31 May 2011

Tawa Dalam Tanggis

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Aku tak tahu la apa perasaan aku sekarang, suka ke, sedih ke, kecewa ke , bahagia ke.. 
Apa perasaan korang bila tengok gambar bekas kekasih krang yang pernah berjanji nak sehidup semati dengan korang tengah bersanding dengan orang lain?
jauh sudut hati Anis Adila Aris : Saya doakan awak bahagia ke akhir hayat bersama isteri. Jadi suami yang baik dan jangan buat perangai yang dulu-dulu. Saya maafkan apa yang pernah awak lakukan dulu..Semoga berbahagia.. ( tawa dalam tanggis)



Mid-Year Giveaway By Nisa Menaip

Assalammualaikum dan selamat sejahtera



Mari la kita ramai-ramai jom giveaway yang dibuat leh nisa menaip ni, serius banyak hadiah yang menarik. Sponsors yang baik hati menaja hadiah giveaway ini ialah

Jom la join ramai-ramai, mana tahu korang bernasib baik ke. Tag diberi kepada Nabila Faryzza dan Syarifah Zakiah . :D


29 May 2011

Benda Paling Aku Jakun Masa Mula-Mula Buat Belog

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Amboi, tajuk entry tak boleh panjang lagi la tu. Aku start blogging October 2009, masa tu memang saja la nak buat belog ni, macam best je kan tengok orang ada belog. Aku ni kira macam suka gak luah isi hati kat diari tapi hangat-hangat tahi ayam je la. Awal bulan satu tu penuh la aku tulis macam-macam, dekat akhir bulan tu langsung tak terusik.


Jadi dengan belog ni boleh la aku luahkan apa yang patut, kongsi dengan orang apa yang aku tahu, mengarut tak tentu hala dan macam-macam la. Masa aku buat belog dulu, serius aku pelik dengan  "tag". Masa tu bila aku baca je, mesti entri pasal jawab tag la, lepas tu dia tag kat orang lain.


Sampaikan aku komen kat belog sape entah, aku tanya tag tu apa, boleh tak aku pun nak jugak. Serius rasa bodoh gila kot, rasa macam nak gelak guling-guling kat diri sendiri pulak.
Yang tak boleh bla, nak mintak diri kena tag lak tu.


Lagi satu aku pelik dengan nuffnang, apa kejadah la benda ni. Orang ada, aku pun nak jugak ada. Buat la jugak akaun nuffnangnya tapi tak tahu apa benda tu. Abang Ben Ashaari la jadi mangsa aku tanya macam-macam, mujur dia nak melayan.


Banyak lagi la yang aku pelik dengan dunia belog ni tapi dah lama-lama ok la. Dah puas aku godek semua. Ye la , dah dekat 2 tahun aku dalam dunia belog ni, kalau budak kecik ni dah boleh lari-lari kejar kucing pun. 


malu lak dengan diri sendiri bila ingat benda macam tu

Boyfriend Yang Jauh

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Serius sekarang ni nak update belog memang dalam tahap "kemalasan" yang melampau, dengan tak ada idea benda yang nak mengarut dalam belog ni. Berbalik kepada tajuk entry, bermula hari ni boyfi kesayangan dah jauh dari aku. Sebelum ni 10 minit bawak motor dah boleh jumpa, tapi sekarang 3 jam bawak kereta pun tak sampai lagi. Dia nun jauh di Penang. Cuti kali ni tak rajin mana datingnye, ye la aku kan start kerja awal, benda yang plan pun x buat. Jadi ada sikit je la gambar kali ni, itupun gambar semalam.


tatap puas-puas, lepas ni tak tahu bila lak jumpa

adik aku tengok gambar ni, dia cakap "eh, muka macam akim"
(aku tak pasti sama ada akim af atau akim adik aku yang dia maksudkan..haha)

really hard to take his picture

sedih dah nak pisoh


i love his damn much

start missing
Perasan tak, dah lama aku tak masukkan gambar pakcik ni dalam belog aku. 

