18 May 2011

Dah Jadi Insan Berkerjaya Sekarang

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Ingat tak aku pernah buat entry mencari jawatan kosong, aku ada cerita yang ada kerja kat rumah aku ni tapi aku taknak pergi kan. Tapi hari ni aku dah start keje setengah hari pun kat kedai tu.


Mulanya memang aku taknak tapi siap bini bos kol rumah, suruh aku pergi kedai tu, tengok-tengok dulu. Mak aku pun cakap la "dari kau duduk saje kat rumah ni, 5 sen pun tak ada orang nak bagi, baik kau keje kat situ". Jadi aku sebagai anak yang baik ni pun pergi la jugak pagi tadi, konon-konon interview tapi aku ajak mak aku teman, malu kononnya.


Bos suruh masuk kerja lepas Zohor tadi jugak. Aku kerja kat kedai buat frame gambar. Sebenarnya tuan kedai tu ada jugak la bau-bau bacang dengan aku. Memang dia perlukan pekerja. Tadi masuk-masuk terus buat kerja. habis satu kedai aku kemas. Seronok sebab bos memang baik dan kerja tak membosankan. balik-balik tadi terus kejar kerusi nak duduk sebab kaki lenguh gila. 


Jadi lepas ni, memang jarang la aku update belog ni, at least sehari sekali kot. Kalau rindu sangat, baca je entry aku yang dulu-dulu. Best jugak..hehe


ada jugak orang nak ambik aku kerja :)

12 comments:

sharifahzakiah said...

hehe at least kerja jgk kan :) selamat bekerja dear. hurm sy jugak yg xdpt keje ag. wuwuwu T__T

Azman Roslan said...

selamat bekerja..

cik najihah said...

nak jugak..hukhuk

LALA shaheila said...

hehehe..makin byklah gambar dia pas ni..

alang2 kerja kedai gambar leh cuci gambar sendiri.. ^^

JIJI YU said...

ko dah terlewat nak sambut hari pekerja

syrupmasin said...

selamat jadi pekerje :)

cik hani said...

selamat bekerja....

nnt leh naik pangkat..

=)

cik siti said...

good gurl!!

combi said...

bestnye keje ..heeeeeeeeee

nurAMALLINA said...

Saya ada buat entry pasal awak :)

fRaMe+LenSeS said...

terbaik perkongsian ni. terima kasih. ;D

Nadh suka dengan blog kamu, perkongsian kamu, Jum Nadh nk pomot, join contest Aku Ingin Berubah sahabat Nadh,,.

Mungkin kita leh sama-sama sampaikan message positive pada masyarakat dengan perkongsian dalam ni plak.. :D

sabenazakey said...

selamat bekerja,.