30 August 2011

Selamat Hari Raya

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

pasang video ini untuk lebih feeling ketika membaca


Semalam dah diumumkan bahawa hari ni adalah Hari Raya Aidilfitri untuk semua untuk orang Islam yang sudah berpuasa sebulan. Siapa yang berpuasa penuh je boleh raya, hamba Allah yang tak berpuasa tu duduk diam-diam kat tepi ye.

Kesempatan ini, aku nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA" kepada semua yang mengenali diri aku yang comel ini, di tambah nak memohon seribu keampunan dari rambut ke tapak kaki kalau ada diri yang kudus ni melakukan kesilapan sama ada dalam sedar atau tidak. 0-0 ye :)

Aku akan berada di Temerloh sampai sudah, jadi sesiapa yang rasa nak datang beraya tu roger-roger la ye. Karang dah sampai tapi orang tak ada kat rumah, tak dapat nak merasa kuih siput aku buat..kiki

Siapa yang tak ada kad raya nak gantung kat dinding, print kad raya buatan aku sendiri ni ye. Kalau ada yang tanya " Gambar siapa yang comel lote kat kad raya tu?" Korang cakap la Anis Adila Aris, bagi url belog aku sekali ye.. :)


Siapa rasa nak pos duit raya kat aku, nanti mintak alamat ye. kiki

29 August 2011

Semangat Nak Raya Berkobar-kobar

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Mentang-mentang la raya nak dekat, asyik nak cerita pasal raya je aku ni. Excited sangat gayanya tapi jauh di sudut hati sedih sebab bulan Ramadhan yang penuh keberkatan akan berakhir tak lama lagi, entah tahun depan sempat lagi tak bertemu Ramadhan. Ok tak mau sedih-sedih nak raya ni, meh nak tunjuk apa yang aku buat nak manjelang Raya ni.
Buat Kuih Siput
Memandangkan mak aku seorang tukang jahit jadi banyak mesin jahit je la kat rumah aku, oven tak ada nak buat kuih. Jadi buat aje la kuih yang tak gunakan oven seperti kuih siput. Ada jugak la aku nak gebang kat kawan-kawan " weh , raya hari tu aku buat kuih, kau ada? "

wan yang sudi nak tolong 



Kemas Rumah
Sebelum ni aku cerita yang aku kemas bilik je kan tapi kali ni aku kemas rumah pulak. Nasib baik ada sepupu yang baik hati nak tolong kemaskan, kalau tak memang melepek la aku hari ni nak tunggu berbuka. Turun la beberapa ratus gram berat badan hari ni. Aku basuh langsir, cuci tingkap, basuh berandar, sapu sampah, cuci kipas dan macam-macam la. Meh la datang rumah beraya :)


amacam? macam baru pindah tak?
Shopping Raya
Perkara ni memang tak sah la tapi macam puas hati sikit la sebab sepenuhnya aku shopping guna duit hasil titik peluh aku sendiri. Duit tu mengalir macam air je aku belanjakan. Mana tidaknya, asal nampak yang berkenan, sauk aje. Lepas raya ni miskin balik la aku. Meh cepat bagi duit raya sepuluh ringgit sorang kat aku.



27 August 2011

Tag Raya Aidilfitri 2011

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Di "tag" oleh bekas suami  untuk menjawab soalan yang diberi. Mood berhari raya ni memang seronok nak menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan raya ni. Dua hari lagi yang amat mengujakan..

Baju raya tahun ini bertemakan?
Baju raya totally semua dah siap, tunggu nak sarung kat badan aje. Memandangkan mak sendiri yang jahit baju, jadi hanya habiskan duit untuk membeli kain sahaja. Semperna bukan Merdeka ni, baju raya ikut warna bendera, warna kuning je TAK ADA. kiki

Lokasi pertama yang anda kunjungi untuk beraya?
Belum tahu lagi, maybe rumah sedara mara yang jauhnya hanya 2 tiang elektik. Tengok lah mana satu yang pergi dulu nanti.

Makanan kegemaran anda di hari raya?
Aku bukanlah jenis cerewet dalam makan-makan ni, aku ni jenis pantang, ye pantang tengok. Semua benda aku tengok, aku bedal. Tapi biasanya kat rumah ni, nasi kerabu, ketupat, rendang adalah menu utama di pagi raya.

