31 July 2011

Eh, Setan Pergi Jauh-Jauh!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Alhamdullilah, bulan mulia bulan Ramadhan datang lagi. Berpuasa sebulan sebelum melantak sepuas-puasnya di Bulan Syawal. Bulan ini ikutkan semua syaitan diikat, jadi kepada kamu semua jangan jadi syaitan pulak. Kawal diri dari buat jahat, kawal sikit nafsu diri. Bulan ni la nak tengok keteguhan iman kita, tak ada dah syaitannirajim nak hasut, semua terpulang pada diri kita aje.

Aku ada dengar ustaz cakap " Jangan sembah bulan Ramadhan" maksudnya jangan hanya baik di bulan Ramadhan, bulan lain macam setan. Jadi, mari la kita mula berubah menjadi "terbaik" di Bulan Ramadhan dan terus berkekalan. :)

Puasa jangan tak puasa, sahur jangan tak sahur..

Daripada Abu Sa'id al-Khudri, Rasulullah s.a.w. bersabda: Makan sahur itu berkat, oleh sebab itu jangan kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu kemudiannya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah s.w.t. berselawat ke atas orang-orang yang bersahur.
 (Hadis riwayat Imam Ahmad)


8 comments:

LinE PuTih LiNe HiTaM said...

yeah.. setan takde.. sekarang tinggal nafsu je.. so jage2..

siti kektus said...

selamat berpuasa. ;)

Elih Japahar said...

Selamat menjalani ibadah puasa :)

Princess Nur said...

selamat berpuasa ye dik :)

Anis Adila Aris said...

@LinE PuTih LiNe HiTaM

kena jaga tingkah laku :)

Anis Adila Aris said...

@siti kektus

selamat berpuasa jugak :)

Anis Adila Aris said...

@Elih Japahar

selamat berpuasa..jangan ponteng pose tau :)

Anis Adila Aris said...

@Princess Nur

selamat berpuasa kak :)