07 July 2011

Cikgu Tau Cikgu Salah

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


(ini konon-konon surat untuk anak-anak muridku) Kata ganti nama : cikgu


Semua student yang cikgu ajar, lagi-lagi kelas hari ini ( Khamis, 7 Julai). Cikgu tahu hari ni semua kelas cikgu masuk, semua kena marah dengan cikgu. Pagi tadi cikgu dah berdebar-debar, mesti ada yang tak kena. Rupa-rupanya cikgu akan marah korang hari ni.


Cikgu tak niat pun nak marah-marah, sikit pun tak ada. Tapi cikgu geram, cikgu sedih. Cikgu nak kamu berjaya, kamu pandai, kamu jadi orang yang berguna tapi kamu kecewakan cikgu. Cikgu tahu cikgu ni "cikgu ganti", cikgu tak ada pengalaman mengajar, cikgu tak ada pun kelulusan perguruan tapi cikgu ikhlas sangat nak bantu kamu. 


Cikgu study balik apa yang cikgu belajar masa form 4, cikgu fahamkan math yang dah 3 tahun cikgu tinggalkan semata-mata untuk ajar kamu. Yang pendidikan seni, cikgu tahu cikgu tak tahu pape pasal seni, cikgu tak pernah belajar pun masa sekolah tapi cikgu cuba fahamkan untuk ajar kamu semua.


Ye cikgu marah, cikgu ugut kamu macam-macam tapi cikgu tak sampai hati nak buat. Cikgu dah ambik borang disiplin, cikgu nak photostat tapi cikgu simpan balik borang tu. Sebab cikgu sayang kamu, cikgu taknak nama kamu buruk. Cikgu kata tak bagi kamu balik selagi tak buat tapi cikgu tak sampai hati nak biar kamu balik lambat.


Cikgu bukan apa, cikgu " bising" untuk masa depan kamu, cikgu sayang kamu. Kalau tak sayang, cikgu tak "bising". Cikgu mintak maaf terkasar bahasa. 


ikhlas buat anak murid dari Cikgu Anis Adila.

7 comments:

AfiekJibril said...

cikgu anis ajar Math?...seni?...wah...kehebatan...lbh2 lagi benda yg ama kita dah tgglkan...

cik najihah said...

cikgu..
janganla marah2..
nanti anak murid takut..

Akulah Pak Lan said...

Cikgu pun kena buat surat..ingatkan anak murid ja yang kena

taqiyue said...

harap2 ada anak murid yg baca ni kan.baru depa tau sayang tak sayang cikgu anis kat depa.

nuruashia ♥ said...

ehhehe..ckgu xpe mrh2..ilek2..
biar bising skrng jnji ank2 murid berjaya..kalo ank mrd gagal, parents akn mrh ckgu gk..tyme tu nk bising mmg xblh dah :)

Marina said...

cikgu tulis surat ni kat white board ke cikgu?

nabila faryzza said...

wahh, cikgu anis ajar seni? hehe. hebat gila kau. taktau ape ape, boleh ngajar. :)