28 June 2011

Biar Tak Ada Follower Janji Ada Yang Baca

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Ceh baru je bercita-cita nak dapatkan 1000 follower tahun ni, buat pulak entry macam ni. Memang talam dua muka betul Anis Adila Aris ni.Orang nak follow, tengok entry ni terus tutup.


Bukan nak cakap yang follower itu tak penting tapi nak cakap yang pembaca tu lagi penting.
Siapa taknak follower beriban, kalau tengok kuantiti follower tu, tersenyum aje sampai ke telinga. Dalam hati " popular dah aku kan, lepas ni boleh jadi macam Fatin Liyana".


Sebenarnya belog yang kita follow ni tak semestinya kita baca. Kalau tak caya,cuba korang tengok senarai belog yang kau follow, berapa kerat sangat yang korang baca? Yang lain ditinggal kesepian. Sebagai contoh macam aku la, blog yang aku selalu singgah mesti aku hafal link dia. Senang bila nak pergi, taip aje. Kalau nak cari dalam list kat dashboard, sampai juling-juling la mata aku.


Belog ni bukan macam facebook, kalau dah add baru boleh tengok gambar semua. Belog boleh dibaca oleh semua dan tak semestinya yang membaca tu seorang blogger.
Penat menaip tapi kalau tak ada yang baca, buat apa kan! letihkan jari menaip, kepala otak memikir aje. Jadi kepada yang ada sedikit follower, tak perlu nak keluh kesah sebab ada yang membaca belog kita tu.


baca aje, tak perlu follow...
(acece  dalam hati sebaliknya)

15 comments:

Marya Hana said...

ohh entry kita "hampir" sama lah.

yep, kadang2 sampai kita xsangka ade org nak bace blog kita. sbb terlampau ramai silent reader :p

CIK SYAZ said...

Sokong entry neyh (: HEHE

puteraduyong said...

datang nak tumpang bace ek... :)

cik najihah said...

nak cari follower mmg senang..
nak cari yg betul2 iklas susa

hana sudradjat said...

A'ah lah betullah.ada blog yg saya follow tapi tak baca, 0.0

nuruashia ♥ said...

betul tu...bukan semua blog yg kite follow tu kite bace..
nuru pon bce blog yg ade dlm bloglist nuru jee termasuk belog anis ni eheheh :)

jgn isau, xde follower xpe jnji ade readers :) thumb up.!

aremieroul said...

hu3..betul3..^^ biar jumlaph readers yang tinggi..^^ he3..

Budak Chomot said...

Setuju 110% :D

myra ashrul said...

i agree ! hehe .

KecohAbes said...

huhu! nk dua2...huk3..~

nurAMALLINA said...

Yep, follower ramai tapi tak banyak yang respon. Silent reader mungkin. Ataupun blogger pasif. Haha

Akulah Pak Lan said...

Mungkin kita ada 1000 followers..namun belum tentu 100 orang yang akan baca blog kita...

cleverspider55 said...

hahaha..btl tu pembaca lg penting dr 4lowers..byk silent readers pun ok,asl entri tak berkulat.

Zaza Zafran said...

hope blog zaza ada la readers wlaupun follower cket

aizadalias said...

smarties ;)