27 May 2011

Riwayat Hidup Anis Adila Aris

 Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Dah lama berhajat nak buat entry ini, akhirnya tercapai juga setelah mempunyai bahan yang penting. Semua ni aku ambil dari 3 koleksi album aku masa kecik. Betapa untungnya lahir masa zaman kamera kodak, semua gambar dicuci dan dimasukkan dalam album, bukan macam zaman sekarang, simpan dalam folder dalam laptop aje. Entry ini akan dipenuhi dengan gambar budak comel yang banyak, jangan muntah ye lepas tengok gambar-gambar ni.


waktu ni baru beberapa hari sedut oksigen
4 bulan lebih
keadaan bilik ni sampai sekarang macam ni..

amacam, terpacak tak?
masa sambut birthday yang pertama
comel kan saya? hehe
rasa geram kat diri sendiri pulak

rambut dah habis stylo tu

saya memang posing macam nie

kecik-kecik dah tutp aurat
bagus kan..
gambar aku banyak gile kowt sambil pegang telefon
trend masa dulu kowt
dah 6 tahun, dah hilang sikit kecomelan tu

budak darjah satu pakai tudung
ada style tak?
Amacam muntah darah tak tengok gambar kat atas? mesti tak kan sebab semua
 gambar-gambar comel kan..hehe


26 May 2011

Yang Lepas Jangan Dikenang

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Waa...belog Anis Adila Aris ada header baru la. Dah hilang header yang ada doodle cacat tu, kali ni header kertas ronyok lak. Busuk kan, serius tak pandai nak buat. Ada sesiapa baik hati nak buatkan tak header untuk belog ni? *kau ingat kau popular sangat ke nak orang buatkan header*cehhhh...eh cakap pasal header lak, aku nak cerita benda lain. Terpengaruh dengan Yuyu Zulaikha la ni cakap pasal header. ish..


selamat tinggal
Berbalik kepada tajuk di atas, aku sebenarnya nak cakap pasal "result exam". Untuk makluman semua, semalam pelajar diploma dan pra-diploma UiTM dah dapat result. Cakap pasal UiTM, tak sangka entry lepas ramai yang bagi respon yang baik. Terima kasih korang sebab baca, meh nak peluk cium sikit :D

Kepada yang dapat result bagus, tahniah ye, boleh claim hadiah kat parents korang. Kepada yang kurang memuaskan tu, tak mau sedih-sedih ye, nanti cuba buat yang terbaik.Kita redha je la dengan apa yang kita dapat, maybe belum rezeki untuk dapat yang terbaik. Jadikan result tu pemangkin semangat untuk masa depan. Bak kata orang " kita belajar dari kesilapan". 

Nanti masa depan, cuba lagi yang terbaik. Kaji balik apa yang kita buat sampai dapat result macam tu, kalau ada yang kurang, tambahkan la. Kalau dulu kuat main, nanti kurangkan la sikit. Mesti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. 

Jangan dikenang benda yang dah berlalu, fikirkan untuk benda yang akan mendatang. 
tengah pikir result exam yang akan mendatang :(



24 May 2011

Saya Budak UiTM, Saya Okay :)

Assalammualaikum dan selamat sejahtera






Kecoh la pasal seorang mamat ni macam tak suka la kalau orang cakap dia budak UiTM padahal dia budak UTM. Mamat ni dah padam post tu dan kalau korang nak tahu cerita selanjutnya boleh laju-laju pergi belog Cik Nathrah.


Aku ok je bergelar siswi UiTM dari tahun 2009 lagi. Masa isi borang UPU pun, aku isi first choice Diploma Ukur Bahan di UiTM, 2nd choice Diploma Ukur Bahan di UTM, 3rd choice  Diploma Perakaunan di UiTM dan 4th choice Diploma Perakaunan di UTM. Tengok betapa tersematnya ungkapan " UiTM di hatiku" sebelum aku masuk sana lagi.


Aku ok je bila orang tanya study mana, dengan bangganya aku cakap " saya belajar dekat UiTM" janji aku masih lagi sambung belajar. Dari duduk rumah tunggu orang masuk meminang. Janji ke jinjang pelamin, eh silap ke menara gading * betul ke weh,aku dah lama tak belajar BM ni*


Aku ok je belajar dekat UiTM ni sebab aku dapat tambah ilmu yang aku tak tahu masa sekolah dulu. Aku dapat belajar macam mana nak kira cost bumbung rumah kau.Bukan setakat bumbung, anak tangga rumah kau pun boleh..hehe


Aku ok je belajar dekat UiTM yang dikatakan sebagai universiti kelas kedua sebab dia tetap universiti. Orang nak cakap apa pun, tempat ni jugak la yang dah keluarkan ramai graduan untuk membantu negara. Bayangkan setiap negeri ada cawangan UiTM, jadi bilanglah berapa pelajar dah dilahirkan di UiTM ni?


