20 March 2011

Sedar Diri Sebagai Blogger

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Tadi buat pertama kalinya tengok vlog di 1Tube . Aku tengok vlog Segmen Sembang-Sembang Ben Ashaari dan Beautifulnara dan Redmummy diterjah. Walaupun lambat video nak loading sebab line broadband yang tak berapa nak dibanggakan, tapi aku tetap tunggu bait-bait kata yang keluar dari mulut-mulut mereka.


Siapa yang tak tahu belog Beautifulnara yang erita pasal gosip-gosip artis di Malaysia dan Redmummy yang digelar jutawan blogger.


Macam-macam yang aku dapat daripada dua vlog ni, serius rasa malu dengan diri sendiri sebagai blogger yang tak punya pape ni. Ini antara yag betul-betul buat aku tersentap..


1. Buat belog kerana duit dan trafik
Dulu-dulu masa mula buat belog ni tak pernah pikir pun yang buat belog dapat duit tapi dah lama-lama baru tahu ada nuffnang, heartbeat, etc. Bila tengok orang dapat beribu dengan hanya berbelog je, diri sendiri pun sibuk la nak jugak, niat hati dah lari. Dulu niat nak kongsi cerita, sekarang niat nak duit, dapat trafik banyak. Niat pun dah silap kat situ, macam mana la nak jadi blogger berjaya. Redmummy sendiri cakap yang dia dapat cek pertama sebanyak RM90 selepas 3 tahun berbelog. Jadi mulai sekarang dah tekad, nak berbelog sebab nak share cerita, nak kenal ramai orang bukan sebab DUIT. Kalau ada rezeki, ada la kan.

2. Komen sekali je, macam mana la orang nak kenal

Sangat la setuju dengan pendapat ni.Aku pun kenal dan baik dengan blogger HOT yang aku mention tu sebab mereka selalu bagi komen kat belog aku. Kalau yang hanya sekali dua je, kurang la sikit nak ingat. Jadi lepas ni kalau nak dikenali, selalu la komen-komen. Jangan 2,3 entry je komen lepas tu tak muncul-muncul da.

3.Usaha Tangga Kejayaan

Semua orang start dari bawah, belog Beautifulnara pun start dari 0 tapi sekarang dah dikenali ramai. Jadi kena la rajin dalam dunia belog ni. Kalau setakat hangat-hangat tahi ayam buat apa dan jangan mudah mengalah dalam dunia belog. Dulu aku pun rasa down gila, tengok belog orang follower beratus-ratus, aku ni 30 pun tak sampai tapi sekarang ni aku dah ditempat mereka. Jadi kesabaran tu sangat la diperlukan.

4. Perlukan trademark sendiri

Kalau buat belog nak ikut cara orang lain, sampai bila nak maju. Ini tidak cara penulisan pun nak tiru cara orang, tak ke kekok jadinya. Bagi aku, aku still kurang lagi, kena selongkar dalam-dalam lagi diri ni.

5. Buat belog ni perlu banyak berkorban.

Kena lah korban masa, korban tenaga, korban cerita, macam-macam lagi la. Semuanya perlu kalau hidup nak setaraf blogger terkenal. 

Kalau nak tahu lagi, tengoklah vlog tu, macam-macam yang korang dapat.
benda ni semua aku pesan kat diri sendiri, banyak sangat kelemahan kat diri aku ni. Rasa malu kat diri sendiri pun ada.

pisssttttt : entry kali ni sangat la panjang.

15 comments:

HAJAR hasan said...

tgk jgk video tu~ banyak tips. salam kenal ya~ ;)

cik bobot said...

best(!) tips menjadi blogger hebat.
loike(!) :)

Anis Adila Aris said...

HAJAR hasan

sangat banyak tips yang dikongsi..
salam kenal :)

Sunah Mohammad said...

nice sharing la sayang~

Anis Adila Aris said...

Sunah Mohammad

tq dear :)

Wani said...

nice sharing ^^

iszieylyanziy said...

dunia blog mmg mncabar sekarang ni,,, :)

Nasriq said...

sangat setuju dengan semua di atas...

Aisya Rahim said...

setuju! :)

sharifahzakiah said...

ikhlas itu penting :) happy blogging dear :))

Anis Adila Aris said...

wani

Tq sudi bace :)

Anis Adila Aris said...

iszieylyanziy

mencabar tu la yang BEST :)

Anis Adila Aris said...

Nasriq & Aisha Rahim

hehe..saya lagi SETUJU .... :D

Anis Adila Aris said...

sharifahzakiah

kalau ikhlas, InsyaAllah Allah permudahkan segala urusan :)

.waniey jamaludin. said...

dulu pon sebok nak wat duit and tmbh trafic..tapi skrg dah insap..sbb x de penigktn sgt pon...hee