Lagu raya paling menyentuh hati?
Apa ye, adoi aku ni kurang sikit dengan lagu-lagu ni. Ikut je lah lagu raya pape yang sedihnya.

Berapa rumah anda akan berkunjung pada hari raya pertama? 
Maybe satu dua buah rumah je. Raya pertama selalunya orang ramai akan bertandang ke rumah aku, biasalah wan aku kan HOT. Ok tak ada kaitan, wan aku paling tua yang masih hidup dalam keluarga.

Berapa pasang baju raya anda?
Warna bendera Malaysia ada empat kan? Jadi tolak satu. :)

Soalan yang lain aku malas nak jawab boleh tak? Aku dah malas nak taip..kiki.. Siapa nak jawab tag ni boleh la ke belog AfieqJibril untuk tahu soalan yang seterusnya. Sekian




26 August 2011

Rasa Macam Hari Guru Pulak

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Hari ni hari last aku mengajar kat SMKTJ, hari last jugak aku bergelar sebagai seorang guru. Nanti lepas raya dah nak sambung belajar balik. Jadi tangkap la gambar dengan anak murid kesayangan , " even degil, cikgu sayang korang ". Tapi tak sangka pulak, hari ni dapat hadiah dari budak-budak, rasa macam Hari Guru pulak.

hadiah birthday pun tak pernah sebanyak ni
Kelas 4 Zaaba
"rugi siapa tak datang hari ni, tak dapat masuk belog cikgu"

Girls 1 Ibnu Sina
Boys 1 Ibnu Sina
Boys 4 Hamka
" Mentang-mentang cikgu muda, buat tanduk ye"

Girls 4 Hamka
Geng-geng ni rajin main Bingo 
Tak lupa jugak kepada cikgu-cikgu praktikal yang sudi jadi kawan gosip aku masa kat sana :)

Kak Najwa :)

Kak Syu
"Cikgu Anis"
Ini adalah pengalaman baru yang tak akan aku lupakan sampai bila-bila. Dengan menghadap perangai budak-budak yang macam-macam jenis ragam, dengan kena kejar dengan budak-budak laki macam aku ni artis, merajuk dengan budak-budak yang taknak belajar. Semuanya dalam ingatan :)

25 August 2011

Aku Sangat Mengagumi Beliau

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Dia seorang yang cantik bagi aku, cantik luar dan dalam. Sejak dia berubah dan terus berubah menjadi lebih baik dan menjadi seorang idol ramai wanita. Aku pernah dengar ceramah dia kat kolej aku last sem, sangat menarik, seperti seorang kakak yang nasihatkan adik-adik perempuan. Suka sangat tengok kat Fanpage Wardina di Facebook, banyak sangat kata-kata nasihat. I hope i'll be someone like her, awesome in career, family and as a muslimah. :)







23 August 2011

Ainan Tasneem - Next Youtube Artist

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Hye sayang semua. Hari nak cerita pasal seorang lagi bakat baru yang dijumpai di You Tube, suara boleh tahan. Sebelum ni aku tak pernah lagi dengar pasal dia tapi selepas aku ditag oleh orang yang hack fb boyfriend aku pasal dia, baru aku tahu. Kawan Nurudin cakap si Ainan Tasneem ni muka macam aku tapi aku tak tahulah tang mana yang sama nye.


Tapi aku rasa muka Ainan Tasneem ni lagi sebijik dengan muka adik Nurudin Nazrin. Moh tengok, sama ke tidak muka diorang.

Ainan Tasneem

Zulaika Najwa
Ainan Tasneem ni pun ada buat lagu sendiri. I think she is next You Tube's Artist :)



Tamabahan: Adik aku pun ada orang cakap muka macam Nurudin Nazrin..

