11 May 2011

Tips Persediaan Nak Masuk UiTM

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


21 Mei ni, budak-budak lepasan SPM yang dapat tawaran ke UiTM akan mula mendaftarkan diri. Tak lama dah tu, minggu depan je da. Mesti korang dah tak senang duduk kan.Ye la weh, dah nak masuk universiti dah pun. Sini ada beberapa tips persediaan yang patut korang buat tapi untuk budak yang nak masuk UiTM je la sebab aku tak tahu apa yang berlaku kat universiti lain.


1. Sediakan barang-barang keperluan yang mencukupi. Contohnya alatan mandi, sabun, baldi, hanger, dan benda-benda yang penting tue. Korang tau la kan apa yang patut korang bawak untuk diri korang.


2. Isikan segala borang yang dikehendaki selengkapnya sebab kalau tak lengkap, korang akan susah waktu nak daftar ni. Buat pengesahan siap-siap untuk dokumen yang dia nak tu. Biar buat banyak sikit salinan dokumen, jangan bawak cukup-cukup yang UiTM nak je, sebab benda tu akan digunakan untuk benda lain. Surat pengesahan pendapatan parents sangat penting tau.


3.Kepada kamu-kamu yang perempuan ni jangan lupa bawak baju kurung yang banyak, kadang-kadang ada fakulti tak bagi pakai seluar. Lagipun masa minggu mesra siswa    
( sekarang dah tak tahu apa nama dia tapi still sama aktiviti) korang akan pakai baju kurung je. Dan kepada kamu yang free hair, jangan lupa bawak tudung sebab masa MMS ni korang kena pakai tudung kecuali korang non muslim. 


4.Aktiviti masa MMS tu sangat la padat, korang akan tidur pukul 12 malam dan bangun pukul 5 pagi. Bersedialah untuk menghadapi minggu yang sangat "BEST"..haha (gelak jahat) 
Waktu ni la korang akan merasa pakai baju berlapis-lapis. Pakai baju t-shirt dan seluar track dengan baju kurung.





5.Selalunya hari pertama pendaftaran tu, korang akan mendaftar kolej sahaja. Pendaftaran untuk universiti akan dibuat dalam minggu MMS tu jadi jangan la ponteng MMS ye. Nanti terlepas lak nak mendaftar.

6.Kepada korang yang nak rasa apply PTPTN tu silalah membuat permohonan sekarang, kalau dah buat, sediakan selengkap-lengkapnya apa yang dia nak sebab PTPTN ni cerewet gila masa korang nak hantar borang tu.

Akhir kata, selamat menjalani hidup baru di UiTM. Jangan nak main-main sangat, ingat balik pesanan ibu-bapa kita, jangan mengecewakan mereka. Belajar elok-elok, masa U ni senang je nak skor kalau kita rajin. Korang kena pandai pilih kawan sebab kawan tu la akan membentuk korang. 








10 comments:

jetfighterRMAF_kerorogunso said...

eyh?? best ek MMS tue...tp LTW lg besh kt UPNM..haha

Cik Atul said...

Uitm dihatiku! Hahaha!

Lg 1, pakai kasut yang sangat selese sebab nanti akan ade acare ala-ala explorace. Sepanjang mase kene berlari. Dengan pakai baju kurung. Haha.

BHAIHAQI COOL said...

Good Luck Anis Adila .. :)

Sufy said...

dulu dpt tawaran msuk uitm tp last2 msuk ums..hurm, best x uitm

sharifahzakiah said...

terima kasih kak anis sebab bg tips ni kt adik :P ahahaha bjet adik kejap*

memel said...

teringat masa MMS dulu. mase tu memang x suke. tapi bile dah nak grad, rase macam kenangan manis pulak. hehe

~MMS memang memenatkan.!haha

nabila faryzza said...

tolong la weyh! pakai baju kurung, belah dalam pakai slack. erghhh!! :/

cik najihah said...

lawa gile lukisan hahaha
aww soppannya

shafiq zulhilmi said...

thanks ya kakak :) saya uitm jengka,pahang datanglah melawat. muahahahaha

amyhoney said...

nice blog! best sbb dpt informasi utk msk UITM . Termasuk MMS yang tak pernah denga pun slma ni . (^_________^)