04 June 2011

Jenis Belog Yang Aku Suka Baca ( series 2)

Assalammualaikum dan selamat sejahtera




Heaven gila bila malam tadi bos kol dan cakap "kak, esok cuti agong kan, tak payah lah datang kerja, cuti ye". Memang best la aku brgolak-golek atas katil ni. Selalunya tidur tapi dah biasa bangun pagi ni, tak tido dah lepas solat. Terus online...ngeeeee.. Ok jom sambung cerita semalam.


Semalam aku ada bagi contoh blog Yuyu Zulaikha sebagai blog yang aku suka baca. Kan aku dah listkan kenapa aku suka baca belog dia. Banyak lagi belog ada ciri-ciri macam aku cakap semalam, satu lagi contoh Mrs VIP. Waktu dia anak dara dulu lagi gila-gila dia taip entry, sampai aku gelak sorang-sorang la baca belog dia. * sorry kak zetty, terngumpat*


Jom, aku senaraikan lagi jenis belog yang aku suka baca...
Letak banyak gambar dalam entry
Suka gila kowt baca belog yang ada letak gambar, tak payah tulis pun tak apa, gambar dah cukup menceritakan segalanya.  Lagipun otak kita ni memang sukakan gambar. Tak percaya? meh kita buat satu ujian... Sekarang aku nak korang fikirkan pasal apple. * cepat bayangkan*Dah bayang belum? Jadi apa yang bermain dalam otak korang? 
..............................
..............................
..............................
...............................
................................
................................
..................................................
.............................
...................
.......
...
.
perkataan apple ke?

atau gambar apple?
ke cik epal???
Betul tak apa yang aku cakap? otak kita ni memang sukakan gambar kan?

Yang rajin sangat tinggal jejak kat belog aku ni
Kalau korang rajin komen setiap entry aku, serius aku akan cam korang dan akan selalu pergi belog korang. Dah ramai yang aku buat kawan dari belog ni, sebagai contoh SyarifahZakiah, Cintabunga ( tapi cik cinta ni dah meraju dengan dunia blog), dan banyak la lagi. Dunia blog ni macam dunia realiti jugak, orang tak kenal, tak akan nak tegur. Betul tak?

Yang buat tajuk entry best
Aku selalu baca blog yang ada dalam dashboard aku, maknanya belog yang aku follow la. Kalau tajuk entry tu menarik perhatian tu, laju-laju aku tekan nak baca. Sama jugak kat group My Team Blogger ke, Geng Blogger ke, semua group kat facebook tu, kalau ada yang best , aku baca. Macam bosan je aku tak baca.

Setakat ni la jenis belog yang aku suka baca. Yang lain tu aku baca jugak tapi tak adalah "SUKA"..hehe 







10 comments:

.m y z. said...

tak suka blog yang tulis entry panjang sangat. hehe ;)

nuruashia ♥ said...

awww..betul tuuu :)

JIJI YU said...

okoko..yg ade bnyk gambor..hurm2..aku lak tak su ke letak gambor..

Siti Safiyyah said...

erk gambo? ss jarang letak gambo sendiri. mesti anis tak suke kan? :p

cik heroin said...

saya pn suka jejak blek geng2 yg suka komen dkt blog sy . dr situ kita boleh tmbah cmment,tmbh itu ini. n kalau kita jejak diorg blek, insyaAllah diorg akn sllu jjak kita ;p

Leeanna said...

letak gambar banyak! loikeeee:D hehe

kembatolo™ said...

kalo letak satu tu banyak tak? hahaha

HaNa Hani said...

xsuke bace entry yg xreti reti gune perenggan aiihh
pastuh xletak any pics plak
memg berpusing mate nak bace
^_^

sharifahzakiah said...

hihihi z mmg suke sgt bce blog anis ni ^^ xpe kan selalu myibuk :D heee ~

Marina said...

kalau gambar same byk dengan bebelan...buleh??