22 August 2011

Kau Suka Aku Tak?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Hai sayang semua, puasa tak hari ni? Wah, seminggu lagi kita dah nak beraya, baju raya dah beli belum? Kuih raya dah buat? Ini sebenarnya pendahuluan merapu yang tak berkaitan dengan entry yang nak diceritakan kejap lagi. Nampak macam seorang yang ambik berat tak? kiki

Aku tengok semua belog ada page kat Facebook, buat maklumat sayang semua, belog aku ni pun ada cuma tak menonjolkan diri aje. Tapi tiba-tiba je aku rasa aku perlu "publish"kan page tu untuk beramah mesra dengan kawan-kawan yang aku dapat kat belog ni. Facebook aku hanya untuk kawan-kawan yang dikenali aje, ye la nanti korang muntah lak tengok aku berjiwang wall to wall dengan bf aku. Lagipun aku bab-bab nak approve orang ni, tunggu mood datang dulu. Mood pulak datang dua tiga bulan sekali.


Jadi aku dah letakkan "Facebook Social Plugin" kat tepi belog ni, jadi kalau suka aku, eh tak, kalau suka belog aku, sila la LIKE beramai-ramai ye. Pastu nanti kita beramah mesra di situ :)


Alang-alang tu meh bantu aku, dengan klik sini.

like jika suka


21 August 2011

Cara Nak Cantik

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Hai kakak-kakak, adik-adik, hari ni aku nak cerita sikit macam mana nak cantik even diri tak ada la secantik mana. * merendah diri sangat kan*. Aku selalu tengok orang selalu tak puas hati dengan apa yang dia ada, muka dah secantik Fatin Suhana, nak jadi cantik macam Fatin Liyana pulak. Apakah daya, manusia tak pernah puas. Jadi hari ni aku nak bagi tips sikit supaya jadi cantik menawan macam aku, ok tak.

Cantik Dalaman
Mula-mula perkara terpenting untuk cantik, kita mestilah pastikan dalaman kita pun cantik. Menjaga tatasusila sebagai seorang wanita. Jaga tingkah laku daripada melakukan perkara yang membuatkan orang memandang jijik kepada kita. Mak aku cakap " seorang perempuan tu kalau cantik mana pun, kalau perangai tak senonoh terus hilang cantik tu"

lemah lembut itu penting

Pastikan Menjaga Muka
Menggunakan produk kecantikan yang bersesuaian dengan muka. Pastikan ada pakai krim siang sebelum keluar rumah, krim malam untuk lembabkan muka, dan pencuci muka untuk membersihkan daki-daki di muka. Ini basic, kalau tak ada, peratus untuk cantik akan berkurang.

nak cantik, jangan malas

Confident Itu Penting
Dulu aku pernah nangis-nangis sebab aku pikir muka aku buruk gila tapi kan bila dah lama-lama, aku cakap kat diri sendiri " anis, kau ni cantik la" lepas tu aku rasa confident dengan diri. Aku selalu cakap " siapa lagi nak puji diri kita kalau bukan diri sendiri " jadi puji la diri korang. Tapi ingat jangan riak, ia hanya untuk membina confident dalam diri. Puji senyap-senyap aje, kalau tak nanti ramai menyampah.kiki

aku cantik! "so what?"

Pedulikan Apa Orang Kata
Selalunya kita ni selalu nak dengar apa orang cakap. Orang kata itu ini, kita dengar aje, lepas tu diri sendiri yang touching. Pedulikan apa mereka cakap, apa yang diorang mengata kita, anggaplah yang diorang tu jelous. Tapi jangan lak orang baik kita nasihat benda yang baik tapi kau abaikan jugak. Dah besar kan , jadi tahulah nak pilih yang mana baik dan buruk.

orang : kau gemuk la!
aku : oh, ye ke?
Berdoa Kepada Tuhan
Kau ingat nak pointer tinggi je boleh mintak kat Tuhan, nak cantik pun boleh. Air wuduk pun salah satu penyeri muka, jadi jangan la tinggal solat. Jadi start dari sekarang, selitkan " Ya Allah, berikan lah aku rupa yang cantik dan sedap mata memandang" di dalam doa korang. Mama aku ada bagi tips, dia dari dulu amalkan satu ayat dari Surah Yusuf ni..

