19 May 2011

Tips Untuk Kurangkan Berat Badan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera






Hari ni nak kongsi sikit tips dengan korang semua macam mana nak kurangkan berat badan. Aku ni tak adalah kurus mana, biasa-biasa aje, sebab tu tips nak kurangkan berat badan bukan untuk kurus. BMI aku normal, kiranya berat aku sesuai la dengan ketinggian aku ni. Semenjak aku duduk kat Shah Alam ni, ramai cakap aku dah makin kurus. Nurudin Nazrin yang payah gila nak cakap aku kurus tu pun kata aku dah kurus sikit. Aku timbang berat pun memang dah kurang sikit bilangan nombor tu.hehe. Meh nak kongsi apa yang aku buat.


Banyak Minum Air Masak
Hari tu aku ada timbang satu badan dengan herbal life, lepas tu dia cakap aku kena turunkan berat badan kalau nak ideal. Aku tak mampu nak beli permakanan tu, jadi orang tu cakap minum air pun tak apa. Sebenarnya dia ada cakap berapa liter kena minum sehari untuk kurangkan berat badan tu tapi aku lupa. Aku pakai minum je, tapi banyak jugak la, sebab satu hari habis jugak la satu heater air tu aku masak. Orang tu cakap, tak semestinya air masak je, kita makan sup tu pun dikira air.  

Selalu Buang Air Kecil
Orang selalu fikir yang berak tu akan buat kita kurus. Sebenarnya salah, air kencing tu yang akan kurangkan berat badan kita. Sebab itu kena banyakkan minum air, supaya kita kerap buang air kecil. Lagipun, air kencing tu kan keluarkan kotorang dari buah pinggang kita.


Banyakkan Berjalan
Kalau korang pernah belajar kat UiTM Shah Alam, korang tau la betapa puncaknya Fakulti Seni Bina Perancangan Dan Ukur. Setiap kali pergi kelas, mesti berpeluh-peluh. Serius, dengan panjat bukitnya, lepas tu panjat lagi tangga. Aku rasa fakulti aku tu betul-betul membantu kurangkan berat badan aku. jadi, korang banyakkan lah berjalan, jangan nak malas sangat. Ni ambik remote tv pun suruh orang. *macam cakap ke diri sendiri je*


Jangan Makan  Waktu Malam
Makan waktu malam akan buat badan korang makin mengembang. Kalau nak dinner, at least sebelum pukul 8 pm. Sebab tu dalam Islam pun, kalau bulan puasa, kita berbuka masa Maghrib. Kalau dah makan malam sangat, nanti bila dah kenyang terus tidur. 

Pastikan Makanan Yang Dimakan Dijadikan Tenaga 
Tak kisah la korang nak makan banyak mana pun tetapi pastikan apa yang korang makan tu dijadikan tenaga. Sebab tu aku cakap banyakkan berjalan tu. Contohnya, orang kerja buruh, tak kisah la dia makan banyak mana sebab makanan tu akan bagi tenaga untuk dia bekerja. Kalau makanan tu tak jadi tenaga, ia akan jadi lemak. Menakutkan tak? Pastikan bilangan korang makan tu memadai dengan tenaga yang dihasilkan. Maksud aku kalau setakat kerja office, duduk atas kerusi 8 jam takkan nak makan sama banyak dengan pekerja buruh lak kan.
baca sampai habis, tak mau skip-skip :D

13 comments:

shiema sufian said...

wah wah. shiema kene amalkan nieyh!

Namee Roslan said...

laaaa..patut la saya kurus kering. kerap buang air pun boleh kurus. saya selalu buang air... huwaa..i want my lemaks and water back! hehehe

http://nameeroslan.blogspot.com/2011/05/so-oo-ek-tak-tanya-pun.html#comments

sharifahzakiah said...

nice tips anis ^^ ehh lpas ni bg tips macammane nak gmukkan bdn lak eh. sbb z nk gemuk ! huhu

kotak bulat said...

wahh.. leh ikut ni..


Recent post :NYARIS JADI MANGSA AYAT 'POWER' BANGLA

PERKHAWINAN TERMAHAL DUNIA

Axieana Yumi Life said...

nk amalkan lah jgk diet nie..
hehehe...
tip yg bergna utk yg mahu turunkan berat bdan
(^_^)

eamy milea said...

thanks for the tips.....=) nak kurus gak!!!

nabila faryzza said...

eceyh! makin slim la dia. :)

Ary ariasputera said...

huhuhu... ni baru btol.. tak yah kuar duit

akiN aMar said...

wah!!tips yang berguna..
kururs secara sihat gitu..

kita sebenarnya sekurang-kurangnya minum 2botol besar air masak setiap hari..info yg sy thu la.hee

dan bersukan juga sebenarnya bagus(seperti bykkn berjalan kira bersukan yg ringan gak la kan..hee;)

Miss Eyda said...

best kan kurus :) tapi ada x diet tuk pipi tembam? hehe

alif haris said...

woah khusyuk gler muke membacanye tu .. hehehe

GEMUKituMENARIK said...

kak anis .

saya nak try :D

.atynFATHIN. said...

mesti cuba :)