30 July 2011

Day 3 - Benda Yang Selalu Aku Buat Sebelum Tidur

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Kembali semula dengan "30 Days Challenge". Aku ni entah bila nak habis cabaran ni, 3 hari sekali baru buat. Cabaran yang ke-3 ni macam payah je nak buat. Aku ni bukanlah seorang yang susah nak tidur, letak kepala terus lelap. Pakcik Nurudin la selalu yang kena, baru je aku ajak nak meseg, 3 minit lepas tu terus tak balas-balas dah meseg dia sebab dah dibuai mimpi indah.

Tetapi sebelum tidur, aku pastikan yang aku dah solat isyak. Selalunya aku dah nak tidur, baru la nak solat Isyak. Maknanya tidur dalam wuduk la kalau aku tak kentut sebelum tidur. Lepas tu, padam lampu semua, ambik kain letak kat kepala, baca doa yang patut, berangan sikit dan terus lena. Senangkan?


aku tak tidur seganas ni 

18 comments:

shiema sufian said...

wah wah, bagus bagus. kite same. tapi shiema selalu kene mrh sbb dikatakan melambatkan solat isyak.

SoLy SoLicious said...

agak2 berangan ape ye baru senang nak tdo?? heeee

sharifahzakiah said...

huhu smelaa kita :) tp dtg time z susah nak tido, mmg rase nk nges ar sbb puas pusing kiri kanan x lelap2 :(

nuruashia ♥ said...

berangan ape yg patot tu plg xleh blah ehheheh..npe amik kain??

eja said...

same jgk same3!hehee...lg 1,bace doa tidur..=)

тαк кenαl мαкα тαк cнεηтα ™ said...

penah tak berangan nak jumpa dgn sy ? *annoy * hhehe

EYFAalias said...

sebelum tido eyfa suka berangan. ahahha

firazulaika said...

sye pown senang nk tido jugak yunk ! hehe :) tp bile time susah nk tido wat lah macm mane pown tetap susah jugak . hehe :D

Syazwan Che Deraman said...

kau selalu berangan ape haa?..hehe..bleh kongsi?

FizaFizz said...

heeeee..sama! suka berangan b4 tidoq! kih3 :P

Abang Stalker said...

tp selalunya lps hbs solat terus kentut kn..


wawawaaa ;))

haniey said...

wah beznya kalu letak kpala tdo terus..kalu hani ssah nk lelap..kena brngan lama gak baru lena..hihi :)

siti kektus said...

haha. sebelum tido kite wajib berangan tentang masa depan. lalala :p

wanie m'nJ said...

SAMA!!!! haha.

tp kdg2 tu saya lmbt buat maghrib,tros sambung ke isya'.
:)

Anis Adila Aris said...

@SoLy SoLicious

berangan kawin dengan anak raja..hehe

Anis Adila Aris said...

@nuruashia ♥

tak ade lah kain sgt..sweater yg dah macm bantak busuk.hehe
need something untuk tutup dahi dan telinga...habit..hehe

Anis Adila Aris said...

@тαк кenαl мαкα тαк cнεηтα ™

start mlm ni sy akan berangan nak jmp awak :)

Anis Adila Aris said...

@wanie m'nJ

eh sama la kite..soalt isyak bergantung pd solat maghrib..

awl maghrib = lmbt isyak
lmbt maghrib = awl isyak

bila la nak berubah ni..adoi