03 March 2011

Lelaki Memang Macam Ni Ke?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera



Aku kat rumah sekarang ni, tersenyum tak berhenti-henti dapat balik rumah. Biasalah budak-budak yang duduk jauh macam aku ni memang teruja nak balik rumah. Tadi dalam kelas, dah tak senang duduk pikir nak balik hari ni.

Berbalik kepada tajuk cerita, tadi naik bas, aku duduk dekat jugak la dengan driver. Kiranya seat depan jugak la. Lepas aku terjaga dari tidur, aku dengar bunyi bising. Ingatkan dj radio yang memekak, rupanya drebar bas. Memang kuat gila cakap, macam nak bagi satu bas dengar. Rasanya dia cakap telefon dengan kawan dia. Mulanya aku macam tak dapat tangkap apa yang dia cakap sebab mamai baru bangun tidur. Dah lama duk pasang telinga, aku dengar drebar bas tu cakap macam ni..

Aku jumpa Mamat (bukan nama sebenar) bawak awek dia, cun tapi nasi lemak 20 sen. Cubalah cari nasi lemak dua ringgit setengah ke, ini tidak 20 sen je. Muka dah lawa tapi tu la nasi lemak kecik.

Seram sejuk aku dengar, dah la ulang banyak kali, aku pun tak faham kenapa. Maybe diorang berborak dengan ramai orang kot dalam satu masa.Kalau nak tahu, tanya drebar bas. Lama gila lak berborak. Bila dah nak sampai Temerloh ni, aku dengar pulak..

Tak baik betul si Ali (bukan nama sebenar) duk usha nasi lemak penumpang perempuan, boleh pulak tegur “keciknya nasi lemak”. Usha je tak ape la, ni pergi tegur. Malu la dak perempuan tu. 

Lepas tu, terus aku labuhkan tudung. Serius, takut gila. Tu la hikmahnya Allah suruh perempuan tutup aurat supaya LELAKI tak menjamah badan kita dengan sesuka hati.

pisssssttttt : broadband lembab macam SIPUT

4 comments:

cik najihah said...

oh mengape biadap begitu...kesian wanita tu..huhu malu

sharifahzakiah said...

ishhhh melampaunye...gatal pulak tuh...gila seks kot drebar bus tu..huhu

Anis Adila Aris said...

cik najihah

eee...bayangkan kena kat batang hidung sendiri..
BAPAK MALU!!!

Anis Adila Aris said...

sharifahzakiah

serius takut gile dalam bas td..