20 June 2011

Budak-Budak Sekolah Zaman Sekarang

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Sejak menjak jadi cikgu ni, barulah aku faham perasaan seorang "cikgu". Ingat senang ke nak ajar budak-budak ni seperti bebel-bebel kat depan lepas tu bunyi loceng, keluar kelas.
Seorang cikgu ni memegang amanah yang besar untuk mendidik budak-budak sekolah ni.


Baru aku tahu kenapa cikgu marah sangat kalau budak-budak bising dalam kelas, cakap masa tengah mengajar, tak bawak buku yang disuruh. Aku faham perasaan tu. Buat aku yang berhati lembut ni rasa nak menangis aje budak-budak buat macam tu. *ceh, bukan rasa nak ketuk  sorang-sorang ke?*


Dulu kan waktu aku sekolah, gila takut nak dengan cikgu. Nak cakap " cikgu, saya nak pergi tandas boleh tak?", tu pun aku praktis banyak kali sebelum jumpa cikgu. Nak cakap dengan cikgu pun pandang bawah aje, tak berani nak bertentang mata. Apa lagi nak tanya soalan-soalan mengarut yang tak masuk exam.


Tapi budak-budak sekarang ni, mengalahkan wartawan Melodi tanya soalan. Tak cukup mulut nak menjawab. Soalan paling popular setiap kali aku masuk kelas " cikgu, ada facebook tak?". Advance betul budak-budak ni. Aku bagi kerja sekolah ikut facebook baru tahu. lagi satu, budak-budak ni tak takut pun dengan cikgu. Bukan aku yang masih muda ni je yang kena, cikgu-cikgu yang dah lama pun sama aje. Adoi.


Betul la cakap cikgu-cikgu lama ni, "budak-budak ni tak boleh nak layan sangat, nanti naik kepala". Ok, mintak maaf ye kalau cikgu jadi garang lepas ni..hehe * devil laugh*


senyap tau, cikgu nak ajar..hehe


10 comments:

cik najihah said...

cikgu anis cun!!

sharifahzakiah said...

adoiiii btol laa anis. budak2 skrg ni bukan main ag. bukan nak dgr ckp. dh grang pun dye wat derkkkk aje. huhhh pningg -__-

cik siti said...

naseb x dapat kte saya.. mmg jgn harap nak naik kepala...

Syazwan said...

kau dan anak murid.

anak murid : cikgu cun, cikgu cun ada blog tak ?..
cikgu cun : follow la cikgu ye.

bact. said...

a'ah..
cikgu ada facebook tak?

nak add neh..
hahahha

nuruashia ♥ said...

nseb ckgu cmtu hehehe:)

aremieroul said...

he3..

ishiko said...

macam 3x..

Miss N said...

dunia makin canggih membuatkan semua budak2 dah advance..

nabila faryzza said...

haha! gila ahh. kat fb kau yang ada budak ckp thanx app cikgu tu student kau? :)