16 May 2011

Perasaan Jatuh Cinta Masa Sekolah @ Cinta Monyet

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Siapa yang pernah bercinta masa sekolah? Perasaan mula-mula jatuh cinta dengan dah lama bercinta lain tau. Siapa tak pernah rasa bercinta tu, meh aku nak kongsi sikit macam mana rasanya jatuh cinta ni, lagi-lagi masa sekolah.


Biasanya kalau orang nak bercinta ni mesti start dengan suka. Aku ni kalau suka kat orang tu, mesti aku jadi pemalu. Contohnya dalam kelas ni, aku ada minat kat mamat ni. Dengan budak lelaki yang lain, mulut tak berhenti bercakap tetapi bila ada je budak yang aku suka, mesti terus jadi pendiam. * contoh je ni, aku tak pernah minat budak sekelas*


orang tegur pun , segan nak cakap
Suka tu menjadi-jadi bila dapat tahu orang yang kita suka tu pun suka kat kita. Waktu ni orang cakap malu-malu kucing, malu tapi mahu. Kalau waktu sekolah dulu, tak habis-habis dengan kirim salam, sampai sudah la kirim salamnya.Zaman aku dulu-dulu bercinta tak ada handphone, main balas-balas surat je. Memang syok la, tak sabar je bila tunggu orang balas surat kita ni. Kat surat tu tak usah cakap la betapa panjangnya, cikgu suruh tulis karangan pun tak sepanjang tulis surat cinta.

berbunga-bunga je
Waktu ni lah, orang cakap tidur tak lena, makan tak kenyang tu.Kalau tak nampak muka, tak dengar suara tak sah. Kalau dulu, aku kumpul duit syiling banyak-banyak, stok nak bergayut kat public. Guna telefon rumah, nanti mak bising. Bukan macam budak-budak sekarang bercinta, mesej je dah boleh. Macam aku dulu, kalau tak nampak muka, nampak kelas pun jadilah. haha

Kalau aku dulu, selalu je tanya orang kalau ada cerita pape pasal pakwe aku. Ye la, aku kan tak pernah ada pakwe sekelas. Habis macam-macam aku korek. Ye la, dulu bukan macam sekarang, boleh meseg 24 jam. Bila orang cerita tu, macam si buah hati tu ada depan mata je, dengar nama pun dah boleh buat angau.

Semuanya dah jadi kenangan, bila ingat balik, lawak pulak. Adoi..budak-budak bercinta.
Tetapi perasaan jatuh cinta sampai ke tua sama je, cuma cara je lain sikit.
Dulu cara budak-budak, ni dah cara orang remaja lak. :D



10 comments:

Wani said...

hihik . comel je kan cinta monyet ni . kehkeh

Akulah Pak Lan said...

<-- tak pernah bercinta

cik najihah said...

klaka gile huhu

JIJI YU said...

aku nak cinta monyet pon sume monyet jantan

FatimahZahra said...

sweet nya balas2 surat :)

sharifahzakiah said...

amboi2 dye , kemain ag time kcik2 dulu ek :D

kotak bulat said...

teringat masa skola dulu bile bce ni :)


Recent post :KEKAL BAHAGIA WALAUPUN JAUH

PROTERIN RAMBUT DALAM ROTI,PAU DAN KEK..HARAM!

cik najihah said...

kamu ditag :)

http://najihahfara.blogspot.com/2011/05/contest-friends-forever.html

SuFy said...

ciss, dulu xda laki nakkan kat haku pown..hahaha!!x la gurau tpi bila fikir balik hurm..memang best gak cinta monyet ni..keh3

hasnani said...

Memang best
Ooo ye lupa pulak saya ada seorang makwe
Nama dia renny ipah anak marchaty
Dia iban saya pulak melayu.tapi kami pernah melawat ke kuching.tiba-tiba bas pusing ke kiri apa lagi dia terus jatuh kat atas riba saya.sejak waktu saya rapat dengan dia ambik gambar sama sama pernah gaduh tapi tak lama
saya cakap kat dia neon saranghae naneon maksudnya i love you.die faham la jugak maksudnya