16 July 2011

Tak Sampai Sebulan Dah Nak Puasa

Assalammualaikum dan selamat sejahtera






Tak lama lagi Ramadhan akan tiba, sebelum tu ingatlah di Bulan Syaaban banyak manfaat yang kita dapat. Tak lama lagi dah nak 15 Syaaban, moh le ramai-ramai baca Yassin.
Tadi tengah kodek-kodek kat internet ni pasal Bulan Syaaban ni, aku ada jumpa sesuatu yang boleh membuatkan kita tersenyum.. Bacalah, tak rugi..



Di bawah arasy, Allah SWT telah mencipta sebuah laut yang amat luas sejauh mata memandang. Di permukaan laut tersebut Allah telah mencipta satu Malaikat yang amat besar. Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata memandang dan di sebelah kiri sejauh mata memandang.


Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan turun ke dalam laut tersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap-sayap dan bulu-bulu di badannya. Maka akan berguguranlah berjuta juta titik air dari tubuh malaikat tersebut.


Sekiranya seratus kali umat islam berselawat maka seratus kalilah malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada tubuhnya.Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu mailaikat lain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan memohon dari Allah SWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat


Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi maka terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan orang yang berselawat. Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang mulia ini kerana bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga kita akan tergolong bersama orang yang mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.


Amacam? Best tak? Apa lagi, moh la berselawat...







5 comments:

Syazwan Che Deraman said...

bagus..cari kot enternet..

tetiba terfikir..

sekarang nie..selepas meninggalkan zaman persekolahan..saya tak banyak didedahkan dengan benda macam nie..dulu, ustaz and ustazah, selalu mengingatkan kebaikan setiap bulan tu..kebaikan puasa sunat.kebaikan baca yassin..

tapi sekarang..dah tak ada dah..kekadang tu..saya terlupa..ohh..sekarang nie dah syaaban...

thanks!

nuruashia ♥ said...

besar sungguh fadilat bulan puase kn yunk..
xsabar rasenyee nk menyambut ramadhan :)

FatimahZahra said...

waa sangat best , selawat pun boleh dapat macam2 :')

SANDRA AZWAN said...

memang tak sabar nak berpuasa!;-)

si ngokngek said...

tak lama nak puasa..takutnya sebab lepas puasa n raya saya exam..haish ketaq lutut..so sama2 kita ambik berkat ya...hee