29 May 2011

Benda Paling Aku Jakun Masa Mula-Mula Buat Belog

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Amboi, tajuk entry tak boleh panjang lagi la tu. Aku start blogging October 2009, masa tu memang saja la nak buat belog ni, macam best je kan tengok orang ada belog. Aku ni kira macam suka gak luah isi hati kat diari tapi hangat-hangat tahi ayam je la. Awal bulan satu tu penuh la aku tulis macam-macam, dekat akhir bulan tu langsung tak terusik.


Jadi dengan belog ni boleh la aku luahkan apa yang patut, kongsi dengan orang apa yang aku tahu, mengarut tak tentu hala dan macam-macam la. Masa aku buat belog dulu, serius aku pelik dengan  "tag". Masa tu bila aku baca je, mesti entri pasal jawab tag la, lepas tu dia tag kat orang lain.


Sampaikan aku komen kat belog sape entah, aku tanya tag tu apa, boleh tak aku pun nak jugak. Serius rasa bodoh gila kot, rasa macam nak gelak guling-guling kat diri sendiri pulak.
Yang tak boleh bla, nak mintak diri kena tag lak tu.


Lagi satu aku pelik dengan nuffnang, apa kejadah la benda ni. Orang ada, aku pun nak jugak ada. Buat la jugak akaun nuffnangnya tapi tak tahu apa benda tu. Abang Ben Ashaari la jadi mangsa aku tanya macam-macam, mujur dia nak melayan.


Banyak lagi la yang aku pelik dengan dunia belog ni tapi dah lama-lama ok la. Dah puas aku godek semua. Ye la , dah dekat 2 tahun aku dalam dunia belog ni, kalau budak kecik ni dah boleh lari-lari kejar kucing pun. 


malu lak dengan diri sendiri bila ingat benda macam tu

12 comments:

JIJI YU said...

aku mule2 dulu tulisan kaler2...hahah..cam gampang..

Natasha MDG said...

mase mula-mula buat blog pun aku jakun dgn tag. haha.

kembatolo™ said...

aku pulak letak header gedabak.. motip mende tatau la.. tpskrg pon still besar kot. gahaha

shiema sufian said...

hehe. shiema un jakun jugk. apela itu. api taw dahla sekarang :)

NUR AYNIE said...

hihihih`~~sye pun jakun ngn nuffnang =)

Munirah said...

haha..skarang dah expert kan :P

alif haris said...

hehehe .. saye masih jakun semuanya hihi :D

nuruashia ♥ said...

ahhha..,dulu laa kn..seakrang dah advance kn..:)

rNesZaiNe said...

HAHAHA :D Walaupun dah ada acct nuffnang , rnes MASIH taktahu APA ITU NUFF?????????
Sesiapa boleh explain kan ta??? Ngeee ~

nabila faryzza said...

semua org jakun dgn nuffnang! hehe :)

Wani said...

haha . seriyes kelakar ! saya pun macam tu jugak dulu :)

msredcheesecake said...

Sape mula2 berblog dulu mesti jakun dgn tag mengetag ni pas tu eksaited nak org tag kita...hheeee