17 August 2011

Bukan Nak Berlagak Aku Ada Pakwe

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Tertarik beno entry Nuruashia pasal "lelaki kulit kerang", katanya "lelaki kulit kerang" ni boleh buat jadi calon suami. Lelaki ni rupanya terdapat pelbagai perangai "macam-macam ada". Cuba baca kat sini nak tahu lebih lanjut.

antara perumpamaan bagi lelaki 
Terlebih dahulu, aku nak warning awal-awal, entry ni akan membuatkan korang rasa loya-loya tekak bila membaca sebab entry ni aku akan cerita pasal pakwe aku je even pakwe aku bukanlah seorang pemain bola sepak negara. ops..kiki. Terlebih dahulu, meh aku perkenalkan pakwe aku, Nurudin Nazrin Zulkipeli..


Masa bercinta semuanya nampak baik kan, " bau kentut pun dikatakan wangi", mesti aku nak cakap yang baik-baik je kan pasal pakwe aku. Mesti la aku nak cakap yang pakwe aku tu umpama " lelaki kulit kerang" sebab antara semua ciri-ciri, lelaki kulit kerang je mempunyai sifat-sifat lelaki idaman. Tapi ni memang fakta uh, aku tak suka buat cerita ni, dah banyak dosa aku ni, tak larat nak tambah dengan dosa menipu lak. Jom tengok apa yang sama tu..


copyright : Sarah Saleh

Pakwe aku tu memang "gila" kalau jumpa kawan, sampaikan aku panggil kawan-kawan dia tu boyfriend dia. Serius, kalau waktu cuti, kawan ramai balik, sampai bergaduh la nak jumpa dengan dia ni sebab berebut dengan kawan-kawan Nurudin ni.

Setakat ni kalau kat Temerloh ni, memang tak pernah lagi la aku nampak atau dengar dia keluar dengan perempuan lain. Mana taknya, kalau dia balik memang aku je la perempuan yang berkepit dengan dia keluar bandar tu hari-hari. Aku rasa promoter kat kedai tu dah cam muka kitorang. Sampaikan pernah dia pergi beli burger pastu abang tu tanya " eh, sorang je, mana awek? ". Tapi bila jauh dari aku, tak tahu la pulak.

Bab tegur perempuan ni, tak ada lah aku nak cakap dia ni suci sangat sampai tak tegur. Tapi dia ni agak pendiam la kalau dengan perempuan. Kalau aku jumpa dia lepas tu ada kawan aku, memang payah la nak dengar dia keluar suara. Dulu masa aku first time date pun, even depan mata tapi borak guna sms.

Aku memang suka kalau bab-bab cek handphone ni tapi setakat ni tak ada lagi jumpa msg dia menggedik dengan perempuan lain, dengan aku biasalah.kiki. Tapi tak tahulah kalau dia padam sebelum jumpa aku kan.

Stok ex girfriend ialah 0 dan tempoh percintaan kitorang dah nak dekat 3 tahun, harap berkekalan la ke akhir hayat. Aku je yang ramai stok ex bf. kiki. Tapi ni semua depan mata aku,  tapi tak tahulah belakang aku kan. So far, 3 tahun aku dengan dia bahagia la.

siapa sudi keluar dengan budak macam ni?
Serius, Nurudin Nazrin ni sangat la simple orangnya, senang ajak berunding, easy going, tak kisah pasal orang sangat *not busy body person*, pendengar yang baik, tak mengongkong tapi suka tegur kalau ada buat yang tak betul, dengar cakap, dan banyak lagi yang best. Best sangat kawan dengan dia. :) 

He is the best man i've ever meet
Ya Allah, Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku tercipta buatku, Satukanlah hatinya dengan hatiku, Titipkanlah kebahagian antara kami agar kemesraan itu abadi. tetapi Ya Allah, Seandainya telah engkau takdirkan dia bukan milikku, Bawalah ia jauh dari pandanganku, Luputkanlah ia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan. Amin

11 comments:

Syazwan Che Deraman said...

saya pon lelaki bercengkerang. :)

sharifahzakiah said...

Hehehe bgus laa mcm tu. Moga kekal ye syg ^^ Bab kawan2 tu sme ah, sllu dtggalkan T_T stock ex gf pun sme. Tpi nudin ag bgus laa 0..hik3


suke gk laki kulit kerang :)

cik najihah said...

cane nak ade laki berkulit gitu hohoho..
hoping the for u ol syg..stay together,,nak sgt tengok korang kawen

Umie Artoqiemie said...

wewitt

JIJI YU said...

sbb tu aku tak kapel2..cam tak bebas je nak idop

nuruashia ♥ said...

wehaaa!! semua dah terpengaruh dek entry tu ahahahha..ske2..owh..untunglaaa die ade pkwe kulit kerang..jgn lepas die tau..sbb ramai yg duk mencari lelaki kulit kerang ni ahahhaha

pandangkedepan said...

entry pasal type laki tu mmg best...smoge anda bahagia hendak nye..good luck...:P

cik siti said...

pakwe sy pon juara bola sepak kampung je... upsss!! ;p

Arin said...

nudin mmg cmtu, kt sekolah pon bt dekkk je ngn pompuan.huhu

Sarah Mohd Saleh said...

alamak*blushinggggggg...btw thanksss kerna perkenalkan entry itu.hikhik.tharu sgt nih ;)

daya said...

wow2. kahwin nanti jgan lupe jmput taw ! :)