28 March 2011

Syarat-Syarat Sebelum Couple

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Sebelum aku couple dengan Nurudin Nazrin @ myboyfi @ budak mulut puaka ni, aku ada letakkan syarat-syarat sebelum couple. Ini kerana nak elakkan perkara-perkara yang lepas berulang lagi. 
Tak larat den nak cari bf setiap tahun. Kesian Nurudin Nazrin, time dia nak couple dengan aku ada syarat bagai.

Kalau dengar khabar angin bukan-bukan, tanya dulu betul ke tidak.
Khabar angin yang busuk ni la selalu buat sesuatu perhubungan tu terputus. Kadang-kadang bendanya tak betul pun tapi orang yang mulut busuk ni la yang buat macam-macam cerita busuk
Benda ni pernah berlaku masa cinta monyet dulu-dulu, banyak kali gak la kena. Benda aku tak buat, dikatanya buat. Ada tu, aku dikatakan couple dengan orang yang tak pernah aku kenal pun. Tak ke lara namanya. Kalau dah clash, bila tau cerita sebenar, mula la nak merayu bagai mintak maaf, nak couple balik. 
Mintak maaf la bebanyak, aku tak layan orang yang jilat ludah sendiri ni. 

Kalau ada masalah, terus je ajak berbincang
Kadang-kadang bergaduh ni bukan boleh tentu sangat puncanya. Benda kecik pun boleh jadi besar. Sebagai contoh cakap pasal " siapa lagi comel masa kecik", bila dah orang ni bidas orang ni, jadi la sakit hati, lepas tu start la gaduh. Jadi, kalau dah bergaduh ni, eloknya ajak la berbincang, seorang mengalah la sikit. Ini tak, dah la orang tu tengah berapi, kita simbah lagi dengan minyak tanah, memang tak la. 

Jangan jadi seorang yang gatal
Gatal ni banyak maksudnya, ada gatal dengan perempuan lain, gatal yang sibuk nak pegang-pegang sana-sini.Jadi dah merangkumi semua la tu.
 Gatal dengan perempuan lain tu memang la payah kita nak tahu dia buat ke tak, at least kita dah bagi warning awal-awal. Nanti tak ada la dia cakap macam ni bila kantoi " mana la i tau yang u tak bagi i rapat dengan perempuan lain, ingatkan u tak kisah". 
Gatal dengan kita tu boleh nampak, kalau kita dah warning, dia still buat, memang boleh terkeluar lah dari carta sebagai calon suami tapi semua terpulang pada kita juga, kalau kita pun sama melayan gatalnya tak boleh nak buat apa-apa lah.

Dan yang palin penting, jujur, ikhlas dan setia :)
Kalau tak ada 3 benda tu, ikhlas, jujur dan setia tak ada gunanya satu-satu hubungan tu. 
Kita mesti ikhlas terima si dia walaupun banyak kekurangan diri dia. Ye la semua orang tak sempurna. 
Kita jangan la ada rahsia, menipu dalam sesuatu perhubungan, kalau ada apa-apa cerita je, aku cerita je kat Nurudin kalau aku ada suka tengok kat lelaki lain tapi nanti mesti Nurudin benci orang tu. haha
Setia amatlah penting dalam sesuatu hubungan, orang mana yang boleh tahan kalau tahu couple dia ada orang lain.

pissstttt : Aku tahu relation aku tak ada la lama gila nak kogsi semua benda ni tapi setakat ni hubungan kitorang ok la, still macam masa mula-mula couple. Apa pun, jodoh di tangan Tuhan :)


13 comments:

cikfaraa said...

nice entry . :)

cik najihah said...

weh comel je katun2 ko tu hihi ajar aku sikit haha..

JIJI YU said...

doc lurve oit..

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

dear..VCO tu cik bunga beli pada pinky mama, law nak bole rojer cik bunga jugak :) senang kate cik bunga nie perantara la, heheheh :) pegi kat link nie, klik pada "PAKAR KECANTIKAN" :)


http://ikmalira87.blogspot.com/2011/03/huwarghhh-vco-nak-abes.html

Anis Adila Aris said...

cikfaraa

tq dear :)

Anis Adila Aris said...

cik najihah

aku conteng-conteng je tue... kalo ko wat lagi comel :)

Anis Adila Aris said...

JIJI YU

waa....tak ade lah.. nak kongsi je :)

:: noremy bte rahmat :: said...

stuju sgt!!!

(pssssssssst..akk dah kawin la...boleh praktikan lg tak?ahakz)

p/s:BW & folo..

mehla jenguk belog ai..

salam kenal!(^_^)

nurAMALLINA said...

baguslah. harap kekal. amin.

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

heheh..law dear tamo beli on9 meh la dtg amek pade cik bunga nie ^^ kui3..

Anis Adila Aris said...

:: noremy bte rahmat ::

boleh aje kak..hehe..
tq sudi bace belog busuk ni..hehe

Anis Adila Aris said...

nurAMALLINA

harap2 camtu la...aminnnn...

Anis Adila Aris said...

♥.::cintabunga™blogspot::.♥

tunggu saya ade kereta dulu..hehe..
kat farmasi tak ade ke?