02 July 2011

Magicnya "Set Mind"

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Hari ni aku nak cerita pasal "set mind". Aku perasan budak-budak sekarang ni, selalu fikir yang dia tak boleh nak buat. Tak payah nak bagi contoh orang-orang jauh, adik aku sendiri la. Bila aku suruh dapat 5 A final exam, nanti aku belanja la dia shopping, dia boleh cakap   "memang tak la aku nak dapat 5 A". Tengok, belum pape dah cakap tak boleh. Apa pun tak boleh!


Dia tak tahu betapa pentingnya "set mind". Macam aku, benda yang aku nak mesti dah set dalam kepala otak ni kena dapatkan jugak. Banyak jugak la hasrat aku tercapai sebelum-sebelum ni kalau benda yang aku nak sangat.


Sebagai contoh, dulu sebelum aku PMR, aku pernah pergi Kuantan dengan family aku. Pastu tiba-tiba ada van MRSM lalu sebelah kereta aku ni, dan tiba-tiba mak aku cakap " nanti dah habis PMR, boleh la masuk MRSM pulak" . Sebagai anak yang baik kena la kotakan janji ibunda tercinta dan dari hari tu tekad yang aku akan masuk MRSM dan Alhamdullilah dengan usaha dan doa, tercapai jugak impian mak aku.


Banyak lagi la benda yang aku hasratkan aku dapat. Yang penting kalau dah kita dah "set mind", insyaAllah kalau kita usaha kita akan dapat, satu lagi doa. Kalau korang tak caya betapa "magic"nya "set mind" ni, malam ni korang cuba "set mind" yang korang nak bangun awal pagi esok, ini set yang betul-betul tau, bukan main-main. InsyaAllah mesti dapat bangun pagi.


nak "set mind" kahwin awal boleh?
kikiki



4 comments:

Siti Safiyyah said...

teringat dulu masa zaman sekolah.. kawan2 asyik cakap ni tak boleh.. tu tak boleh.. apeeee pon tak boleh. lepas tu mulalah diaorang dapat ceramah free.. haha.

but yes, set mind pon tu penting! :D


psstt.. Blog Assignment Jejaka Terhangat: Aku Suka Blog Ni

mehmed said...

mind setting mmg bagus..
tp alangkah bagusnya
kalau aku target skrg ni
hoho...

cik najihah said...

nak set mind esok aku dapat bf kaye bole hahahaha

Ct_hAjAr said...

set mind..memang berkesan..