26 July 2011

Entry Sentap

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

*ini entry serius, jangan baca sambil senyum *


Start blogging October 2009, hari ni cukup 1 tahun 10 bulan aku mula terjebak dalam dunia blogger. Tak lama lagi dah nak masuk 2 tahun. kalau budak boleh lari-lari sorok bawah meja makan.

Aku tengok belog orang lain tak sampai setahun dah beribu follower, orang yang buat belog sama dengan aku dah berbelas ribu follower. * Ben Ashaari start blogging September 2009, awal sebulan je dari aku*
Tapi aku masih merangkak-rangkak. Nak sampaikan seribu pun puas.

Ye aku tak boleh nak mengeluh sebab memang belog aku tak best, nak buat macam mana kan. Aku tak reti nak tarik pembaca, aku tak reti nak buat ayat yang best-best nak buat korang gelak bila baca, aku tak reti nak guna kata-kata puitis, aku tak ada gambar yang cantik nak letak dalam belog, aku tak ada idea yang super hebat nak buat entry yang hebat. Aku tak peramah mana nak komen kat belog orang, aku tak rajin mana nak join macam-macam orang buat sebab tu aku masih disini.

Bak kata Yuyu, "belog umpama kedai". Kalau aku bukak kedai, mesti tak ada siapa nak datang beli. Rasa nak padam je tips-tips yang aku bagi sebab macam memalukan aje. Buat tips bukan main tapi belog sendiri entah di takuk mana.

Kalau aku hilang, mesti tak ada siapa yang sedar kan. Kalau tak sayang, dah lama aku padam belog " Anis Adila Aris" ni tapi aku sayang sebab banyak cerita dalam belog ini, banyak kawan aku dapat dari belog ini. Aku tak marah belog, aku marah diri sendiri. 

aku sedar aku tak sehebat mana
macam gambar ni, pandai petik tapi irama entah kemana..



11 comments:

тαк кenαl мαкα тαк cнεηтα ™ said...

ala sabarlahh :) folower saya pon sikit je. tak smpai 900++ cm awak =--=

Anis Adila Aris said...

tapi awak baru je start blogging.. nanti belog dah seusia dengan saya mesti beribu punya :)

shiema sufian said...

kak anis hebad. shiema sukeeee :)

Nabila Huda said...

it's ok la awak.. x pe lambat2 naik blog awak tu, sebab kalau jatuh, tak sakit. cuba bayangkan baru sebulan berblog, follower dah beriban. tiba2 ada sumthing yang blogger tu buat orang marah or sumthing lah. jatuh merudum blog tu..teruk sakitnya..

p/s: kita serupa..tp chill lahh

sharifahzakiah said...

dear...jgnlaa ckp mcm tu. z suke sgt baca blog anis tau. mana ada belog anis xbest, jgnlaaa rndah diri sgt, mgkin hri ni rzki org lain, tgk nnti rzki anis lak. keep on writing k :) xoxo !

AfiekJibril said...

la follower mmg penting..sbb diorang pembakar semangat utk kita terus menulis...aku pon start december 2009..tp cuba ko tgk followers aku tu....tak smpi 200 pon tau...150 pon tak smpi...tp nasib baik ko, ABG BEN pernah promote naik lah sikit..tp at least yg sikit dtg tu pon beri kepuasan pada aku...

Siti Safiyyah said...

blog ss pon takde letak gambar gak.. entri pon tak sebest mana gak.. huhu.. salah satu caranya nak tak nak kene jugak rajin blogwalking. ^___^

Anis Adila Aris said...

tq semua :)
korang buat saya tersenyum ..kiki

ss: lepas ni, bb dah laju. Nak blogwalking sampai muntah..haha

. said...

emo je entry nie.
dont judge the blog by its follower..heheh.

blog awak dah best lah!

cik najihah said...

entry ko sume bes2 la..

nabila faryzza said...

ala, rilex la weyh! chill chill je blogging ni. takyah nak tarik ramai follower sangat. janji kepuasan tu ada. jadikan blog ni diari. hehe :)
*aya kau serious tak hengat* HAHA