14 July 2011

Siapa Kata Perempuan Mengandung Tak Datang Haid

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Hari ni tengah seronok-seronok tengok Movie Nur Kasih, ada orang kampung datang rumah. Riuhnya tak usah cakap la, biasalah makcik-makcik duduk kampung kan, cakap tak boleh nak perlahan.


Mulanya malas nak ambik tahu tapi bila terpandang budak kecik yang di bawak tu, terpanggil-panggil nak pergi cubit-cubit pipi yang comel tu. *biasalah orang comel sukakan benda yang comel* Sibuk aku menyelit dengar makcik tu cerita pasal budak comel tu * budak comel yang kecik ye, bukan yang besar ni..kiki*


Rupanya masa makcik tu mengandungkan baby yang comel, nama panjang tak ingat dunia tu, dia tak sedar pun dia mengandung. Masa kandungan dah 6 bulan baru dia sedar selepas medical checkup sebab excident. Dia memang tak sangka sebab dia tak rasa apa-apa dan dia still "period".


Seminggu lepas tu, masa makcik ni nak pergi keluar kerja pagi-pagi , tiba-tiba darah keluar, mujur suami makcik ni sempat tadah dengan tangan, keluarlah seorang bayi yang masih tak cukup bulan sebesar tapak tangan aje, bak kat makcik tu 900 gram aje. 3 bulan baby tu duduk dalam bekas kat hospital tu * tempat untuk baby tak cukup bulan tu*


Sekarang baby yang besar tapak tangan tu dah comel sangat. Kalau ikut doktor baru 6 bulan, kalau ikut dia dilahirkan dah 9 bulan. Waaa...maksudnya dia ada 2 tarikh birthday, boleh sambut dua kali..hehe


Allah Maha Kuasa, baby tu masih panjang umur, hidup sihat macam baby yang lain.

gambar baby kecik tak ada
baby besar pun boleh la :)

13 comments:

syarifahsidrus said...

cerita diri sendiri ke ni? heee :)

Syazwan Che Deraman said...

uish..biar betol..6 bulan tak perasan lagi..

setuju dengan komen di ats..

cerita awak dulu ke?

Anis Adila Aris said...

ish...mana ade la..orang tak kahwin pun ag... mane leh nak bersalin tibe2..
adoi..

cik najihah said...

pewit..lawa pashmina awok..pinjam ngeee

siti kektus said...

aish, 3 bulan dok dalam inkubator tu ke? nasib baik sempat sambut masa tu.

syukur~ :)

cik hani said...

kuasa Allah tiada tandingan..
baby tu selamat..
ni baby besar pulak nk enterprem ekk..
hiihi

ehana said...

btoi2...Allah dah atur segalanya..

nis...rsenye inkubator name bkas tu..haha...*ntah btl ke tak ejaannye

AfiekJibril said...

wow bayi tak cukup bulan ke?...mesti comel...gambar ada gambar?...

~bUih-bUih ciNta~ said...

wah..sjarah ttg diri tu:)

syerz eyryn said...

nie story psl urself ke pe ?
haha :)

qhaizaa said...

nk cubit baby tua ni bole..?huhuhu

Nur Najiha said...

saya nak tanya... selama ni saya haid teratur.last saya bersama suami 14.5 dan period 25.5 .tapi skrng saya x period gi memandang dah 28.6 nak abs akhir bulan.

Anonymous said...

saya pn period tpi skjp je kuar drahnyer....tpi sy xnk berhrap sgt ade rezeki adela...heheee