Aku ok life sebagai pelajar UiTM sebab yuran murah dan aku boleh enjoy duit PTPTN untuk benda lain. Kau ada?...haha


Rezeki yang diberi oleh Allah tidak mengenal orang dari universiti mana pun, orang yang belajar sampai darjah enam pun boleh jadi jutawan. 

saya sangat okay sebagai pelajar UiTM :)

23 May 2011

Tag Wajib

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Mrs Chenta @ Mrs VIP ada tag semua yang join contest " Inner Itu Saya Punya" wajib jawab soalan yang ditag. Oleh sebab wajib, kalau tak buat jadi berdosa kan.


5 Tarikh Penting
23 Jun - Hari pertama cek hidu oksigen ( sebulan lagi, jangan lupa bagi hadiah kat cek )
25 Februari - Birthday bakal suami
12 December - Couple dengan bakal suami
20 Januari - Birthday insan tersayang, Rosilawati Yusof aka mama HOT
5 Oktober - Birthday hero hidup aku, md Aris Idin aka Abah HOT

5 Perkara Yang Dibuat Semalam
 Makan pizza dengan bakal suami sampai kenyang gila
Main pusing-pusing macam patung dengan bakal suami sampai pening
Jalan-jalan dengan bakal suami sampai penat
Online sampai dah tak tahu nak buat apa
Tidur sampai pagi :D


5 Perkara Yang Buat Korang Happy
Bila ada yang cakap "Eh Anis, kau nampak makin kurus la " 
Bila rasa diri ni disayangi oleh ramai sangat orang ;D
Bila ada yang sudi keluarkan duit masa aku nak beli sesuatu
Bila hangout dengan kawan-kawan yang memang sekepala
Bila ada yang puji even tak ikhlas..hehe <---- bakal suami selalu buat


5 Sebab Jawab Soalan
Sebab Mrs VIP kata wajib. Kalau tak buat nanti dosa.
Sebab tak ada idea nak update belog. Jawab tag pun jadi la.
Sebab tak tahu nak taip apa dalam belog .(macam sama je jawapan dengan atas)
Sebab dah lama tak jawab tag.
Sebab aku mengantuk (ada kaitan tak?)

5 Orang Blogger Yang Di Tag

22 May 2011

7 Lagu

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Malam tadi lepas je tengok Konsert Af, nampak iklan 7 Lagu ni terus rasa nak tengok. Lagi-lagi bila tengok ada pelakon yang best. Serius cerita dia sangat la best!!! Bukan senang mama aku nak tidur lambat tapi malam ni dia tidur 1 pagi sebab nak tengok cerita ni sampai habis. 

Serius cerita 7 Lagu ni bukan macam cerita melayu yang lain. Sesiapa yang tak tengok lagi. korang tatap la depan TV sampai ada tayangkan balik. Tak apa, astro kan selalu tayang balik. Sebenarnya cerita ni dari Astro Citra, tapi dah lama sikit dia paparkan kat Astrio Ria.
lagu-lagu dalam cerita ni pun sangat la BEST!!! Jom layan video di bawah :D

banyaknya perkataan "best" dalam entry ni

21 May 2011

Ada Apa Dengan 623?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera



Tak sampai sebulan, dah tambah 88 orang follower. 5.5.2011, aku ada buat entry pasal no cantik 535, hari ni 21.5, sekali lagi aku review satu lagi belog. :D

Aku ni tak kira masa nak review belog orang kan. Sebenarnya memang dah terniat lama dah,  nak sangat review follower yang ke 623.

Kenapa follower 623 yerpilih? apa special sangat dengan nombor 623 ni? 
Nombor ni sama dengan 3 nombor akhir ic aku, maksudnya sama dengan hb birthday aku la.hehe.. Tak lama dah tu, korang simpan duit aer, boleh bagi hadiah kat aku bulan depan.
Ini aku ingatkan sebulan awal, so sempat la nak menambung. hehe

Meh tengok siapa yang bertuah ni, namanya Alif Haris ( dah dekat nama bapak saya dah tu)

Idupku Hari-Hari :D
tidak lupa kepada kamu yang follow belog aku ni. Terima kasih banyak-banyak.
sayang korang...xoxo :D

20 May 2011

Blogger Baru, Take Note Ok

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..

