22 March 2011

Kau Ingat Kau Bagus?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini nak cerita pasal orang-orang zaman sekarang, yang tak habis-habis hidup nak dengki kat orang aje. 
Kalau dalam dunia belog ni, orang yang popular sikit tu mesti kena macam-macam dengan cik anon.
Kadang-kadang orang yang dengki dengan kita ni orang yang paling rapat dengan kita.


Depan-depan, bukan main lagi baiknya, siap ambil berat bagai..


Tapi belakang-belakang, rupanya dia la duri dalam daging.


Kita hidup ni bukannya senang nak puaskan hati semua orang, mesti ada jugak yang perbuatan kita buatkan orang sakit hati dengan kita. Tapi apa salahnya tegur cara elok-elok, cakap apa yang tak puas hati. Ini tidak, pendam la dalam hati tu buat jeruk, pastu buat status kat facebook maki-maki orang. Apa kejadahnye la, sampai bila tak selesai. Kadang-kadang tak buat silap ape pun, memang saje-saje nak benci orang.

Kalau kita benci seorang, 10 orang akan benci kat kita.
Pikirlah, kita ni DAH CUKUP BAGUS ke tak nak suka kat seseorang tu. Ingatlah apa yang kita buat sekarang, satu hari nanti kita akan dapat balik balasannya.


Pissssstttt :Teringat zaman-zaman sekolah dulu, setiap bulan ada perjumpaan tak puas hati, tapi dari situ la hubungan jadi makin rapat.

5 comments:

cik najihah said...

aku syg kau hehe

♥.::weĽĈoMe tŐ βecŐme βrïde βlŐg ::.♥ said...

cik bunga jujur & ikhlas taw suke dpt kenal ngan anis dear nieh ;)

Anis Adila Aris said...

cik najihah

aku lagi lagi lagi sayang kau :)

Anis Adila Aris said...

♥.::weĽĈoMe tŐ βecŐme βrïde βlŐg ::.♥

anis pun ikhlas nak jadi kwn cik chenta :)
tq dear ..

zafiza_zahir said...

skh ni kbanyakan kwan2 mmg mcn tu kot..^_^