17 May 2011

Mencari Jawatan Kosong

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Selalu orang mencari pekerja, ni aku lak mencari jawatan kosong. Meh aku nak isi kekosongan tu. Memandangkan cuti empat bulan, kalau aku tak cari kerja ni, boleh mati kutu aku duduk rumah. Ni baru seminggu duduk rumah, dah macam apa entah, asyik cari gaduh dengan adik-adik aku je. 


Ikutkan hari ni nak keluar ke Temerloh, kononnya la nak cari kerja pagi tadi pukul 10 pagi, last-last pukul 12 baru la bangun. Sedap sangat tidur lepas Subuh * memang patut la payah sangat dapat rezeki*. Nak pergi lepas Zohor tadi, ajak si Nurudin pergi cari kerja, dia pulak cakap "tak baiklah nak cari kerja petang-petang ni, orang dah tak ada mood".


Sebenarnya ada je kerja dekat rumah aku ni tapi aku ni pulak banyak alasannya. Gaji murah la, dekat dengan workshop la *bajet nanti ramai la lelaki kacau aku* bla..bla...


Memandangkan aku ni tak pernah ada pengalaman nak cari kerja, meh la bagitau aku sikit apa yang patut aku buat waktu cari kerja nanti. Nak menipu ke, nak cakap jujur ke, nak kena goda bos ke.. Meh cite meh..


muka camni  ada yang nak ambik jadi pekerja ke

4 comments:

sharifahzakiah said...

hahaha sme laa. mak pesan suruh bangun awal pagi tadi pegi cri kerja. last2 tgahari jugak bgunnye. kui3 kte geng lah :D

NAZREE said...

cait..goda bos? apa barang goda-goda bos ni. HaHa. Buat muke macam peminta sedekah je, sure dapat kerja~

sYafIk-wAy said...

sy pon mencari keje gak . adesss

Ct_hAjAr said...

carik keje ker..memang stress cari keje..senak otak.. i suggest u tak yah penat keluar cri keje, apply kat jobstreet ke, monster ke, job malaysia ker..paling senang beli surat khabar the star ari sabtu punyer..coz ari sabtu yang paling banyak iklan jawatan kosong..sekadar share pengalaman...hehehe.. gudluck!