Kawan aku Farah Fatinah pernah tanya aku, "Anis, macam mana kau boleh dapat follower sampai beratus? (beratus je kowt, bukan beribu)


Aku dengan perasaan malu pun jawab " kau ikut je tips yang ada dalam belog aku"
(malas nak cakap banyak sebab aku bukan hebat pun)

Dan hasilnya....

diambil dari fb Anis Adila
Aku suruh dia baca entry sini dan sinun. Semua ni dari pengalaman aku jugak, bukan rekaan semata-mata. Lepas baca praktikkan, kalau tak nak ikut pun tak apa. Cek tak rugi pape. :D

Saya Nak Mintak Maaf

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Sayangku semua, terima kasih sangat sudi follow belog busuk ni dan komen-komen kat entry yang banyak kerepek aku merepek je dalam belog.

Kali ni aku tak buat dah macam dulu, balas komen korang kat dalam entry tu jugak . Sebab aku tahu tak ramai pun baca balik komen-komen tu. Aku sekarang, kalau korang bagi komen, aku balas dengan komen balik entry korang kecuali ada yang bertanya, akan aku jawab di entry tu ataupun di shoutbox korang. 

Tetapi buat masa ni, bagi insan yang baru nak rasa hidup seorang employee ni sangat la penat.Masa untuk blogging bukan macam dulu-dulu. *cakap macam dapat kerja best je*
Kalau aku sempat, aku balas komen korang dan jalan-jalan kat belog korang. Aku akan buat sikit demi sikit. Malam ni aku dah singgah sikit, esok aku sambung balik. Mintak maaf ye kawan-kawan.

Rasa bersalah sangat kalau tak balas balik komen korang. Takut nanti dikatakan "tidak membalas budi dan sombong".
Korang tunggu je ye, nanti ada la terpacak nama Anis Adila Aris dalam komen, shoutbox atau kotak follower korang.

Salam Sayang,
Anis Adila Aris  
xoxo........


19 May 2011

Tips Untuk Kurangkan Berat Badan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera






Hari ni nak kongsi sikit tips dengan korang semua macam mana nak kurangkan berat badan. Aku ni tak adalah kurus mana, biasa-biasa aje, sebab tu tips nak kurangkan berat badan bukan untuk kurus. BMI aku normal, kiranya berat aku sesuai la dengan ketinggian aku ni. Semenjak aku duduk kat Shah Alam ni, ramai cakap aku dah makin kurus. Nurudin Nazrin yang payah gila nak cakap aku kurus tu pun kata aku dah kurus sikit. Aku timbang berat pun memang dah kurang sikit bilangan nombor tu.hehe. Meh nak kongsi apa yang aku buat.


Banyak Minum Air Masak
Hari tu aku ada timbang satu badan dengan herbal life, lepas tu dia cakap aku kena turunkan berat badan kalau nak ideal. Aku tak mampu nak beli permakanan tu, jadi orang tu cakap minum air pun tak apa. Sebenarnya dia ada cakap berapa liter kena minum sehari untuk kurangkan berat badan tu tapi aku lupa. Aku pakai minum je, tapi banyak jugak la, sebab satu hari habis jugak la satu heater air tu aku masak. Orang tu cakap, tak semestinya air masak je, kita makan sup tu pun dikira air.  

Selalu Buang Air Kecil
Orang selalu fikir yang berak tu akan buat kita kurus. Sebenarnya salah, air kencing tu yang akan kurangkan berat badan kita. Sebab itu kena banyakkan minum air, supaya kita kerap buang air kecil. Lagipun, air kencing tu kan keluarkan kotorang dari buah pinggang kita.


