26 June 2011

Punca Budak Bermasalah

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Semenjak jadi cikgu ni, banyak jenis budak yang aku jumpa. Ada yang langsung taknak dengar cakap. Bila cakap " korang ni kalau taknak belajar, duduk rumah je la" diorang akan jawab " duduk rumah bosan cikgu". Tengok budak-budak ni, kesian pulak. Sekarang memang tak fikir untuk masa depan tapi nanti dah tua, barulah nak menyesal. Tapi dari mana puncanya diorang jadi macam ni? Bagi pendapat aku, ada 3 sebab.


Diri Sendiri
Memang la diorang still budak-budak lagi tapi Allah dah anugerahkan akal untuk berfikir. Dulu masa aku umur 13 tahun pun dah fikir pasal masa depan. Sebab tu ada kata-kata "tiada siapa yang boleh ubah diri kita selain diri sendiri". Kalau sayang diri, mesti kita buat yang terbaik untuk diri sendiri.

Ibu Bapa
Kebanyakan aku tengok budak bermasalah ni datang dari rumah sendiri. Kurang kasih sayang orang cakap. Mak bapak bekerja siang malam sibuk cari duit tapi anak-anak terbiar tak cukup kasih sayang. Cerita dalam tv pun dah banyak bagi contoh. Korang yang baca ni, nanti dah ada anak, jangan abaikan. Lagi satu, didikan dari rumah pun penting, lagi-lagi didikan agama, nasihat berguna dan banyak lagi. Jangan harapkan cikgu sekolah je nak didik anak-anak. Lagi satu ibu bapa kena jadi contoh yang terbaik. Ada je budak sekolah bila tanya "kenapa tak solat?" diorang  jawab " dah mak ayah saya pun tak solat". Tak boleh nak buat apa-apa la kan.

Kawan-Kawan
Aku pernah dengar satu ungkapan ni " kalau kawan dengan pedagang minyak wangi, kita akan berbau wangibegitu besarnya pengaruhnya kawan-kawan. Sebab tu kena pandai pilih kawan. Kita yang baik ni pun kalau dah berkawan dengan orang tentu hala, terpesong jugak akhirnya. Budak-budak sekarang ni, kawan-kawan tu lagi penting dari keluarga sendiri. Bayangkan la.....



teringat masa sekolah dulu buat karangan punca remaja bermasalah :D


10 comments:

nurAMALLINA said...

Betol sangat la tu. Haihhh teruk budak zaman sekarang.

ehana said...

baek cikgu anis...ngeh3

cik najihah said...

weh da dpt ??

cleverspider55 said...

pada pendapat sy,sorang guru pun kalau nak mgajar murid2 tu..bila berckp mestilah kena fikir gak,ikutlah etika,tak boleh nak ikut emosi..'kalau tak mahu belajar,duduk rumah ja lah'..rasanya tak elok guru ckp kt murid2 cm ni!
Nakal ke apa ke diaorg,itu kan tanggungjawab guru kan..dah ambik gaji mcmanapun kerja kena buat-dgn ikhlas.

Anis Adila Aris said...

cleverspider55

dialog dia lebih kurang mcam tu.. tp ckp dengan penuh sopan dan bertatasusila..
bukan apa, kesian kat mak ayah, cari duit sekolahkan anak tp anak kat sekolah mmg malas nak belajar. lebih baik kerja!

tak menyusahkan mak ayah...

bukan nak cakap pasal guru dah tak sanggup mendidik tapi kesian kat mak ayah.

sekian

nuruashia ♥ said...

betul sanggggggggggggggat dh tuuu ckgu anis tuu...

Benrauf said...

setiap kanak-kanak dilahirkan suci. ibu bapa dan persekitarannya lah yang mencorakkan dirinya bila dewasa.

Wani said...

betul tuuu !
budak dulu lebih senang nak jaga dari budak sekarang .
huhu

KecohAbes said...

so,cekgu kene la didik dorg,jadikan diorg org berguna :)

hasrul hassan said...

Salam.
Betul. Apa yang berlaku pada generasi yang ada sekarang adalah kerana ibu bapa yang tidak endahkan anak-anak, bukan takat kasih sayang, perhatian, bimbingan dan aspek2 lain yang bantu dalam tumbersaran anak selalunya dibiarkan kepada pengasuh dan orang lain.

Mak pak duk sibuk kerjaya je. Kesian anak-anak ini.

hasrulhassan.com