk ngorat bleh..??
hahahaha

dtg dah sawan den ni..

♥ MRS ZACKS ♥ said...

anis mmg cntik pun syg :)))

Pocket said...

mcm ni tak cantik lagi?
tapi camana pun, pocket terima nasihat, sila jadi cantik dalaman :D

teringat citer Shallow Hal plak
(Jack black ngan gweteh paltrov)

Kumbang Jingga said...

cantikk sungguh awk..tp di mata tuhan manusia semua same kecuali amal...mengingatkan diri sendiri gak hehehe

kenariputih9727 said...

saya suk la baca entry ni.. siple n menarek! nak cantik ni a yg kamu tulis, semuanya sy sokong!

Aimi Fatimah said...

Umi aku kata dlu mase dy preggy kan aku n adik bradik laen baca umi salu sgt bce surah yusuf n surah mariam for baby gurl

Aimi Fatimah said...

Umi aku kata dlu mase dy preggy kan aku n adik bradik laen baca umi salu sgt bce surah yusuf n surah mariam for baby gurl

Dila Gebu said...

memang seronok baca blog ni, best