Banyakkan Berjalan
Kalau korang pernah belajar kat UiTM Shah Alam, korang tau la betapa puncaknya Fakulti Seni Bina Perancangan Dan Ukur. Setiap kali pergi kelas, mesti berpeluh-peluh. Serius, dengan panjat bukitnya, lepas tu panjat lagi tangga. Aku rasa fakulti aku tu betul-betul membantu kurangkan berat badan aku. jadi, korang banyakkan lah berjalan, jangan nak malas sangat. Ni ambik remote tv pun suruh orang. *macam cakap ke diri sendiri je*


Jangan Makan  Waktu Malam
Makan waktu malam akan buat badan korang makin mengembang. Kalau nak dinner, at least sebelum pukul 8 pm. Sebab tu dalam Islam pun, kalau bulan puasa, kita berbuka masa Maghrib. Kalau dah makan malam sangat, nanti bila dah kenyang terus tidur. 

Pastikan Makanan Yang Dimakan Dijadikan Tenaga 
Tak kisah la korang nak makan banyak mana pun tetapi pastikan apa yang korang makan tu dijadikan tenaga. Sebab tu aku cakap banyakkan berjalan tu. Contohnya, orang kerja buruh, tak kisah la dia makan banyak mana sebab makanan tu akan bagi tenaga untuk dia bekerja. Kalau makanan tu tak jadi tenaga, ia akan jadi lemak. Menakutkan tak? Pastikan bilangan korang makan tu memadai dengan tenaga yang dihasilkan. Maksud aku kalau setakat kerja office, duduk atas kerusi 8 jam takkan nak makan sama banyak dengan pekerja buruh lak kan.
baca sampai habis, tak mau skip-skip :D

18 May 2011

Dah Jadi Insan Berkerjaya Sekarang

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Ingat tak aku pernah buat entry mencari jawatan kosong, aku ada cerita yang ada kerja kat rumah aku ni tapi aku taknak pergi kan. Tapi hari ni aku dah start keje setengah hari pun kat kedai tu.


Mulanya memang aku taknak tapi siap bini bos kol rumah, suruh aku pergi kedai tu, tengok-tengok dulu. Mak aku pun cakap la "dari kau duduk saje kat rumah ni, 5 sen pun tak ada orang nak bagi, baik kau keje kat situ". Jadi aku sebagai anak yang baik ni pun pergi la jugak pagi tadi, konon-konon interview tapi aku ajak mak aku teman, malu kononnya.


Bos suruh masuk kerja lepas Zohor tadi jugak. Aku kerja kat kedai buat frame gambar. Sebenarnya tuan kedai tu ada jugak la bau-bau bacang dengan aku. Memang dia perlukan pekerja. Tadi masuk-masuk terus buat kerja. habis satu kedai aku kemas. Seronok sebab bos memang baik dan kerja tak membosankan. balik-balik tadi terus kejar kerusi nak duduk sebab kaki lenguh gila. 


Jadi lepas ni, memang jarang la aku update belog ni, at least sehari sekali kot. Kalau rindu sangat, baca je entry aku yang dulu-dulu. Best jugak..hehe


ada jugak orang nak ambik aku kerja :)

17 May 2011

Berita Terkini Hanya Di Hujung Jari

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Zaman IT sekarang ni, kita dah tak payah susah-susah dah nak jalan kaki atau bawak motor atau bawak kereta ke kedai runcit hujung kampung nak beli surat khabar.
Bukak laptop, search sikit, kita dah boleh dapat tahu pasal isu semasa dunia. 


Sebelum ni kita dengar mymetro, nst.com dan banyak lagi untuk baca berita online tapi sekarang terdapat satu lagi laman berita yang baru iaitu MyNewsHub.



Terdapat dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Korang boleh pilik je nak baca dalam bahasa apa. Selain itu, berita yang dipaparkan pun adalah berita-berita yang terkini.
Walaupun baru tetapi dah boleh dianggap setaraf dengan laman berita yang lain.

Malah MyNewsHub lebih senang untuk dibaca kerana susunan berita yang ditunjukkan lebih teratur. Selain dari membaca, korang pun boleh komen dan menang. Senang kan! 
Terdapat juga aktiviti Treasure Hunt yang akan tamat 23 Mei ini. Sempat lagi nak join.

kalau taknak diumpamakan "seperti katak di bawah tempurung", jom la ramai-ramai serang 


Blogger Popular Singgah Belog Busuk Ni

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Aku ni setiap masa bukak nuffnang, memang perkara wajib la kalau bukak belog ni. Bukan nak tengok duit, tak masyuk pun duit dalam tu. Aku selalu tengok analystic, berapa orang datang belog hari ni, siapa yang singgah belog aku dan hari ni aku dapat tangkap seorang lagi blogger popular yang singgah belog busuk ni.


irine nadia marcello :)
mashumarcellow yang lembut-lembut tu
Mula-mula ingat orang guna gambar Irine ni, rupanya memang betul Irine Nadia Marcelllo yang comel tu. Sebelum ni aku dapat tangkap Fatin Liyana.