hafal dan amalkan 

Allah tidak memandang paras rupa tetapi amalan ibadat dan iman di dada

20 August 2011

Bulan Puasa Kalau Tak Ada Majlis Iftar Memang Tak Sah!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Maksud ni dah kali ke tiga aku pergi berbuka puasa di masjid untuk bulan Ramadhan kali ni. Nak berbuka kat hotel memang tak lah, tak kenal mana-mana dato' lagi nak suruh belanja. Kalau nak ajak mak aku, dia dah cakap awal-awal " buat apa la nak bayar mahal-mahal untuk berbuka puasa, baik makan kat rumah aje". Jadi diri ni layak makan free kat masjid aje, sebelum pergi ke masjid yang terletak sebelah rumah yang 40 langkah dah sampai, jadi penuhkan memory handphone dengan gambar-gambar entah pape.

nak tunjuk sandle baru
macam tak cool aje candid tengah main anak patung.

baru la cool, main kira-kira guna kalkulator

on the way
40 langkah dah sampai
(langkah yang besar)

tunggu berbuka 

ini hanya sebahagian
tq tukang ambik gambo

orang kata malam ni Lailatul Qadar.. :)


Ben Ashaari Nak Blog Dengan Segera ...

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


mahu join? klik saja di sini
cepat! sebelum pukul 2 pm ni

19 August 2011

Tawaran Hebat, Siapa Cepat Dia Dapat!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera
Seorang lelaki yang berusia 80 tahun jika tidak pernah meninggalkan solat, jika dikumpulkan masa solat yang telah dia lakukan sepanjang hidupnya hanyalah 9 bulan.
Korang pikir la panjang-panjang ayat di atas, sekejap je masa kita beribadatnya tu pun tak tolak lagi yang mana yang kita tinggalkan. Bayangkan kalau setiap waktu solat, kita ambil masa 5 minit, 5 minit X 5 waktu = 25 minit sahaja kita habiskan masa sehari untuk solat. Lagi 23 jam 35 minit kita buat apa ye? Jadi nak jawab apa bila ditanya kelak?

Jadi tawaran hebat ni datang cuma sekali setahun, jika terlepas tahun ini menangis air mata darah pun takde gunanya. Tahun depan entah hidup ke lagi nak dapatkan tawaran yang istimewa ini. Bukan susah, Allah dah bagi klu pun, malam ganjil pada 10 malam terakhir di bulan Ramadahan. 10 malam ni sahaja kita berkerja keras sikit untuk dapatkan ganjaran terhebat sekali dalam setahun.

Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan." (Surah al-Qadr, ayat 1 - 2) 



Seribu malam umpama 83 tahun 4 bulan, jadi kita pun tak tahu lagi umur sepanjang tu hidup di dunia. Jadi apa tunggu lagi. Kejar ganjaran hebat, ianya bermula daripada hari ini. Jangan nak rebut beli barang raya je, jom la kita berebut ganjaran yang berlipat ganda ni. Tingkatkan amal ibadat dan selamat beramal. Insyallah kita adalah insan yang terpilih. :)


Sesiapa nak tahu lebih lanjut, google aje. Siapa yang tak boleh solat, banyakkan berzikir. 

Cerita Wajib Tonton

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Cuti sem 4 bulan memang heaven tapi aku ni tak ada la cuti mana, kena jugak pergi kelas cuma status aje yang berbeza. Sebelum ni aku yang buat lecturer pening tapi sekarang budak lak buat aku pening. Memang sekarang tengah menghitung hari ke minggu depan,tak sabar nak cakap kat budak " okey, hari ni last saya mengajar kamu semua, ok good bye".

Memandang 4 bulan duduk kat rumah, makan minum semua free, jadi tak sah la kalau tak tengok cerita-cerita free kat TV. Kebetulan pulak, kebanyakan cerita best masa aku kat rumah ni. Antaranya...

Isnin - Khamis
7.00 pm

Selasa-Rabu
10.30 pm

Isnin
9.00 pm

Selasa
9.00 pm

Jumaat
9.00 pm
Amacam korang layan tak? Rugi woo tak tengok. Biasanya kalau aku kata best ni, memang betul-betul best.


17 August 2011

Wordless Wednesday *Friends*




dengar sambil tengok, special untuk kawan-kawan 
you can count on me like one, two, three
i'll be there