09 June 2011

Untunglah Aku Perempuan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


hai kawan-kawan semua, rindu aku tak? mesti rindu kan. Kalau korang kata tak mesti korang tipu kan, tak baik tau tipu, tuhan marah. Mesti korang refresh belog aku banyak kali sebab tunggu aku update entry baru kan...kan..kan. *perenggan pertama dah buat korang tekan pangkah laju-laju kan*


Abaikan ayat-ayat di atas, aku nak start cerita dah ni. Tadi tengah baca yaasin, tiba-tiba tergerak hati nak update belog pasal benda ni. *nampak bebeno tak kusyuk*
Aku tiba-tiba rasa "betapa untungnya aku seorang perempuan", sebab tu ramai je lelaki nak jadi perempuan.


Korang tau tak jadi "lelaki" tu betapa besarnya amanat yang perlu dipikul. Sebab tu kalau dalam keluarga, bapa digelar ketua keluarga. Dia la yang akan membentuk keluarga dia jadi macam mana, sebab tu la korang yang girls ni kena cari lelaki elok-elok buat jadi suami.


Berbalik kepada cerita, korang tau kan yang "syurga dibawah tapak kaki ibu" tapi kalau kita (perempuan)  kahwin "syurga di bawah tapak kaki suami". Tapi yang lelaki tetap "syurga di bawah kaki ibu" Jadi, pi mai pi mai, tang tu jugak. Betapa untungnya perempuan.


Pernah dengar tak, " lelaki masuk neraka kerana empat perempuan" ( kalau tak pernah dengar, klik je) So, besarkan tanggungjawab seorang lelaki. Pernah aku dengar cerita, ada seorang lelaki ni dah nak masuk syurga sangat dah tapi sebab perempuan, dia terpaksa tunggu. Tapi yang perempuan, rileks je. Kalau cukup amal ibadat, buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang, laju je boleh masuk syurga. Betapa untungnya perempuan.

Betapa senang perempuan nak masuk syurga, "Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu,berpuasa dibulan ramadhan,menjaga kehormatannya dari yang haram dan mentaati suami,maka masuklah ia kesyurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki"                       (Hadis Riwayat Ahmad) untungnya jadi perempuan.

Orang je selalu menyusahhkan keadaan, asyik fikir yang negatif, cuba fikir yang positif. Kan banyak kelebihan seorang perempuan, nak tahu lagi, klik sini. Jadi kepada korang yang nak jadi lelaki tu, lupakan aje hajat korang tu.

kami perempuan, kami okay :D













8 comments:

~bUih-bUih ciNta~ said...

hehehe..:)

Syazwan said...

hai, saya lelaki ;)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

heaven juga jadi perempuannn:))

sharifahzakiah said...

Alhamdulillah :) syukur sangat jadi prmpuan :) lagi satu, pmpuan byk sgt kelebihan kan. hihi mcm org yg pki pink kat atas tu, cntik sgt ^_^

BLADE EDGE said...

Assalamualaikum...


byk sbnrnya kelebihan jadi pmpuan ni. dlm islam pun ada dinyatakan byk pahalanya, selama mana tak terlibat dgn perkara2 yg x elok..so hargailah n bykkan bsyukur krn diri dah dicipta sbg pmpuan :-)

happy blogging :-)


regards,
BLADE EDGE

kura said...

"betapa untungnya aku seorang perempuan", sebab tu ramai je lelaki nak jadi perempuan.

sokong!

Miss N said...

N pompuan..lucky me :D

shiema sufian said...

comel gmbar. terima kasih ya ALlah sebab jadikan kite wanita kerana ALlah leih engetahui ape yg mampu kita lakukan :)