Selain mereka berdua, Ben Ashaari ( siap follow lagi), Yuyu Zulaikha (komen dalam entry ini) , Cik Epal ( aku masuk contest yang dianjurkan), NurulBadiah ( komen dalam entry ini dan siap follow lagi ) dan kamu semua yang tengah baca ni, korang pun popular gak kan. Love u all..xoxo 

Mencari Jawatan Kosong

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Selalu orang mencari pekerja, ni aku lak mencari jawatan kosong. Meh aku nak isi kekosongan tu. Memandangkan cuti empat bulan, kalau aku tak cari kerja ni, boleh mati kutu aku duduk rumah. Ni baru seminggu duduk rumah, dah macam apa entah, asyik cari gaduh dengan adik-adik aku je. 


Ikutkan hari ni nak keluar ke Temerloh, kononnya la nak cari kerja pagi tadi pukul 10 pagi, last-last pukul 12 baru la bangun. Sedap sangat tidur lepas Subuh * memang patut la payah sangat dapat rezeki*. Nak pergi lepas Zohor tadi, ajak si Nurudin pergi cari kerja, dia pulak cakap "tak baiklah nak cari kerja petang-petang ni, orang dah tak ada mood".


Sebenarnya ada je kerja dekat rumah aku ni tapi aku ni pulak banyak alasannya. Gaji murah la, dekat dengan workshop la *bajet nanti ramai la lelaki kacau aku* bla..bla...


Memandangkan aku ni tak pernah ada pengalaman nak cari kerja, meh la bagitau aku sikit apa yang patut aku buat waktu cari kerja nanti. Nak menipu ke, nak cakap jujur ke, nak kena goda bos ke.. Meh cite meh..


muka camni  ada yang nak ambik jadi pekerja ke

16 May 2011

Perasaan Jatuh Cinta Masa Sekolah @ Cinta Monyet

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Siapa yang pernah bercinta masa sekolah? Perasaan mula-mula jatuh cinta dengan dah lama bercinta lain tau. Siapa tak pernah rasa bercinta tu, meh aku nak kongsi sikit macam mana rasanya jatuh cinta ni, lagi-lagi masa sekolah.


Biasanya kalau orang nak bercinta ni mesti start dengan suka. Aku ni kalau suka kat orang tu, mesti aku jadi pemalu. Contohnya dalam kelas ni, aku ada minat kat mamat ni. Dengan budak lelaki yang lain, mulut tak berhenti bercakap tetapi bila ada je budak yang aku suka, mesti terus jadi pendiam. * contoh je ni, aku tak pernah minat budak sekelas*


orang tegur pun , segan nak cakap
Suka tu menjadi-jadi bila dapat tahu orang yang kita suka tu pun suka kat kita. Waktu ni orang cakap malu-malu kucing, malu tapi mahu. Kalau waktu sekolah dulu, tak habis-habis dengan kirim salam, sampai sudah la kirim salamnya.Zaman aku dulu-dulu bercinta tak ada handphone, main balas-balas surat je. Memang syok la, tak sabar je bila tunggu orang balas surat kita ni. Kat surat tu tak usah cakap la betapa panjangnya, cikgu suruh tulis karangan pun tak sepanjang tulis surat cinta.

berbunga-bunga je
Waktu ni lah, orang cakap tidur tak lena, makan tak kenyang tu.Kalau tak nampak muka, tak dengar suara tak sah. Kalau dulu, aku kumpul duit syiling banyak-banyak, stok nak bergayut kat public. Guna telefon rumah, nanti mak bising. Bukan macam budak-budak sekarang bercinta, mesej je dah boleh. Macam aku dulu, kalau tak nampak muka, nampak kelas pun jadilah. haha

Kalau aku dulu, selalu je tanya orang kalau ada cerita pape pasal pakwe aku. Ye la, aku kan tak pernah ada pakwe sekelas. Habis macam-macam aku korek. Ye la, dulu bukan macam sekarang, boleh meseg 24 jam. Bila orang cerita tu, macam si buah hati tu ada depan mata je, dengar nama pun dah boleh buat angau.

