07 June 2011

Tanda Makin Besor

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Wuh, penat bebeno teman pergi jalan-jalan ke  blog "Blogger HOT", dah lenguh kaki ni jalan. Tinggal separuh lagi, esok teman sambung ye. * nampak sangat menipu blogwalking sampai lenguh kaki*


Berbalik kepada tajuk entry, "tanda-tanda makin besor" bukan nak cerita pasal badan aku yang makin mem"besor" dari hari ke hari ni tapi nak cerita pemikiran bila dah makin besor ni . Besor ni bermaksud pemikiran yang makin matang bila usia dah meningkat. Sebagai contoh, bila jumpa dengan mak sedara yang dah lama tak jumpa, dia akan cakap " amboi, dah besor anak leha ni, tak lama lagi dapat menantu la ye" Ok dah faham?


budak kecik jadi budak besor
Aku perasan bila dah besar ni, banyak sangat berubah cara pemikiran, tingkah laku, percakapan, keinginan dan banyak lagi. Antaranya...
Cara berfikir dah berubah
Dulu-dulu fikir nak seronok je, tak fikir langsung untuk masa depan ni. Ikut je apa orang suruh buat, suruh pergi sekolah, aku pergi, suruh masuk sekolah ni, aku masuk. Ikut je cakap orang. Tapi sekarang ni dah pandai fikir mana baik buruk masa depan. Dah pandai nak buat pilihan untuk masa depan. 
Keinginan dah berubah
Dulu-dulu nak ada apa yang orang ada, nak mp3 la, telefon baru la, macam -macam la. Tapi bila dah besor ni, tak ada dah nak benda-benda remeh temeh macam tu. Sekarang fikir nak kereta, nak baju lawa-lawa, nak barang kemas, nak kahwin..ops..hehe
Tingkah laku dah berubah
Kalau dulu kepoh tak bertempat. Perangai tak usah cakap la, huu haaa sana sini. Sekarang ni cakap kalau penting je. Dengar orang cakap je, menyampuk kalau perlu.Nampak tak kematangan di situ..haha


Tapi aku tak ada la cakap yang aku ni dah besor sangat, kalau orang rapat dengan aku tau la, yang ada lagi kebudak-budakan tu. Lagipun aku ni muda lagi, umur tak sampai 20 lagi...hehe


masa umur 13 tahun, rindu la pulak :D



18 comments:

JIJI YU said...

heheh..ade jugak benda yang takkan berubah..

Pijahh' de-Arr said...

tinggi nya ~~

Syazwan said...

makin besor, makin lawooo..hehehhe..

nuruashia ♥ said...

makin besar mkin shomel laa dear <33

izatul fazlin said...

kadang2 kematangan membuatkn kite berfikir di luar kemampuan kite..,
anyway,suka sgt entry neyh. :)

Rahmad said...

bila dh besar makin hot..

kembatolo™ said...

masa 13 tahun tu dah ade pakwe belom? hahaha.

sharifahzakiah said...

dah besor dah ye ^^ hehe btw, anis mmg tinggi sejak dari dulu eh. bru fom 1 dh tggi. huhu

cik sakura said...

kadangkala usia mematangkan kita..jadi banyak perubahan dalam diri..

Ummu Aiman said...

tak redi la nk jd besar, nk jd dwasa. mcm susah ja. bek jd budak2, seronok stiap msa. tak penah nk pk bnda2 len. hehe.

ain kadir said...

manusia berubah dri semasa ke semasa..even dlm 1 saat pon bley berubah,,hehe..sama lah..keinginan nak kawen sgt tggi ok..huhu

uchu said...

alololo...sweet nyer anis.....hehe

アヌム ちゃん said...

semakin besar keinginan pun semakin berubah..tu semestinya..huhu

Akulah Pak Lan said...

dah besor panjang rupanya dia

Natasha said...

Anis, good for you and glad to know that :)

ChentaMusek said...

nak besar cepat senang je..
minum appeton 10 gelas sehari..
gereti ! 2 minggu dah jadi macam mak org
hehee :D

Miss N said...

satu lagi.. kalu dulu kecik2 suka main kawin2, duk atas buai sambil nyanyi nak kawin ngan anak raja.. tapi bila dah besar dah bley fikir dengan matang, nak kawin dengan jejaka yang dicintai memandangkan amat mustahillah sgt dapat bercinta ngan anak raja :P

shiema sufian said...

alaaaa, comelnye akak tyme kecik kecik :)