31 July 2011

Kali Pertama Aku Puasa

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Memandangkan bulan puasa akan tiba ni, teringat pulak masa mula-mula puasa dulu, masa tu ketinggian tak sampai 4 kaki, ikat rambut tocang, pakai seluar pendek, bawak basikal tanpa pegang handle. Memang hebat! Masa tu aku tinggal kat Seremban, kawasan perumahan jadi ramai la kawannya dan kebanyakan kawan aku lagi kecik dari aku.

Hari pertama puasa, walaupun letih tak larat nak berjalan tetapi bila dah petang tu, automatik badan yang letih jadi cergas untuk keluar main dengan kawan-kawan. Bila dah ramai-ramai ni memang lupa la semua benda, yang aku tau aku dapat main dengan kawan-kawan. Bila dah penat bermain, rumah makcik jual aiskrim seposen tu yang kami terjah. Sedang elok, ada kawan yang baik hati nak belanja.



Tengak syok menikmati kesedapan ais krim seposen tu, tiba-tiba ada seorang kawan aku tegur " Eh, Anis kau kan dah besar, kau tak puasa ke?".Aku tengah syok kunyah aiskrim ni terhenti, dan aku cakap kat kawan aku " Eh, kau nak tak aiskrim aku ni?, aku nak balik dulu la" Serius waktu tu aku cuak gila, aku balik rumah, aku senyap aje takut mak aku marah kalau dia tahu. Lurus gila aku waktu kecik-kecik kan. Budak kecik memang comel kan..kiki

nak jadi budak kecik balik, boleh?

10 comments:

Noorul Amera Adnan said...

hee comey la selamat berpuasa meh singgah blog saya : memori ramadan

sharifahzakiah said...

hahaha bgsunye dye kcik-kcik dah puasa. z dulu, xdek nye. dh besar gajah bru reti pose :P

SitiNurIzzati said...

haha..cuweettt jer citer pasal puasa time kecik2 dulu.watkan saye pun terigat nostalgia time berhingusan jugak.haha

haniey said...

salam ramadhan dan selamat berpuasa.. :)

firazulaika said...

hehe . bese lah time bebudak tak cukup matang lagi . ngee :)

Night Walker said...

tgok gmbr dh jd anak dara, dh x leh jd bdk kecik lg dah....^^

alif haris said...

hahahahhaha ..
mesti comel muke takut tu kan hehe:)

SoLy SoLicious said...

haha..cumel gile...selamat berpuasa ye

.........cP~ said...

Salam Ramadhan..anak manja yang ni lagi la,,darjah satu puasa 3 hari je. Darjah dua cuti 6hari..lepas tu baru belajar puasa penuh. Mak pun tak paksa sangat, cuma ajar. Kalau tak larat boleh puasa sekerat hari katanya..

Un Phat Lee said...

gunalah lampu suluh ajaib.hakhak.