Semuanya dah jadi kenangan, bila ingat balik, lawak pulak. Adoi..budak-budak bercinta.
Tetapi perasaan jatuh cinta sampai ke tua sama je, cuma cara je lain sikit.
Dulu cara budak-budak, ni dah cara orang remaja lak. :D



15 May 2011

Perempuan KL Harus Berhati-Hati

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Sekarang kecoh pasal mamat ni sesuka hati je baling asid kat orang di sekitar Kuala Lumpur. Setakat ni dah ada 23 mangsa perbuatan terkutuk lelaki ini. Suspek tidak mengenal mangsa untuk bertindak, sesiapun boleh terkena. 


Kepada kaum perempuan yang membaca ini, lagi-lagi mereka yang tinggal di Kuala Lumpur, berhati-hati ye. Jangan keluar rumah kalau tak ada perkara yang penting. Pastikan jika keluar, tidak berseorangan dan tidak jalan di tempat yang sunyi.




muka penjenayah yang kurang ajar

Angan-Angan Anis Adila Aris

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Sebelum ada belog ni, asyik fikir nanti dah habis belajar nak kerja apa, nak ada apa bila dah besar. Aku malas nak cerita pasal tu, aku nak cerita cita-cita aku dalam dunia belog ni pulak.
Meh tengok list angan-angan mat jenin Anis Adila Aris.


Aku nak belog aku ni dikenali oleh orang ramai
kalau boleh satu hari nanti, bile orang cakap je blog Anis Adila Aris, semua orang mesti terbayang-bayang muka aku. Macam sekarang ni, kalau cakap je Fatin Liyana, Ben Ashaari, Hanis Zalikha.. mesti terlintas je muka diorang kat kepala korang kan. Macam tu la aku nak. Tak dapat jadi popular dalam dunia hiburan, dunia belog pun jadi la.


Aku nak follower beriban-riban
Kalau nak popular, mestilah kena ramai yang baca belog ni. Ada yang cakap "follower ramai tapi tak ada yang baca buat apa". Bagi aku, jumlah follower tu la yang bagi semangat nak teruskan berbelog ni. Tengok setiap hari makin bertambah follower, bukan ke makin semangat kita dengan belog ni.


Aku nak jumpa dengan semua kawan-kawan dalam dunia blog ni
Apa makna "kawan" kalau tak pernah jumpa kan. InsyaAllah, satu hari nanti nak jumpa sorang-sorang yang aku kenal dari dunia belog nie. Aku pun teringin jugak nak jumpa blogger yang terkenal yang aku rasa tak kenal pun siapa Anis Adila Aris. 


Aku nak duit dari blog boleh jadi side income
memang la tujuan belog ni mula-mula tak adelah nak kejar duit sangat kan, just nak share cerita je tapi dah tengok orang lain boleh dapat beriban-riban ringgit dari blog je, siapa tak nak weh. Siapa nak bagi duit senang-senang je kan. 


Setakat ni je kot apa yang terlintas dalam fikiran aku. Semua yang aku hajati ni pun, kalau tanpa pembaca belog ni, tak ada lah semua di atas menjadi kenyataan. Terima kasih sangat kepada kamu yang rajin baca belog busuk ini. Meh nak peluk cium sikit :)



Pencarian Model ButiKafe

Assalammualaikum dan selamat sejahtera



Siapa yang berminat na jadi model, inilah peluang yang dinanti-nanti. ButiKafe tengah mencari model untuk shoot collection-collection butiKafe. Ape tunggu lagi, cepat lihat syarat-syarat yang dikenakan di sini. Selamat mencuba nasib. :)


14 May 2011

Aku Pun Nak Jugak Buat Projek

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Sangat teruja tengok gambar-gambar project X by Annas Easkey. Ala projek yang cik epal join tu, yang main conteng-conteng baju dan muka tu. Fatin Liyana, Ayun Ayunar dan Maria Elena pun ada join tau. Kalau nak tengok gambar-gambar mereka, meh laju-laju like AnnasEaskey Photography, korang juga boleh like gambar untuk 3rd round project X.
Rambang mata weh nak pilih mana satu sebab semuanya awesome!! 


cek buat projek sorang-sorang je .

