28 March 2011

Peminat vs Jersi

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Sejak Malaysia asyik menang je dalam perlawanan bola sepak ni, aku tengok makin ramai yang pakai jersi Malaysia, kalau tak warna kuning, mesti warna biru. 
Kalau jalan-jalan, mesti nampak je orang pakai, ingatkan terserempak player Malaysia rupanya orang biasa aje.
Biasalah bila satu-satu kumpulan dah gah namanya baru semua pakat nak sokong, semua nak mengaku pasukan bola sendiri, kalau dulu tengok pun taknak.


yang ni cantik, :)

yang ni pun ramai yang pakai
Kalau dulu-dulu sebelum pasukan Malaysia gah seperti sekarang, yang aku nampak budak-budak ni pakai jersi Man U la, Arsenal la, etc (aku ni bukan tahu sangat nama pasukan bola  sepak ni)
Lagi-lagi kalau malam tu ada perlawanan bola sepak, semua pakat pakai jersi macam nak pergi main bola, padahal duduk kat kedai mamak, penat bersorak je.






pisstttttt : Aku ni tak layan sangat bola sepak, kalau ada perlawanan bola sepak, orang tanya sokong mana, aku jawab " aku sokong kumpulan yang menang"


1 comment:

asiah_najihah said...

haha..same la kite anis..kak asiah pown sokong kumpulan yang menang jugak..huhu