01 June 2011

Tak Semestinya Yang Bertudung Tu Baik

Assalammualaikum dan selamat sejahtera




Amboi, panas..panas tajuk entry hari ni. Jangan nak komen pape lagi, baca dulu sampai habis baru komen ye kakak dan abang sekalian. Ramai kot aku dengar cakap macam ni
 “ ek eleh harap je pakai tudung  tapi perangai teruk jugak, macam bohsia jugak ikut jantan sana sini”
Aku tak boleh nafikan cakap-cakap orang seperti di atas, ada betulnya. Ada yang elok bertudung tetapi tetap melakukan perkara yang dilarang oleh Allah. Kita tidak boleh menilai seseorang melalui cara permakaiannya sahaja tapi….. Apa yang aku nak cerita ni apabila orang cakap macam ni
“ ek eleh, ingat aku tak pakai tudung, rambut perang ni jahat sangat ke? Aku dulu budak hafazan  la weh, dari kau entah pandai mengaji ke tidak”
Memang la betul kita tak boleh menilai seseorang dari segi luaran sahaja tapi manusia ni bukan jenis nak tahu isi dalam dulu, apa-apa mesti tengok luar. Macam kita nak beli buah mangga, kita tengok buah yang cantik, kita beli tapi kita tak tahu isinya buruk ke elok.

Sama jugak la dengan manusia, even kita ni seteruk mana pun, tetapi biarlah orang pandang kita baik. Bukan aku nak ajar suruh jadi hipokrit tapi benda tu la yang buat orang hormat diri kita. Cuba la pakai elok-elok, tak ada pun seksi-seksi ni, mesti tak ada yang sibuk nak mengata. Tetapi cuba la kita ni pakai tak elok, terdedah sana-sini, benda kita tak buat pun orang cakap kita buat. Tapi seeloknya biarlah cantik di luar dan di dalam. betul tak?

Jadi pilihlah nak jadi bahan di"umpat" atau di"puji"..lu pikirlah sendiri. :D

cek pakai macam ni, ada yang nak kutuk tak?


13 comments:

[sutera kasih] said...

kita tak dpt nk tutup mulut org lain...sabar je la :) suka entri ni..


Dah share link utk autopublish di fanpage FB?

nuruashia ♥ said...

ade2 yg nk kutuk..!!
nuru nk kutuk......
anis comey eheheh :)

EYFAalias said...

yeah. sekrang ni kebanyakkan mereke bertudung ni sebab fasyen. pakai tudung tapi tak ikut syariat. hmm. tapi nk cakap lebih2 pn xboleh. Dosa pahala biar Allah yang tentukan :)

shiema sufian said...

suke tajuk tu. don't judge peeps fro outside.

cik hani said...

xsemua perfect kan..
masing2 kutuk masing2..
tapi selagi kite tak wat nak tegur tu xpe..
tapi kalu mengutuk orang, sedangkan dorg pun sama buat , mcm tak patut je la kn..

Ainismaira said...

kalau dalaman kita baik, apa salahnya kita jaga luaran juga kan.. dan bila dah jaga luaran, kena la lengkapkan dengan dalaman yg baik :) semoga semuanya dirahmati Allah..

ザイダツアズニ said...

akak suka entri neh

kembatolo™ said...

baju kurung kan? ohh~ hahaha

sharifahzakiah said...

hurmmm...bese laa 2..org mst pndg dari luaran je. mmg xthu dalaman.. berusahalah jadi elok dri segi luar dan dalam kan :)

ir yien 9897 said...

CANTIK N COMEL :) YG BERTUDUNG

uchu said...

psanan yg berguna nis...:)

ku-cit said...

pakaian tak melambangkan kepribadian...

che mat said...

btul2..tp se elok nya alang2 dh bertudung tu labuh kn la smpe ke bawah dada seperti d saran kn oleh alquran...hehe