Betul La Lisa Surihani dan Yusry Bercinta.

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Selama ni kecoh yang Lisa Surihani dan Yusry KRU bercinta, akhirnya aku dapat jawapan daripada persoalan tu cuma macam berlapis-lapis lagi.





credit to OHbulan!
Untunglah Yusri, dapat awek cun je. Dulu pun masa dia kahwin dengan Erra Fazira masa Erra tengah meletup dalam dunia filem, sekarang ni Lisa Surihani pun sama.Lisa kan tengah meletup. Pandai beno Yusry ni kan. Apa pun semoga berbahagia ke akhir hayat.

cantik :)

cantik jugak :)
untunglah :)

Setelah Seharian Menunggu

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Dari pagi tadi tak habis-habis bukak bukak blogger.com, tapi benda ni je asyik keluar dari tadi, aku refresh banyak kali pun yang ni jugak keluar.





Dah degil namanya, padahal dah terang-terang cakap "blogger is currently unvailable" tapi gatal jugak nak refresh banyak kali. :)
Banyak cerita nak story ni, tunggu...... *dah tak bukak belog sehari, ayat dah lintang pukang*

11 May 2011

Tips Persediaan Nak Masuk UiTM

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


21 Mei ni, budak-budak lepasan SPM yang dapat tawaran ke UiTM akan mula mendaftarkan diri. Tak lama dah tu, minggu depan je da. Mesti korang dah tak senang duduk kan.Ye la weh, dah nak masuk universiti dah pun. Sini ada beberapa tips persediaan yang patut korang buat tapi untuk budak yang nak masuk UiTM je la sebab aku tak tahu apa yang berlaku kat universiti lain.


1. Sediakan barang-barang keperluan yang mencukupi. Contohnya alatan mandi, sabun, baldi, hanger, dan benda-benda yang penting tue. Korang tau la kan apa yang patut korang bawak untuk diri korang.


2. Isikan segala borang yang dikehendaki selengkapnya sebab kalau tak lengkap, korang akan susah waktu nak daftar ni. Buat pengesahan siap-siap untuk dokumen yang dia nak tu. Biar buat banyak sikit salinan dokumen, jangan bawak cukup-cukup yang UiTM nak je, sebab benda tu akan digunakan untuk benda lain. Surat pengesahan pendapatan parents sangat penting tau.


3.Kepada kamu-kamu yang perempuan ni jangan lupa bawak baju kurung yang banyak, kadang-kadang ada fakulti tak bagi pakai seluar. Lagipun masa minggu mesra siswa    
( sekarang dah tak tahu apa nama dia tapi still sama aktiviti) korang akan pakai baju kurung je. Dan kepada kamu yang free hair, jangan lupa bawak tudung sebab masa MMS ni korang kena pakai tudung kecuali korang non muslim. 


4.Aktiviti masa MMS tu sangat la padat, korang akan tidur pukul 12 malam dan bangun pukul 5 pagi. Bersedialah untuk menghadapi minggu yang sangat "BEST"..haha (gelak jahat) 
Waktu ni la korang akan merasa pakai baju berlapis-lapis. Pakai baju t-shirt dan seluar track dengan baju kurung.





5.Selalunya hari pertama pendaftaran tu, korang akan mendaftar kolej sahaja. Pendaftaran untuk universiti akan dibuat dalam minggu MMS tu jadi jangan la ponteng MMS ye. Nanti terlepas lak nak mendaftar.

6.Kepada korang yang nak rasa apply PTPTN tu silalah membuat permohonan sekarang, kalau dah buat, sediakan selengkap-lengkapnya apa yang dia nak sebab PTPTN ni cerewet gila masa korang nak hantar borang tu.

Akhir kata, selamat menjalani hidup baru di UiTM. Jangan nak main-main sangat, ingat balik pesanan ibu-bapa kita, jangan mengecewakan mereka. Belajar elok-elok, masa U ni senang je nak skor kalau kita rajin. Korang kena pandai pilih kawan sebab kawan tu la akan membentuk korang.